Sunday, July 31, 2011

Dakwah dan Tarbiyyah

Tekan link ini untuk cerita yang menarik ^^ insya Allah:-

Usrah episod 1
usrah episod 2 [sejarah usrah]

Bismillah
kesinambungan dari cerita berepisod yang dipost beberapa hari
Nampaknya cerita ringkas ana kurang mendapat sambutan =(
Mungkin gaya penulisan tidak begitu menarik
Namun moga-moga ada yang dapat mengambil sedikit input dari kisah itu

Sedikit perkongsian mengenai dakwah dan tarbiyyah
Tarbiyyah berasal daripada perkataan ربى
Yang membawa maksud menumbuh,men'grow' up
Sebagaimana kita menanam benih untuk menumbuhkannya
Begitulah tarbiyah
Kita menanamkan keimanan dalam diri kita dan orang lain
agar bercambah dan bertumbuh menghasilkan sebuah 'pokok' yang membuahkan takwa



Seringkali perkataan dakwah dan tarbiyyah itu dikaitkan dengan perkataan usrah
Dalam dunia akhir zaman yang penuh fitnah ini
Segelintir masyarakat kita kadangkala fobia mendengarkan perkataan ini
sesetengah ibu bapa memandang negative dan risau andai ada anak-anak mereka yang megikuti usrah
bimbang akan terjebak dengan isu termasuk jemaah yang salah matlamat
runsing dengan isu pengeboman berani mati
hakikatnya bukanlah semua usrah seperti itu

Cuma mungkin kadangkala ada yang tersilap langkah dalam memilih jalan untuk mendapatkan tarbiyyah yang menggunakan manhaj nubuwwah
seperti seseorang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah
ada yang kadangkala tersungkur dengan meingimani kefahaman syiah
ada yang kadangkala tersadai menghambakan diri pada hamba kepada Tuhan
Namun,adakah dengan wujud kemalangan di luar jangka ini maka secara automatik manusia semua perlu berhenti mencari jalan mendekatkan diri kepada Allah
begitulah usrah =)

Isu kedua yang seringkali dikaitkan dengan usrah
Adakah menjadi kewajipan seseorang untuk mengikuti usrah dalam mencari dakwah dan tarbiyyah
sedangkan zaman sekarang sudah maju
segala maklumat ask goggle
Ceramah pun ada di mana-mana sahaja
Tidak ke masjid,ceramah ustaz Azhar Idrus sekarang pun dah boleh download via Youtube
Jadi,sejauh mana perlu dan penting menerjunkan diri ke dalam usrah dalam mendapatkan dakwah dan tarbiyyah

Sungguh,kita harus berpikiran sedikit jauh
Ada beza mencari tarbiyyah melalui ta3lim atau pengajian dengan mencari Tarbiyyah di dalam usrah
Umpamanya kita belajar masak dengan tunjuk ajar ibu kita di dapur,dengan belajar memasak menggunakan panduan dari talifon bila berjauhan dengan ibu
Manakah yang akan menghasilkan hidangan yang muntij [terbaik]?
Sudah tentu method yang pertama



Begitulah bezanya usrah dengan pengajian biasa atau ceramah dan pembacaan
Dalam usrah kita ada naqib/naqibah yang memandu
serta menilai peningkatan diri
Ada sahabat yang menolong men'charge'kan iman apabila terjatuh
Mampukah kita memanitainkan iman hanya melalui pembacaan buku
Adakah penceramah akan menemui anda untuk memastikan anda faham dengan apa yang dia sampaikan dan melaksanakan apa yang diseru beberapa hari selepas itu
Tidak

Maka,dalam keadaan ummah yang sedang cacat akhlak ini
Sama-samalah kita berusaha untuk memperbaiki diri
dengan mencari jalan dakwah dan tarbiyyah melalui usrah
semoga melalui pembentukan individu dengan wasilah ini
kita mampu mengucapkan sayonara jahiliyyah
yang mungkin terlekat pada diri kita dan orang lain seperti kapel,dedah aurat,ikhtilat terlampau,dan masalah-masalah sosial remaja yang lain

Wallahua'lam
Saya ditarbiyah,saya ok ^_^

12 comments:

Anonymous said...

sy peminat setia hsil penulisan crta ringkas dlm blog ni, teruskan menulis.. :)

Anonymous said...

ooo ..

ye ke org fobia kt usrah ?

hmm ..

Aliyah Al~Istiqamah said...

