Friday, December 31, 2010

Antara 2010 dan 2011





bismillah
tgal lagi beberapa jam 2010 akan menutup tirainya
maka akan bermulalah episod baru dalam hidup ana dalam tahun 2011


2010 tahun ini menyaksikan pelbagai detik
daripada yang amat pahit
pahit
manis dan amat manis

ujian-ujian yang datang menguji iman
namun bila dipandang dengan mata hati
semuanya merupakan kenangan dan memori indah dalam membentuk diri dan menguatkan jiwa serta iman sebagai abdi

semoga 2011 nanti adalah lebih baik
semoga 2011 nanti membawakan satu perubahan yang lebih baik dalam diri ini khusunya dr sudut kematangan pemikiran kerana usia bakal bertambah

wallahua'lam

SALAM TAHUN BARU 2011 UNTUK SEMUA




Thursday, December 30, 2010

perang tasjil

bismillah
alhamdulillah telah berjaya mentasjil madah untuk sem dua tahun depan
alhamdulillah insya Allah khuttah ini adalah yang terbaik dari Allah
semoga dipemudah
kepada yang gagal mendapat madah yang diinginkan
yakinlah setiap apa yang diberi pasti adalah yang terbaik untuk kita

p/s-bersiap siaga untuk exam nihaie untuk madah mabadik masorif


رمز المساق
اسم المساق
الشعبة
عدد الساعات
من
الى
خارج الخطة
حد
ثن
ثل
ربع
خمس
القاعة
الشعبة ملغاه
ع1
ع2
ع3
العلامة
حالة العلامة
ش.ص 201
مبادئ الاقتصاد الاسلامي
2
3
15:00
16:00
لا
X
X
X
ش 107
لا
ش.ف 112
فقه العبادات (1)
2
3
11:00
12:30
لا
X
X
ش 205
لا
ش.ف 111
المدخل الى التشريع الاسلامي ومقاصده
5
3
15:30
17:00
لا
X
X
ش 301
لا
ص.ح 100
الثقافة الاعلامية
1
3
08:00
09:00
لا
X
X
X
اد 351
لا
مح 101
مبادئ في المحاسبه (1)
14
3
14:00
15:30
لا
X
X
اق 403
لا
http://sis.yu.edu.jo/i/themes/theme_10_ar/1px_trans.gif

markaz lughah

bismillah
markaz lughah
akhirnya sampai ke penghujungnya
sebak itu sudah pasti
bukan sedih atas perpisahan
tapi sedih mengenangkan sikap diri sepanjang markaz
apakah cukup bersungguh mengutip butir2 ilmu yang disampaikan guru
atau sebaliknya

sejenak mengenangkan markaz lughah
ditempatkan di mustawa rabik ba
hanya perlu menempuhi 4 subjek atau kaedah pembelajaran
yakni istimak,muhadasah,qawaid dan kitabah

istimak bersama doktor A'la
menggunakan video2 dr BBC atau Al-Jazera 
bertemankan beberapa mufradat baru untuk memperkaya perbendaharaan perkataan bahasa arab
alhamdulillah
ayat popular tyme last muhadasah
ANA ASTAFIDU KATHIRON MIN ISTIMAK

kitabah dan qawaid bersama Dr. Ruba
kecewa dengan diri sendiri sebab kadang kala gagal memenuhi kehendak Dr. Ruba
maafkan saya Dr.
Dr menggunakan pelbagai kaedah untuk memantapkan penulisan karangan kitorang
namun,hasilnya ana masih mengecewakan Dr
mungkin kerana gaya penulisan bahasa melayu dan bahasa arab jauh bezanya
qawaid pula alhamdulillah
tyme ni jela masing2 beri komiten
masa kitabah semua diam membisu

muhadasah bersama Dr. Rijan
banyak membantu dalam menggalakkan diri untuk bertutur dalam bahasa arab
jujur ana memang mempunyai keyakinan dan keberanian dalam berbahasa arab
malangnya ana seringkali mengabaikan qawaid dan nahu dalam bertutur
bila ana renung kembali
memang sangat indah jika kita mampu bertutur dalam bahasa arab sambil menjaga qawaidnya dan sudah tentu makhraj huruf itu sendiri
selain itu kadangkala kitorang ada juga bermain game dalam bhs arab bersama Dr. Rijan

terima kasih Doktor2 untuk kenangan dan memori yang dilakar bersama
walau mungkin hanya sekejap cuma
tersentuh dengan Dr. Ruba yang menolak pemberian hadiah cenderamata dr sahabat
katanya apa yang dia mahu hanya mendengar berita yang baik2 dr pelajarnya
dan jangan pernah lupa bahawa dia pernah mengajar dan mendidik kami semua

kepada sahabat2 yang akan menghadapi exam mustawa khamis depan
selamat menduduki peperiksaan
jawab dengan serius agar senang dan mudah urusan di kemudian hari
wallahua'lam


