Bismillah
menghitung hari untuk pulang ke tanah air
muahasabah kembali sejauh mana persediaan untuk menghadapi dunia realiti
Alhamdulillah
masih diberi peluang untuk Allah meneruskan hari-hari penuh barakah dalam bulan Ramadhan
Sudah berjaya merasa indahnya menunaikan solat tarawikh 20 rakaat
Semakin lama terasa seolah-olah Ramadhan ini memamg hakikatnya satu kem motivasi untuk kita
Yang selama ini 11 bulan berperang dengan syaitan dan nafsu
jatuh,terduduk,kadang berlari kencang terkadang semput di pertengahan
diri terasa hilang
Dan bulan Ramadhan inilah yang menjadi alternatif untuk kita mengecas kembali iman yang pasang surut dengan dahsyat sebulan yang lalu
Dan bulan ramadhan inilah yang membina semula ketaqwaan yang mungkin hampir runtuh diserang anasir-anasir negatif
terasa uniknya Allah menyediakan pakej2 istimewa sepanjang kem motivasi ini
tarawikh setiap malam hakikatnya melatih diri untuk terus kuat
selain dapat mengeratkan ukhuwah sesama insan
dan juga melatih kita untuk membetulkan masyakat sebenarnya
yang seringkali mengalami masalah dalam merapatkan saf
terasa uniknya Allah menjanjikan lailatul Qadr dalam kem motivasi ini
menggalakkan kita untuk memburu malam yang lebih baik dari seribu bulan
Bayangkan kalau Ramadhan kali ini kita tetapkan target tidak mahu miss qiam untuk memburu lailatulQadr
Jom kita lihat hasilnya nanti selepas kem motivasi ini berakhir!
Masya Allah,moga-moga kita tergolong dalam kalangan insan yang istiqamah
Baru lepas membaca tentang Tariq bin Ziad
Pembuka kota Andalus [Sepanyol]
Yang mana menjadikan puasa sebagai motivasi untuk berperang
Biar panas lapar dan dahaga serta sedar jauh dari punca air
Namun kata tariq "Kita berpuasa,kita tidak perlukan makanan dan air"
Maka biarpun kubu pertahanan mereka jauh dari kawasan punca air kerana kawasan tersebut telah dikuasi musuh
tetapi itu bukan satu masalah bagi mereka untuk meneruskan semangat juang demi menegakkan Islam
Semoga Ramadhan ini benar-benar menjadi motivasi untuk kita menjadi mu'mien bertakwa
sebagaimana kita pergi ke camping atau rehlah motivasi untuk membina diri
begitulah juga yang kita harapkan pada Ramadhan kali ini
wallahua'lam
2 comments:
Tertarik pada bab membetulkan saf. Bagaimana membetulkan saf kanak-kanak yang tak boleh duduk setempat? Dan disebelahnya pula ada bapanya sendiri. Harap dapat berkongsi pandangan?
malu dengan diri sendiri
hakikatnya ali pon belum arif tentang ini
nak bergerak ke kiri imam atau ke kanan imam pun masih teragak-agak dan terpaksa tanya senior
Insya ALLAH akan diusahakan untuk dikaji semula =)
Post a Comment