Monday, May 2, 2011

antara hafazan,belajar dan dakwah

Bismillah
actually entry ini khas untuk seorang anony yang sudi meninggalkan komen dalam entry ana yang lepas dalam entry REHAT


pertama sekali ana ucapkan terima kasih dan tahniah kerana anda juga sedang menghafal Qur'an
keduanya ana nak bgtau yang ana bukanlah orang yang selayaknya utk dikagumi dalam bab2 berkaitan hafazan,belajar dan dakwah
sebab ana pon masih merangkak-rangkak nak hafal Qur'an
pelajaran pun actually bukan semantap orang lain
dan dakwah sekadar menjadi mad'u,belum lagi serius menjadi daie dan menyibukkan diri seratus peratus dengan dakwah


Sebenarnya kalau nak dapatkan tips yang lebih hebat anda boleh explore blog2 yang lain
 tapi hanya sekadar perkongsian cara ana membahagikan masa antara hafazan,belajar dan dakwah
sebenarnya lain orang lain caranya
ana pernah ingat semasa dalam PINTAZ,senior arif hakimi pernah mengajukan soalan kepada peserta PINTAZ mengenai kepentingan jadual
dan hasil dari soal jawab itu nak atau tak seorang hafiz perlu mempunyai jadual


alhamdulillah,sejak kecil ana telah terdidik dengan kehidupan berjadual
ya,sebagai manusia yang lemah ada kala bukan mudah utk mematuhi jadual harian kita seratus peratus
tapi sediakan sahaja dan cuba ikut
dalam jadual harian ana,ana meletakkan hafalan Al-Qur'an berkongsi waktu dengan waktu sembahyang dalam masa satu jam
sebagai contoh solat zohor pada jam 1.so dalam masa satu jam ana akan pastikan 1 jam itu diperuntukkan khas utk solat fardhu,solat sunat,tilawah,ulang ikut jadual yg disediakan dan hifz jadid
kalau solat jemaah dengan bilangan yg ramai lagi seronok sebab sementara menunggu kawan-kawan kita menyudahkan air wudhuk kita boleh tunggu sambil tilawah dan hafalan sekejap
kemudian lepas habis solat,sudahkan peruntukan-peruntukan yang belum selesai


bukan mudah sebenarnya nak ikut jadual berbentuk seperti itu
kerana kadangkala kita akan diuji dengan kekangan masa dan semangat yang turun naik
kadang-kadang ana bukannya lakukan hifz jadid dan ulang dalam satu waktu yang sama
ana lebih gemar hifz jadid masa waktu dhuha sebab tyme tu kadar utk mengantuk lebih rendah berbanding selepas subuh dan selepas isyak
dan selalunya untuk memastikan bacaan atau hafalan kita mudah terpasak ke dalam otak
ana akan baca satu ayat 10 kali,dan ulang 10 kali
jika terasa payah bahagikan ayat yang kita hafal dengan kadar yang pendek


dalam soal belajar,selalunya ana perhatikan hafalan ini yang memberikan ruang dan masa utk ana belajar
cubalah mulakan hari2 kita utk ke kuliyyah dengan menghafal Qur'an terlebih dahulu
kita akan perasan waktu utk kita belajar dilapangkan oleh Allah dan mudah utk faham insya Allah
alhamdulillah Allah telah mentakdirkan jadual kuliyyah ana sem ini agak cantik utk disusun waktu belajarnya
sebagai contoh kelas tasyrik ana pukul 9,maka ana akan belajar atau ulangkaji pada pukul 7
kelas bi pukul 11,so ana ada 1 jam dr pukul 10 utk ulangkaji english
dan kelas mabadik iktisod pada pukul 3,ana ada 1 jam dr pukul 2 utk ulangkaji subjek tersebut


duduk di luar negara dengan perubahan musim merupakan satu kelebihan juga terutama syita
semasa syita' ana lihat ana mempunyai lebih masa untuk online bagi mencari bahan-bahan dakwah dan sebagainya
ini dah masuk bab dakwah
dakwah itu pelbagai cara
dalam usaha membentuk diri menjadi individu muslim ,menjadi muslimah yang teratur dan sistematik itu sangat penting
maka ianya berbalik kembali kepada penyediaan jadual
sebagai individu yang masih lagi merangkak dalam arena dakwah dan tarbiyah ini
ana hanya sekadar menjadi mad'u dan memerhatikan serta menyerahkan diri kepada da'ie ana utk ditarbiyyah
maka ana belum merasakan lagi kesukaran dalam membahagikan masa utk berdakwah


apapun,,beruntunglah kerana anda sedang menghafal Qur'an 
kerana selalunya bila kita hafal Qur'an kerana Allah
Allah akan mudahkan jalan kita dan urusan-urusan yang lain insya Allah 
doakan ana diberi kekuatan untuk bermujahadah dalam menghafal Qur'an bagi menggapai redha Allah insya Allah


wallahua'lam

2 comments:

Anonymous said...

tq share! :)
bezanya aliyah dgn ana cuma,
aliyah belajar di luar negara, ana belajar dalam negara. Suasana cukup berbeza sama sekali.
aliyah selalu hafal al-quran dalam waktu solat, ana selalu hafal al-quran bila free, mostly dlm bas.
aliyah blm lgi bwk usrah tp ana bkn setakat bwk usrah, ana jga tlibat dgn dakwah.
aliyah ada jadual sendiri tp ana tkde, mungkin ana bleh cuba cara aliyah. :)
apa2pun, walaupun kta saling tk kenal, aliyah doakan ana ye, ana akn sntiasa doakan aliyah. bukankah itu sebagahian hak thadap saudaranya?
ana cuma rakan blogger yg minat bca entri dr blog aliyah :)

Mutiara Islam said...

insyaALLAH~

LIKE UR POST!