Monday, December 27, 2010

Akses Pemikiran Islam

bismillah
Alhamdulillah dapat hadir ke salah satu program Permai yang diberi nama Akses Pemikiran Islam a.k.a API
Bermula seawal jam 9 pagi disertai dengan mahasiwa dan mahasiwi 2010
program ini bertujuan untuk membantu para mahasiswa menjana pemikiran secara islamik
mencerahkan minda mengenai kepentingan aqidah
menyingkap sejarah tokoh-tokoh islam serta turut mengupas beberapa isu berAPI yang berlaku dalam kalangan mahasiwa 2010

program dimulakan dengan pembahagian kumpulan
ana sekumpulan dengan 3 orang sahabat JUST adibah,faizah dan nadhirah
serta seorang kakak IKIP- kak farahdina
diketuai oleh kak zafirah hani dr JUST

program dewan dimulakan dengan pembentangan kertas kerja oleh ustaz anuar ridhwan dengan tajuk
MUQADIMAH AQIDAH ISLAM

Seterusnya forum WINTERKU BERAPI bersama senior dan seniorita yang terdiri drpd kak mardiyah madagascar,akh hidayat sebagai moderator,akh naqeb sulaiman dan akh azlan shah
forum mengupas mengenai masalah dan bebanan negara,PERMAI,dan diri sendiri
cara mengatasi dan melakukan perubahan
dan isu2 berbangkit yang lain seperti ikhtilat,masalah pelajar di kuliyyah dll.

program, diteruskan lagi dengan pembentangan kertas kerja dua bersama kak nik solehah mujahidah dan kak maisrah dengan tajuk
ADAKAH ENGKAU LUPA?

sebelum maghrib program ditamatkan dengan resolusi dan muhasabah berasama kumpulan
tahniah kepada peserta terbaik dan kumpulan terbaik
buat semua pengunjung,nantikan kupasan terperinci mengenai setiap slot yang dibuat sepanjang API

Wallahua'lam

p/s-akhirnya tumpas dr menahan diri untuk tidak update blog

Friday, December 24, 2010

wedding

bismillah
just a quick update
mungkin saat ini member2 blog masing2 sedang sibuk mengupdate mengenai keputusan PMR yang baru2 sahaja keluar
but i would like to update about wedding
ops,...not my wedding

wedding my first sis hasanah with her sweeet heart encik mohd hafizul hakimi sulaiman
selamat pengantin baru kaklong n abg jo
semoga cinta kekal sampai ke syurga
maaf adikmu diperantauan nun jauh di jordan
tdk mampu pulang ke malaysia buat masa ini
sedang sibuk berperang dengan kertas dan pena
final exam this 3 jan
mohon doanya dr bakal raja sehari esok =)


semoga bahagia menjalani kehidupan baru bersama
semoga saling menyempurnakan
semoga pembinaan bayt muslim membawa kesejahteraan pd ummah
wallahua'lam

if u read my blog
cklic THIS


p/s-pembinaan bayt muslim memerlukan persediaan yang lengkap dalam segenap aspek.mungkin turn ana lama lagikan? =)


nice song

Monday, December 20, 2010

kelas az~zikr




bismillah,alhamdulillah kelas az~zikr yang ketiga kalau x silap telah berjaya dilaksanakan
kecewa dengan diri sendiri
sebab jujur sepanjang cuti 2 hari hrtoo memang mengabaikan hafazan
bajet nak wat hafazan ekspress
last2 hafazan last minute tak lancar
murajaah alhamdulillah pass
tp itupun masih ade cacat cela sana sini
kelas 2 jam untuk murajaah dan hafalan baru
tapi x sempat nak hafal baru
cemburu dengan izzati idris yang dah bahagia habeskan juzuk satu

banyak kena tegur dengan kak munirah tadi
pasal hafalan laju
kena jaga tajwid
mcm mana nak menjadikan kelas az~zikr itu hidup bergantung kepada kitorang
banyak lagila
syukran kak munirah atas teguran
semoga teguran itu menguatkan

x sabar nak menikmati kegembiraan menghabiskan juzuk 1
tp dalam masa yang sama kerisauan bertambah sebab tanggungjawab hamlatul qur'an makin besar
wallahua'lam


Sunday, December 19, 2010

GEMPUR MMY

Bismillah
alhamdulillah walaupun tak berkesempatan untuk menghadiri program MMY
sekurang-kurangnya ana dan rakan-rakan dapat menggempur dapur bayt permai untuk program MMY
alhamdulillah,syukran lillah untuk nikmat yang tersurat dan tersirat ^^
syukran kepada rakan-rakan yang sanggup turun padang dari hari jumaat sehingga ke petang ini
semoga Allah redha


p/s-siapa yang pergi program gempur MMY tadi boleh share siket apa yang berlaku dalam dewan?

