Friday, August 26, 2011

usrah episod akhir [soal hati]

Hani sudah mula menguap.Nadzirah dan Iman pula sudah mula tersengguk-sengguk menahan ngantuk.Mata zikri sudah mula berair kerana kerap kali menguap.Syali sahaja yang kelihatan masih mampu bertahan mendengar cerita naqibah usrah mereka.

Tengku tersenyum melihat gelagat adik-adik usrahnya itu.Terleka bercerita sehingga tidak sedar jam sudah menujukkan pukul 10 malam.Adik-adik harus dihantar pulang.Segera Tengku mengubungi Izzah,timbalan JKKK sesi itu untuk mendapatkan perkhidmatan muraqib.

3di di Jordan.apabila malam sudah menjelang,sistem muraqib akan mula beroperasi untuk memastikan keselamatan akhowat.lagi-lagi kebelakangan ini sering sahaja kes-kes keselamatan berlaku.terutama berdekatan kawasan perumahan mereka di sekitar area bab syimali.

beberapa minit kemudian,muraqib bertugas telah sampai di muka pintu.Tengku menghantar adik-adik usrah kesayangannya ke muka pintu Bayt Hammasah itu.Terpana.sepertinya sangat dikenali gerangan muraqib yang bertugas malam itu.Segera Tengku bersalaman dan berpelukan dengan adik-adik usrahnya kemudian terus masuk ke rumah.Pintu dan pagar dikunci.Tengku terduduk.

"Astaghfirullah,inikah jawapan pada permasalahan hati ini"

"Dalam berdakwah,apabila kita mengahadapi masalah dengan da3ie kita,ada 2 kemungkinan.Masalah hati kita sendiri atau masalah hati mad3u kita.Kita manusia biasa bukan?Tidak akan mampu menembusi hearty orang lain.Makanya,jagalah hearty kita baik-baik.Moga-moga usaha kita memudahkan dan melancarkan lagi jalan dakwah ini."

 terngiang-ngiang kata-kata sahabat seperjuangannya dari UK yang datang menziarahinya beberapa bulan yang lalu.Sungguh,seakan-akan terkena das tembakan yang tepat ke kepala Tengku.

Ya,mungkin inilah yang menjadi masalah hearty Tengku selama ini.Ini jugalah yang mungkin menjadi batu penghalang yang melembabkan perjalanan dakwah dan tarbiyahnya.Lamaran seorang lelaki.

Fuad.Muraqib bertugas sebentar tadi yang telah melamarnya sebelum Tengku berangkat ke Turki.Entah bagaimana Tengku boleh hilang pertimbangan saat itu.Apatah lagi apabila dilamar syabab rupawan yang boleh dikatakan paling hot di Jordan ketika itu.Tengku jatuh nafsu.Terlupa merujuk murabbi.Dengan terburu-buru merencana itu dan ini untuk kehidupan baru yang bakal ditempuhi.Cuma perancangan mereka masih tergantung  dan masing-masing memilih untuk mendiamkan diri.

Dalam fatrah inilah Tengku rasa teruji.Terbayang-bayang kehidupan indah yang bakal ditempuhi.Terlupa seketika yang ada tugasan dakwah yang masih belum selesai.

"Jadi individu muslim pun tak pas lagi.Bina adik-adik pun cacamarba lagi.Layakkah aku menaiki tangga yang setersunya.Bayt Muslim?Ya Allah,pendeknya pemikiran aku saat itu"hati Tengku berbisik sendiri.

Tengku segera mengambil wudhuk,mendirikan solat taubat dan dicapainya Al-Qur'an buat menenangkan resah di kalbu.

"Sesuatu harus dilakukan"Tengku bermonolog sendiri.

Pagi itu Tengku nekad membuat keputusan.Halangan ini perlu diketepikan segera.Jari-jemari Tengku pantas menaip di atas skrin keyboard laptop Toshibanya.


"Saudara,kita merancang,Allah jua merancang dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan-Nya.maaf mebiarkan keputusan perancangan kita tergantung begitu sahaja.Setelah beristikharah berkali-kali Allah telah menyuluhkan jalan.Hati ini masih diperlukan untuk dakwah dan tarbiyyah diri sendiri dan insan-insan yang lebih memerlukan.semoga ini yang terbaik.wallahua'lam"

Enggan berbicara meleret.Itu memang cara Tengku.seolah-olah memperoleh sekeping hati yang bersih,baru dan suci saat Tengku tekad menekan butang send.

"Ya Allah moga-moga ini yang terbaik untuk dakwah dan tarbiyah"

Tiiit.......tiiit...

Hp Tengku berbunyi menandakan mesej masuk.



"Fuadkah?"getus hati kecil Tengku

Kotak mesej dibuka.Hani rupanya yang menghantar mesej.

"Kak Tengku sayang,Hani minta maaf kalau2 kebelakangan ini Hani menunjukkan rasa kurang minat dalam usrah kita.Lepas kita luangkan masa semalam tiba-tiba hati Hani jadi jatuh cinta pada usrah kita akak ^^.Agak-agak bila next liqa' ye.Hani jadi tak sabar nak duduk dalam bulatan gembira kita =)."

Masya-Allah,Tengku hanya mampu tersenyum.

"Sungguh,sebelum membersihkan hearty manusia,hearty inilah yang perlu dibersihkan dulu,"hanya itu yang terluah dalam kalbu Tengku saat itu.

Tengku merenung ke luar..jalan dakwah ini masih panjang.semoga Allah mudahkan.

TAMAT
episod sebelumnya : episod 4





3 comments:

Anonymous said...

erk,sape fuad?

Aliyah Al~Istiqamah said...

fuad-watak yang meminang Tengku Munirah

insya Allah watak dalam cerita ini tidak ada kaitan dengan yang hidup ataupun yang mati

MyIlham.com said...

salam

suka cerpen ini.menarik,ada pengajaran besar yg tersirat utk pada daie. orang yg adil,adalah orang yg meletakkan sesuatu benar2 pada tempatnya :)