Thursday, August 4, 2011

Ramadhan | Motivasi untuk para Huffaz

Bismillah
alhamdulillah,berkesempatan untuk mengupdate blog
Maaf andai ada yang ternanti episod untuk cerpen 'usrah'
sedang menjana idea,menyusun jalan cerita,mencari masa dan tambahan baru sahaja habis examination
Insya Allah akan cuba disambung

Alhamdulillah,hari ini masuk hari keempat berpuasa di irbid,jordan
sudah merasa sahur dan berbuka dengan ahli bayt mughiraat
sudah merasa lajunya tarawikh di masjid 3taal =P
sudah menikmati merdunya alunan suara Syeikh Makmum mengimamkan solat tarawikh di masid jami3h

Lama rasanya tidak mencoretkan tentang akademi tahfiz az-zikr
alhamdulillah,soifi ini pelbagai bentuk jadual digubal oleh guru kami kak Munirah
sebelum masuk ramadhan jadual padat dengan kelas 4 kali seminggu
hifz jadid,murajaah 2 kali dan tasmik
Ramadhan kali ini jadual bertukar lagi
tetapi pernah sekali teringat Kak Munirah berpesan
Jadual yang terasa padat seperti ini masih belum cukup sebenarnya kalau betul2 kita nak jadi hafizah



setiap kali habis kelas
seringkali Kak Munirah memberikan motivasi,tazkirah ramadhan dan kata-kata semangat
salah satunya,sabar seorang hafiz/hafizah
sabar seorang hafizah ialah bersabar menempuhi jalan al-Qur'an ini
biarlah terpaksa mengulang berpuluh-puluh kali sehingga thabat di dalam hearty
biarlah terpaksa ditegur berkali-kali asalkan yang thabat itu adalah bacaan yang betul




apa yang seronoknya bila melangkah ke dalam bulan ramadhan
saya temukan 2 motivasi untuk diri yang insya Allah ingin mencari redha-Nya dengan cara ini

1.Sebagaimana yang kita ketahui.setiap bacaan ayat Al-Qur'an satu huruf dikurniakan sepuluh kebaikan.Dan sebagiman yang kita tahu,pada bulan Ramadhan setiap amalan akan dilipat gandakan beratus-ratus kali ganda.Bayangkan kita murajaah satu page 5 kali supaya thabat dalam otak dan hearty kita.Masya-Allah,x terbayang berapa banyak yang Allah mahu beri.Moga-moga kita ikhlas,agar apa yang dilakukan dipandang dan dinilai oleh Allah.



2.Seronok bertarawikh berimamkan syeikh Makmun di masjid jamiaah.Lagi-lagi kepada sesiapa yang mahu mengulang sebab syeikh Makmun akan membaca bacaan selepas Fatihah mengikut turutan Juz.Apa yang dikatakan boleh menjadi motivasi ialah,saat mendengarkan bacaan syeikh Makmum yang lancar,mashi,merdu dan mengikut tajwid yang betul.Subhanallah.Huffaz mana yang tidak mahu menjadi seperti beliau?

Penutup

Ok,tibe2 terpengaruh dengan gaya penulisan beberapa blogger yang seringkali menghakhiri penulisan mereka dengan satu kesimpulan yang jelas dan ada perkataan penutup di ruang bawah.ehe~

Maka apa yang saya dapat ramadhan ini
Ia sangat bermakna dan rasa sangat beruntung menjadi insan terpilih yang sedang menempuhi jalan Al-Qur'an
Mungkin bagi orang lain,cukuplah sekadar baca satu hari sekali sahaja untuk satu muka surat
tetapi untuk kita,kesabaran seorang huffaz menuntut kita bersungguh mengulangi bacaan sehinga betul-betul mashi,thabat dalam hearty dan mengikut tajwid yang betul biarpun berapa kali kita terpaksa mengulangnya
Bukankah redha Allah yang kita cari dalam jalan ini?
wallahua'lam


p/s-Bila kadang kala terlupa atau tersangkut semasa menghafal sebenarnya tanda Allah sayang.Insya Allah =)

Saya az zikr,saya ok ^_^

4 comments:

Anonymous said...

kekangan jadual kelas yg padat,
arus mujahadah yg hebat,
himpunan ujian hidup yg lebat,
semua lemahkan semangat nk truskn pjalanan sbgai seorang huffaz lebih2 lagi dlm bulan Ramadhan ni, tp lps bce entri ni, tiba2 jd semangat balik. terima kasih tuan blog! rajin2 la update lagi ye :)
Moga semua kebaikan dari Allah ke atas kamu.

Aliyah Al~Istiqamah said...

ujian itu semuanya adalah untuk menguatkan kita insya Allah

insya Allah akan diluangkan masa untuk update =)

Hasan Bahari said...

Cuba praktikkan membaca Al-qur'an semasa jalan jem dan berhenti di trafic light siang tadi. Alhamdulillah. Dapat juga sedikit, namun tidak berapa fokus dan efisyen. Moga masa kita sepanjang ramadhan ini tidak sia-sia dan setiap amalan diterima oleh-Nya. Wallahua'lam.

Aliyah Al~Istiqamah said...

masya Allah.ali pon sedang belajar untuk baca qUR'AN semasa waktu2 paling susah untuk membaca

xpe san,yang penting ada usaha
Allah pandang insya Allah
x sabar nak pulang ke rumah =)