Friday, December 17, 2010

sambungan tasawwuf lagi

MEREALISASIKAN KEMBALI KEPADA TUHAN

1.Syukur dalam kesenangan
2.Bergantung harap kepada Allah dalam kesempitan

SYUKUR

-mengucap alhamdulillah
-menggunakan nikmat yang diberikan Allah sebaik-baiknya
-redha dengan pemberian

BERGANTUNG HARAP

ya memang kita harus meletakkan harapan kepada Allah tapi dalam masa yang sama secara zahinya kita harus berusaha untuk mencapai kebaikan

USUL-USUL UNTUK MENCAPAI ASAS-ASAS TASAWWUF


1.Tinggi kemahuan

orang yang berkeinginan tinggi akan diangkat kedudukannya

2.Jaga kehormatan

sesiapa yang menjaga kehormatan Allah, Allah jaga kehormatan dia

3.Baik muamalat

Siapa yang menjaga muamalat dengan manusia, wajib  baginya untuk mendapat kemuliaan.

4.Telus keazaman

Sesiapa yang telus keazamannya,akan berterusan jalan untuk mendapat hidayah

5.Memperbesarkan nikmat

Sesiapa yang membesarkan nikmat dan besyukur, Allah akan tambahkan nikmatnya

sambungan tasawwuf

MEREALISASIKAN REDHA DENGAN ALLAH

cara mencapai redha:-

1.qanaah
2.serah diri kepada Allah

QANAAH

-rasa cukup dengan apa yang ada  dari segi perkara-perkara duniawi
tapi dr segi ukhrawi seperti ilmu dan amal janganla rs da cukup..banyakkan dan tambahkan lagi buat bekalan di akhirat sana insya Allah

bak kata pepatah arab :-

القناعة كنز لا ينفي

qanaah itu adalah khazanah yang tidak akan musnah

Hadith riwayat muslim ade menyebutkan,maaf ana tak ingat matan
tapi dr matan hadith tersebut

orang yang berjaya adalah orang yang sejahtera,merasa cukup dengan rezeki dan qanaah dengan apa yang diberi

العبد حر بالقنع
والحر اعبد بالطمع
فالقنع ولا طمع
.....................erm..ade sesiapa bole sambung bait2 diatas

bermaksud:-

seorang hamba itu merdeka dengan qanaah
seorang yang merdeka itu menjadi hamba dengan tamak
maka qanaahlah kamu dan jangan tamak
sesungguhnya seburuk2 kelakuan adalah tamak
(mcm tula lebih kurang)

SERAH DIRI

mengenai serah diri ni,ade sedikit kisah untuk dikongsikan.
pada suatu hari.ade seorang lelaki berjumpa dengan gurunya
dia menyatakan kesedihan kerana dia menghadapi penyakit yang akan menyebabkan matanya dibuang
lalu gurunya menjawab "insya Allah khair"
dia merasa sangat pelik,kerana baginya kehilangan sepasang mata bukanlah sesuatu yang baik
tetapi gurunya tetap meyakinkan setiap yang berlaku ke atas dirinya pasti adalah yang terbaik

suatu hari dia ditugaskan untuk menyampaikan dakwah di suatu tempat bersama kawan-kawannya
kebetulan orang2 di kawasan itu merupakan puak kanibal (orang makan orang)
maka dia dan rakan-rakanya telah menjadi sasaran utk menjadi santapan makan malam puak kanibal
namun demikian sebelum mereka di masak,ketua puak kanibal itu memeriksa setiap habuannya
dan dia mendapati salah seorang dari mereka mengalami masalah sakit mata a.k.a buta
maka dia telah dilepaskan kerana kecacatan yang ada padanya akan menjejaskan daging makan malam puak kanibal

lelaki itu alhamdulillah terselamat dari menjadi habuan puak kanibal
lalu dia pulang kepada gurunya dan menyatakan bahawa btullah
apa yang terjadi pada nya yang dianggap bala sebelum ini sebenarnya menyelamatkan dirinya dr bala yang lebih besar..

bersambung....