Sunday, May 8, 2011

urgensi proses itu

Bismillah
alhamdulilah sekali lagi Projek Iman berjalan seperti biasa minggu lepas
kupasan tajuk kali ini ialah Urgensi Proses Itu oleh al-fadhilah ustazah fatin aqilah binti razman [hehehe]


Proses apakah yang sangat-sangat urgent ni
Sebelum bercakap lebih lanjut mengenai proses yang sangat penting ni
Jom sama-sama kita telusuri sejarah atau kisah-kisah para sahabat zaman nabi Muhamaad s.a.w


Kisah 1 | Abu Bakar As-Siddiq menginfakkan seluruh hartanya untuk peperangan.Dan Bila ditanya apakah yang dia tinggalkan untuk keluarganya.Beliau menjawab "Allah dan RasulNya"


Kisah 2 | Yasir dan Sumayyah rela diseksa oleh musyrikin demi mempertahankan aqidah mereka


Kisah 3| Bilal bin Rabbah rela ditindih dengan batu besar demi mempertahankan keparcayaannya kepada Allahu Ahad


Dahsyatkan pengorbanan sahabat-sahabat dulu.Agak-agak kita mampu ke jadi macam mereka?Insya Allah mampu.Tapi mcm mana cara mereka boleh jadi sekental dan setabah itu untuk membuat pengorbanan demi agama Allah


jawapannya ialah



yep.proses tarbiyah
itulah proses yang urgen dalam hidup kita

apa itu tarbiyyah?
Tarbiyyah boleh dedifinasikan sebagai satu proses pendidikan
bayangkan kita punya anak.Dan kita mahu anak kita menjadi insan yang inteketual
Lalu kita hantar ke sekolah.Apakah hantar ke sekolah sahaja sudah cukup?
Jawapannya tidak.Sudah tentulah anak kita memerlukan proses pembelajaran yang berterusan dan sistematik
samalah macam kita.Kita nak jadi individu muslim.Apakah cukup sekadar duduk2 sahaja tanpa dididik oleh dai'e atau yang seumpama dengannya?

Kenapa sebenarnya urgen sangat proses tarbiyyah ni?
Sebab kita nak singkirkan segala ciri-ciri jahiliyyah dalam diri kita
antara ciri-ciri jahiliyyah ialah

-jahil [bodoh]
-hina
-lemah
-berpecah belah

[teringat satu pengisian dalam usrah kat sekolah dulu =) ]

Setiap apa yang Allah jadikan tak pernah sia-sia.Allah tdk pernah membiarkan hambaNya terus dalam lautan jahiliyyah.But He send us a hero to save us
who? Our Prophet Muhammad p.b.u.h

Apakah ciri-ciri tarbiyyah yang nabi gunakan untuk mendidik kita?

ada 3 cara iaiatu :-

-Tilawah [membacakan ayat-ayat Qur'an pada para sahabat]
-Tazkiattunnafs [menyucikan diri]
-Taklimul manhaj [Mengajarkan method tarbiyyah]

actually,tabiyyah merupakan satu proses yang berterusan.Dan keadaan tarbiyyah kita dipengaruhi oleh keadaan sekeliling.Kalau kita nak jadi individu muslim yang baik,kita perlulah mencari atau berusaha membentuk sendiri biah yang dapat membantu proses tarbiyyah kita

analoginya,bayangkan kita nak baca buku Fizik dalam kelas yang dipasangkan music rock!agak-agak boleh masuk otak tak?
Macam tulah jugak tarbiyyah.Kalau nak tarbiyyah jadi efisen,dampingkan diri pada orang-orang alim
Bukan kita tak boleh kawan dengan orang-orang yang huha,tapi dalam mencari SAHABAT biarlah mereka yang mamu menyokong dan membantu kita mencapai redha Allah =)

Kita selalu mendengar isu-isu kepelbagaian jemaah,usrah dan sebagainya.
Persoalannya di sini adakah kalau nak mendapat tarbiyyah kita perlukan usrah?