Terima kasih anony yang terus memberi sokongan
Doakan saya terus mampu menulis kerana Allah

Aony kedua-Ya ada orang yang agak fobia mendengarkan perkataan usrah
Biller dengar je usrah,mereka lantas melarikan diri.Tidak mahu turut sama sekali

wallahua'lam

Anonymous said...

act , yg nampak jelas skrg ni semua sekolah xkirelah kementerian ke , swasta ke , negeri ke ape ke , semuanya jadikan 'usrah' sbg program mesti buat . kan ?

sebab itu 'usrah' di malaysia xberapa menjadi sgt . tu yg dlm usrah dok bincang rukun sembayang dan tasmi' hafazan tu .

kembalikan identiti usrah !!

shafiqah said...

salam...
hai kak aliyah
satu pengisian yg menarik
pasal usrah tu...
ada yg tak nak ikut coz ada yg anggap usrah nie bosan...
bnda tu terpulang pd individu itu sendiri...

haa lg satu...bila kak aliyah nak balik...tak nak jumpa dak sambest ke...

Hasan Bahari said...

I'm following your post. Great article. Keep moving sister! :)

zikri said...

bezanya taklim melalui media dgn usrah is..media memberi ilmu.usrah lebig pada perkongsian n aplikasi ilmu.lgpun usrah lahirkan tautan hati ukhuwah.org kata,dekat di hati.lg dekat,lg lekat tarbiyah. Allahu a'lam

Aliyah Al~Istiqamah said...

anony-yep.usrah sekarang kurang neutral.kerana tidak melihat kembali manhaj yang nabi gunakan.Yang mana nabi menekankan aspek aqidah dulu sebelum ibadah

shafiqah.pergi ke sambest utk lawat adik2 akak adalah salah satu benda wajib masuk dalam list to do sepanjang kepulangan akak insya Allah =)

asan-thank u

zik-balik ni kita berusrah nak.haha

aintch said...

like:)

saya ditarbiyah, saya ok^^
hehe.

ali, jangan putus semangat.kita sentiasa menyokong dalam diam.hehe.

mus'ab said...

fenomena sekarang, mula usrah dengan bismillah dan habis dengan tasbih kafarah. sebab tu ramai yang lari. tarbiah dalam usrah tu sendiri tak berjalan. hati-hati bila dah bawa usrah nanti, pastikan usrah jadi fitrah bukan fitnah.

Aliyah Al~Istiqamah said...

mus'ab-ape ye perkaitannya antara bacaan bismillah di permulaan dan tasbih kafarah di hujungnya dengan ahli usrah yang lari?saya kurang jelas~

mus'ab said...

kalau kte tgk sekarang ni, usrah dah dianggap sebagai adat, sekolah2 jdikan usrah sbgai aktiviti wajib utk pelajar, psatuan2 agama pula jadikan usrah sbgai alat utk tarik org dan sbgainya, hakikatnya usrah ni sbgai wadah utk islahkan diri, tpi disalahguna oleh pihak2 ttentu yg gunakan usrah utk kpentingan tsendiri. akibatnya USRAH langsung x bjalan. yg ada hanya usrah. itu yg sy gambarkan sbgai mula dgn bismillah, habis dgn tasbih kafarah.. isi2 usrah tu langsung x meresap dalam jiwa.. perkaitannya dgn ahli usrah yg lari, dlm usrah tu sendiri melatih setiap ahli usrah untuk jd daie 1 hri nanti, tp kalau dah roh usrah tu sndiri x hidup, ahli usrah akan rasa bosan/tpaksa/serba salah bila pergi usrah.. 'malas la pegi usrah, dgr je akak tu membebel lps tu balik'
kita sendiri boleh nilai roh usrah kita tu hidup ke x, cuba tanya balik diri, apa perkara pertama yg dibincangkan dalam usrah pertama dalam hidup kita? sy yakin saudari sudah mula ikut usrah dari zaman sekolah lagi; cuba igt balik apa yg dibincangkan masa usrah pertama saudari? apakah tarbiah usrah pertama saudari tu terus mekar sampai sekarang? sy yakin dgn suasana tarbiah yg saudari alami sekarang, roh usrah saudari tu mudah sngt hidup. cuma bila dah kembali ke 'alam realiti' nanti, bila khidmat dakwah saudari diperlukan pd golongan yg bukan berada di alam tarbiah spt yg saudari alami sekarang, cuba pastikan roh usrah yg saudari bawa tu hidup supaya ahli2 usrah yg belum kenal erti tarbiah dapat rasa harmoni walau dapat lautan jahiliah sekalipun.