Friday, August 12, 2011

Bulatan Amal Muntijah

Bismillah
Lama tidak menulis sedikit formal
Terlalu teruja untuk menulis cerita yang masih banyak cacat cela dari segi penggunaan bahasa yang menarik
Bimbang mesej yang ingin disampaikan merangkak-rangkak
Sukalah kiranya saya menulis kurang santai daripada biasa =)

Sebelum itu,syukur Alhamdulillah dipanjatkan
kerana dalam keadaan hati yang berbolak-balik untuk pulang ke Malaysia
akhirnya dapat juga ditajdidkan niat kembali untuk pulang
Moga-moga Allah mudahkan plan yang dirancang

Kita hanya mampu merancang bukan
pelbagai perkara kita lakarkan dalam minda
Nak buat tu,nak buat ni
Nak jumpa dia,Nak jumpa mereka,kamu lagi
Tetapi bukan semua yang terlakar di minda dapat direalisaikan
pernah dengar perkataan medan amal islami muntij?
saya x pasti sama ada nama itu tepat atau tak
tetapi medan amal ini diasakan oleh Hassan Al-Banna


sila amati bulatan di atas
maaf jika melihat bulatan di atas menambah pening anda yang melihatnya
bulatan yang paling terakhir di  luar dilabelkan sebagai fikir
ya,berapa ramai yang mampu berfikir macam-macam untuk dibuat
dengan harapan dapat direalisasikan
bulatan seterusnya qaul [perkataan]
dan berapa ramai pula yang mampu mengucapkan apa yang mereka fikir ingin buat dalam hidup mereka
tidak kiralah sama ada mereka mengucapkan melalui lisan
atau mata pena

bulatan yang ke3 dari luar pula adalah 3mal [perbuatan]
kita semua mampu bercakap apa yang kita buat

"Ko tau,esok aku nak ziarah cikgu kat sekolah,lusa aku nak gi daurah pulak,next week nak balik kampung,pastoo hupdate blog..bla..bla..n bla"

lebih kurang mcm too,tetapi berapa ramai yang mampu mengamalkan apa yang direncanakan
kita hamba,memang diakui kemampuan terbatas
tetapi sejauh manakah kita berjihad untuk melaksanakan apa yang kita fikir dan kita ucapkan
itu bulatan yang keempat dari luar pula

anda pernah dengar perkataan muntij
sebelum ni saya pun tak pernah dengar =P
yang pernah dengar video montage
muntij berasal dari perkataan bahasa arab نتج
yang membawa maksud hasil
maka muntij sukalah kiranya saya mendefiniskan sebagai berhasil/efisien kata sahabat saya

kakak saya pula mentafsirkan muntij sebagai sesuatu yang kita buat sehabis mungkin sampai rasa da memang x boleh buat da
selagi ada jalan,kita akan teruskan jugak
begitulah dalam kita beramal
lakukan lah amal itu secara berterusan insya Allah
wallahua'lam

p/s-Dalam dakwah dan tarbiyah,apakah wasilah yang paling muntij [efisien]?
Insya Allah akan kita ketahui bersama dalam cerita bersiri usrah di episod seterusnya ^-^