Pada pendapat saya,banyak lagi faktor lain untuk mentarbiyyah diri
seperti ujian Allah,belajar dari alam
cuma sebagai manusia yang lemah tidak boleh tidak kita perlu kepada seorang mad'u dan satu jemaah untuk menguatkan dan meningatkan diri
tambahan pula bimbang kalau kita menjalani proses tarbiyah sendiri,ada menda-menda yang kita tersalah faham

Tarbiyah bukan sekadar satu proses pemindahan ilmu dari dai'e kepada mad'unya
tetapi hakikatnya ia adalah satu proses pembentukan diri untuk mencapai tujuan hidup kita iaitu menjadi khalifah Allah dan mengabdikan diri kepada Nya

Dalam proses tarbiyyah,tidak boleh tidak kita akan diuji dengan pelbagai dugaan
Contoh kita nak berhijrah pakai tudung labuh ke,buat amalan-amalan sunnah,ajak kawan buat baik sama-sama
mesti ada pihak-pihak yang akan dok cakap-cakap belakang dan ade je yang cakap-cakap depan terus
Tapi itu memang perkara yang kita perlu lalui kalau kita betul-betul nak jadi individu muslim
siapa tak nak jadi baik kan?

analogi?Bayangkan saya ada sebuah kek yang telah siap dan kawan saya ada bahan-bahan kek yang belum siap dijadikan kek
bahan-bahan kek seperti telur,mentega,tepung cuma mampu melihat dan cemburu pada kek yang cantik tu
Lalu bahan-bahan kek ini memohon kepada tuannya untuk jadi seperti kek itu juga
Lalu tuannya berkata boleh tetapi diingatkan bahawa mereka akan mengalami proses dipukul [telur],digaul,dicampur dan paling menakutkan [bagi kek la kowt] dibakar dengan suhu yang tinggi
[erk,cerita ni sekadar analogi je =) ]



Macam tulah juga kita
nak jadi baik biasalah tu kena campur-campur dengan kawan-kawan yang kita x pernah kenal sebab nak bina ukhuwwah 
kena paksa diri buat baik
tinggal benda buruk dan lain-lain

Sometimes,kita dengar ada org rasa tarbiyyah membunuh fitrah dia
dari dia dulunya gadis huhahuha ,tak pasal-pasal lepas kena tarbiyyah dai'e suruh control perangai siket
dari dulu malas nak dengar ceramah,dai'e tiap-tiap minggu ajak gi kuliyyah kat masjid
mereka rasa tak bebas.Betul ke tarbiyah membunuh fitrah?

Mestilah tak.Apa yang kita faham tentang fitrah?Fitrah itu asal kejadian yang suci,baik.
Kalau sifat-sifat negative itu dihapuskan kerana tarbiyyah adakah itu bermakna tarbiyyah membunuh fitrah
hakikatnya,tarbiyyah lah yang mengembalikan kita pada fitrah =)

apapun,sama-samalah kita merelakan diri untuk diserahkan kepada tarbiyah 
wallahua'lam






4 comments:

Anonymous said...

like!

Hasan Bahari said...

"Tarbiyyah tidak pernah membunuh fitrah, tetapi tarbiyyah itulah yang mengembalikan kita kepada fitrah."

Maha suci Allah, pertama kali ana mengenali tarbiyyah apabila dibawa kepada "Untuk apa kita diciptakan". Dan dae'i ana pada masa itu adalah ayahanda sendiri.

Terima kasih Allah, atas kurniaan hidayah yang Engkau berikan ini.

Aliyah Al~Istiqamah said...

asan-alhamdulillah atas kejayaan ayah Menjadi wasilah Allah untuk memberikan tarbiyah kepada kita

semoga nanti asan juga dapat menyebarkan kemanisan tarbiyah itu pada adik-adik di bawah yang lain juga =)

i misss u bro

Anonymous said...

aliyah...=)
bru prasan...=)