Monday, May 2, 2011

REHAT


bismillah
alhamdulillah dalam ketegangan dan kerisauan exam final akan tiba tak lama lagi
akademi tahfiz az zikr telah menyediakan satu platform untuk kami merealeasekan ketensionan dengan cara yang santai tetapi ciri-ciri sebuah tahfiz az zikr itu masih diterapkan

persepsi kali ini lain dari yang lain dan sangat istimewa
di mana akademi tahfiz az zikr telah berjaya mengadakan program rehlah ahli tahfiz a.k.a REHAT
Serius memang rasa betul-betul rehat
memang ana pergi REHAT ni buku tasyrik dan buku2 lain semua tolak ke tepi dan simpan di rumah
yang ada hanyalah 2 buah Al-Qur'an untuk menghafal dan tilawah
sayangnya guru hafazan kami kak munirah tidak berkesempatan utk hadir bersama kerana faktor kesihatan yang sedikit terjejas
mohon semua pembaca mendoakan kesejahteraan guru kami

REHAT telah diadakan di wadi syuaib
mcm biasa dimulakan dengan hafalan juz 4
perbincangan ayat mutasyabihat
dan tazkirah

tazkirah kali ini disampaikan oleh ustaz syafiq
ustaz syafiq telah menyentuh mengenai niat
kata ustaz apa2 perkara pun semuanya akan berkisar kembali kepada niat
sedangkan hadith nabi yang pertama pun berkaitan dengan niat

bila ustaz tanya apa niat kita semua masuk tahfiz az zikr
semua orang terdiam termasuk la ana
sebab ana akui kadangkala ana rasa hilang punca dan arah
bila futur rasa mcm x tau kenapa sebenarnya ana nak sangat2 hafal Al-Qur'an

alhamdulillah bila diberi peluang dengar tazkirah tadi
ustaz mengingatkan kami bahawa jadikan lah niat kita hafal Qur'an itu untuk MENCAPAI REDHA ALLAH
nak capai redha Allah ada macam-macam cara kan?
tapi kami yang sekarang sedang berada dalam tahfiz az zikr sebanrnya telah menunjukkan kepada semua orang
kami hafal Qur'an bukan nak kejar title hafiz atau hafizah
tapi kami nak kejar REDHA ALLAH
sebab tu lah sesetengah masyarakat memandang hafiz dan hafizah ini sebagai golongan yang mulia
kerana dalam banyak-banyak cara nak capai redha Allah
para hamlatul Qur'an ini memilih untuk mendampingi Al-Qur'an 24 hours
menjaga kalimah Allah untuk mendapatkan redha Allah

terdapat macam-macam hadith yang menyatakan fadhilat Al-Qur'an
ada mafhum hadith yang menyatakan 
pada hari akhirat kelak
para hamlatul Al-Qur'an ini akan dipanggil dan akan disuruh membaca Qur'an kemudian dakilah sehinggalah kepada ayat terakhir yang dia baca disitulah kedudukan atau tingkatnya di syurga kelak
bayangkan kalau kita mampu hafal 30 juz sebelum meninggalkan dunia
masya Allah !

selain itu bukan sahaje kelebihan itu diperoleh oleh hamlatul Qur'an itu sahaja
malah ibu bapanya di akhirat kelak turut mendapat tempiasnya
dimana insya ALLAH kedua-dua ibu bapa hamlatul Qur'an ini akan dipakaikan mahkota yang sangat indah
di mana terpancar cahaya yang terang dr mahkota itu lebih terang dr cahaya matahari

ustaz juga ada menyentuh sedikit mengenai adab hamlatul Qur'an
persoalannya di sini mengapa kita sangat-sangat perlu menjaga adab dengan Al-Qur'an
analoginya sama dengan mengapa kita kena jaga adab dengan orang tua
sebagai contoh kita jalan tunduk depan orang tua
jawapannya,kerana kita ingin membina hubungan dengan orang tua tersebut
kita ingin membina kasih sayang dengan orang tua tersebut
macamtulah juga mengapa kita perlu menjaga adab dengan Q ur'an

menjaga adab dengan Qur'an bukan setakat berkepit dengannya dimana sahaja kita berada
tetapi hamlatul Qur'an ini bila orang lain sedang nyenyak tidur dia berjaga
apabila orang sedang sibuk dia tidak lupa untuk baca Qur'an
selain itu penjagaan pemakanan nya
pengorbanan dan paling penting MUJAHADAH
sejauh mana kita mujahadah untk menghafal Qur'an

semoga REHAT telah berjaya menyuntik semangat kepada semua ahli az zikr secara amnya
dan kepada ana khasnya =)
wallahua'lam

2 comments:

mira said...

bezzz :)

Anonymous said...

lepas bca blog aliyah, makin hari ana makin kagum dgn aliyah.. ana pn ada jgak hafal al-quran tp ana msh lg keliru mcm mna nak bahagikn masa dengan belajar dn kerja2 dakwah? mohon dishare tipsnya. asifah kalau menyusahkan