Tuesday, January 4, 2011

API-MUQADDIMAH AQIDAH ISLAM

Penyampai-Ustaz Anuar Ridhwan

OBJEKTIF


  • Tasawwur Aqidah
  • mengetahui kepentingan Aqidah Islam
  • Mengenal mustolahah yang berkitan dengan aqidah [iman,tauhid,aqidah,rububiyyah,uluhiyyah,asma wa sifat,kufur,syirik,nifaq]
PENGERTIAN TAJUK

Muqaddimah-Tasawwur (Gambaran)
Aqidah- Ikatan atau simpulan
Aqidah Muslim-Ikatan manusia dengan Allah berlandaskan syariat

Maksud keseluruhan-Tasawwur umum mengenai ikatan Aqidah dengan Allah berlandaskan Islam

KOMPONEN AQIDAH

  • IMAN-yakin dan percaya
  • ISLAM-cara hidup
  • IHSAN-nilai tambah dan pengimbang pada amalan
Teras AQIDAH adalah IMAN
Teras IMAN adalah SYAHADATAIN (لا اله الا الله محمد رسول الله)

ASAS AQIDAH: Kefahaman  لا اله الا الله

1.Tauhid Uluhiyyah-tauhid mengesakan Allah
-ILLAH-disembah,dipersembah dan diharapkan
-mengesakan bahawa tiada tuhan yg layak disembah melainkan ALLAH
-bersifat manusia kepada Allah

2.Tauhid Rububiyyah

Rabb-ternak,tadbir dan didik
-tiada tuhan yang ada kuasa mutlakke atas semua makhluk melainkan Allah 
-bersifat Allah kepada manusia

3.Tauhid Asma Wasifat
Asma-Nama 
Sifat-perilaku , ciri dan tabiat
-tiada zat yang ada nama dan serupa dengan sifat yang sempurna melainkan Allah
-kepentingan: Pengimbang dan penilai untuk mengadili 2 jenis tauhid (rububiyyah dan uluhiyyah)

Kefahaman محمد رسول الله

Mempercayai bahawa nabi Muhammad s.a.w Bersifat

  • siddiq
  • Amanah
  • Tabligh
  • Fathanah
Tabligh-menyampaikan syariat dan apa yang disampaikan adalah wahyu dr ALLAH
Amanah-Sampaikan sayriat pd manusia tnp sebarang kepentingan peribadi,jantina dan bangsa
Siddiq-Menyampaikan segala yg benar2 belaka
Fathanah-Berdakwah dengan penuh teliti dan tersusun

CIRI-CIRI KHUSUS ISLAM

1.Rabbaniyyah-datang dr ALLAH
2.Insaniyah-sesuai dengan manusia
3.Tsabat dan Murunah-Tetap tetapi fleksible
4.Syumuliyyah-Melengkapi hidup manusia
5.Alamiyah-sesuai di mana sahaja
6.Inqilabiyah-x leh dikongsi a.k.a dicampur adukkan dengan agama lain yakni x leh campur hak dengan batil

BATAS IMAN DAN KUFUR

Pintu masuk-Syahadatain
Pintu keluar-Ingkar atau meragui syahadatain
Batas pembeza-Kufur dan syirik
Kecacatan-
  • nifaq [cacat aqidah]
  • fasiq [sering melakukan dosa]
  • 'Asi [lakukan maksiat ]
KEPENTINGAN AQIDAH

  • Aqal manusia terhad
  • Allah telah tetapkan akal manusia tidak boleh mencapai semua benda
  • Kebaikan yang difikirkan manusia selalunya hanya bersifat hakiki
  • Keadilan islam perlu dilihat secara kolektif [keseluruhan]
  • Keadilan islam hanya dapat diperolehi melalui pelaksanaan dan iman
wallahua'lam



1 comment:

Anonymous said...

bagus..
memanfaatkan dan mengolah ilmu yg diperolehi..
teruskan...:)