Saturday, January 29, 2011

jelajah ummu qays siri 2

selepas puas bergambar di makriqah yarmouk
kami meneruskan perjalanan ke ummu qays

oh ya,terlupa ana nak nyatakan
di makriqah yarmouk terdapat satu tugu yang berbentuk pedang bagi memperingati khalid al~walid yang diberi gelaran saifullah

ana tak tahu kenapa nama tempat ini dinamakan ummu qays
ummu qays merupakan salah satu decapolis milik rom pada zaman pemerintahannya dahulu
masih terdapat beberapa tiang yang kekal berdiri tegak tetapi kebanyakannya telah tumbang disebabkan gempa bumi yang pernah berlaku di sini

dari sini kami boleh melihat tasik tobarie
yang ana pernah ceritakan sebelum ini
menambah sedikit fakta,tasik ini menjadi rebutan oleh israel,jordan dan syria
banyak peperangan berlaku utk memilki tasik ini
hasiknya tasik ini kini 2/3 dikuasi israel dan 1/3 dikuasai oleh syria
nampak x betapa kurangya sumber air jordan,yang terpaksa mendapatkan bekalan air dr israel
maka sila jimatkan penggunaann air di jordan ok!

di ummu qays kami meluangkan masa bermain 2 game
pertama kotak beracun dan ana terkena kotak tersebut dengan satu soalan
"Apakah sumbangan anda setelah pulang ke tanah air?"
cepumas tak soalan?huhu~

kemudian kami bermain explorace
dah lama x main explorace,kali terakhir kat malaysia rasanya bersama2 akhowat PAKSI
serius rindu PAKSI

Terdapat 6 check point dan sudah tentu 6 task
serius penat sebab kena berlari2 di sekitar ummu qays yang boleh dikatakan besar lah juga

checkpoint dan task kami:-

1.colleseum:nyanyi lagu ini versi vokal O

ada sang ulat bulu punya kaki seribu
siapa jumpa kakiku kakiku
jikalau tak dapat terpaksa ku melompat
dengan kaki seribu kurang satu

x taulah kenapa kalau join mana2 program mesti ada lagu ni..haha

2.chess yang ade tiang membentuk octagon:terbalikkan tikar yang dipijak di atasnya.kami lulus alhamdulillah.yay!!

3.duri jahiliyyah [pokok kaktus]:passing gelang getah guna straw

tahu x nape panggil pokok kaktus duri jahiliyyah.kata nusaibah sebab pokok kaktus nampak canti tapi bila dipegang sakit.macam tula perkara-perkara jahiliyyah,semua nampak cantik,tapi sakit nanti diazab kalau kita melakukannya.

4.tempat tentera rom berdiri melihat arkeologi:jalan sambil ikat kaki dengan kapel masing-masing

5.tempat yang ada 5 tiang:passing bola kebelakang sambil sebut nama sendiri

6.dekat tempat yang ada pemandangan tasik tobari: bergerak ke hadapan menggunakan 2 kain

usai main explorace kami menunaikan solat zohor dan menikmati barbeque yang sangat sedap.nak resepi?minx kat kak azlin ye =)

sangat seronok jalan-jalan kali ini
banyak ibrah dapat dikutip
banyak perkongsian dishare bersama

tambah seronok ada akhowat dr russia
banyak cerita yang sempat dikongsikan dengan kami
mengenai cabaran utk menunaikan solat di sana
memandangkan hanya terdapat 4 atau5 masjid je
kalau ade pon memakan masa 1 jam utk ke sana
bayangkan bagaimana mereka mahu mendengar laungan azan


nak solat dekat jamiah pon payah
kita siap ada masjid jamiah lagi
pernah sekali sorang akhowat sedang menunaikan solat di tepi tangga lalu diangkat oleh seorang security
sungguh,ana takjub dengan kekuatan mujahadah mereka utk terus menunaikan solat walaupun banyak cabaran

hari ini memang banyak belajar bersyukur
bersyukur ditempatkan di bumi jordan ini
kalau diikutkan terlalu banyak nikmat yang dikecapi

wallahua'lam







2 comments:

aku.hamba.abdi said...

solat zohor larh cik adek oiit...hehe~~
moge akhowat russia tabah n kuat dgn ujian2 y dtimpakan ke atas mereka..

Aliyah Al~Istiqamah said...

dhirar a.k.a illani
x perasan pulak tertulis solat asar
haha..tq komen