Friday, May 6, 2011

Perjumpaan Qism Iktisod

Bismillah,Insya Allah entry ni khas utk kawan2 qism iktisod yang x dpt hadir semalam








alhamdulillah setelah berkali-kali tarikh perjumpaan ditunda,perjumpaan iktisod diteruskan juga malam semalam
bertempat di casa intelec lepas maghrib
bertembung dengan program PERMAI di masjid jamiah
namun program harus diteruskan memandangkan selepas ini baik senior mahupun junior masing-masing akan sibuk dengan final wxam


perjumpaan ini diadakan sebagai salah satu platform untuk mendapatkan motivasi dan nasihat dari senior2 ikip sebagai junior dalam takhassus ekonomi dan perbankan islam


antara perkara yang dikongsikan ialah:-


-softskill
-pengalaman senior
-peluang kerjaya
-cabaran


kalau diikutkan sebenarnya,senior pernah kongsikan perkara-perkara ni semasa pencerahan minda semasa penghujung tahun lepas
cuma malam semalam mungkin coraknya lebih santai


Slot 1 | SOFTSKILL 


-Soft skill ni sebenarnya ialah sifat bermasyarakat yang berkait rapat dengan emosi manusia.Ianya merupakan salah satu important item dalam diri yang mana diperlukan bagi menyokong hard skill iaitu iq individu.


-sebagai contoh,tdk guna kalau kita ada teori dan fakta mengenai perbankan islam yang sangat banyak,but kita takde skill utk sampaikan the message to others.


softskill boleh dibahagikan kepada 7 bahagian iaitu:-

  1. skill dalam sifat peribadi
  2. skill dalam budibahasa
  3. skill komunikasi
  4. skil bahasa [penguasaan bahasa inggeris dan arab terutamanya]
  5. personal habit
  6. optimism
  7. peramah
top 10 softkill yang perlu ada dalam individu khususnya graduasi ekonomi dan perbankan islam

1.ETIKA KERJA YANG KUAT

Apabila kita sudah terjun ke dalam dunia perbankan nanti insya Allah.Kita akan berhadapan dengan pelbagai kertas kerja.So etika kerja seperti cermat dan teliti sangat penting.Kata senior,jangan buat sesuatu kerja itu semberono sahaja.

2.POSITIVE ATTITUDE

3.GOOD COMMUNICATION SKILL

4.TIME-MANAGEMENT

5.PROBLEM SOVING-SKILL

6.ACTING AS A TEAM PLAYER

7.SELF-CONFIDENCE

8.KEMAMPUAN UNTUK MENERIMA KRIKTIKAN

9.FLEXIBLE DAN MAMPU MEYESUAIKAN DIRI DENGAN KEADAAN

10.WORKING WHILE UNDER PRESSURE

SLOT 2 | PELUANG KERJAYA

Selepas kita graduate,sekurang-kurangya kita ada 3 pilihan

  1. terus bekerja
  2. sambung master
  3. goyang kaki jadi suri rumah mithali =)
senior mengingatkan bahawa,sebagai pemegang Bachelor of syariah dalam takhassus ekonomi dan perbankan islam,kita x boleh menyempitkan pandangan bahawa kerja kita hanya terhad dalam skop perbankan sahaja.
Kita boleh jadi penasihat syariah,kerja di bank,ploicy maker [penggubal polisi] dan pelaksana polisi dll.

Btw,the important things ialah,kenal pasti minat kita,n berikan sepenuh tumpuan dalam subjek yang ada kaitan dengan minat kita.sebagai contoh,kita memang betul2 minat dalam perbankan.so,make sure,any sibject yang ade kaitan dengan perbankan kita tumpukan betul2.erk,tapi kalau minat jadi pendidik,rasa semua ilmu tu kita kena masyikan kan?sebab nanti nak sampaikan pulak pd org lain.ye dak?

Then,kita kena tahu mcm mana nak buat resume dan promote ourselves masa nak cr kerja nanti.Thats why we need softskill supaya kita ada menda nak promo pada bakal majikan nanti.Insya Allah.

bercakap soal sambung belajar,instead of sambung belajar,lepasan bachelor juga ada disediakan satu program yang dinamakan graduation training

sekarang di malaysia sudah banyak universiti yang menyediakn program master dalam takhassus ekonomi dan perbankan islam seperti,UIA,UM,KOLEJ INSANIYAH dll.

slot 3 | CABARAN

Sebelum senior Hakim Johari mengulas lebih lanjut mengenai cabaran student eko dan banking,senior sempat berkongsi pengalaman sebelum beliau terjun dalam bidang ini.Katanya dahulu,dia bukanlah seorang yang meminati perbankan sebaliknya dia sangat minat pada music.Kesan daripada desakan ibu bapa,dia telah membawa diri ke jordan.Namun begitu,alhamdulillah,setelah cuba menanam minat,senior sekrang merupakan seorang yang sangat hebat dalam bidang ini,malah turut menjadi ikon pada kami semua.Oleh itu,sesiapa yang mungkin actually dia datang joden nak wat medic,dentist tapi dijodohkan dengan perbankan islam,jangan risau.Sama-samalah berusaha utk menanam minat dalam diri.Dan usually,memang selalu,senior kita ni asal minat lain tapi dapat perbankan islam.eg: Kak Natirah minat dirasat islam,dan Senior azlan minat kewartawanan.same goes as me,saya dulu minat bahasa arab sangat2,sekali jodoh saya dengan perbankan islam.Tapi serius sangat memang dah jatuh cinta dengan takhassus ini =).

Mengulas mengenai cabaran,actually kita ada 3 cabaran besar

1.Penyeragaman piawaian dan sistem kewangan dan perbankan islam
2.Kewujudan produk2 perbankan atau kewangan islam
3.Kewujudan modal insan dan galakn agar lebih ramai menceburi bidang ini

Senior lebih fokus kepada cabaran ke3.Bagi mengatasi cabaran ke3,senior menasihati kami agar

  1. Wujudkan group utk beri komitmen dalam sesuatu isu perbankan.Cth ada bayt sukuk,bayt kontrak musamma ke,bayt komuniti pelabur emas dll.
  2. Rajin buat kajian dalam sesuatu isu perbankan
  3. Spend at least 1 jam utk explore link2 berkaitan dengan isu2 kewangan dan perbankan
  4. Galakan memasyikan ayat berkaitan riba dalam surah Al-Baqarah
  5. Baca kitab2 lama seperti kitab ibnu khaldun,ibnu taimiyyah dll
  6. Jadi duta untuk sampaikan kepada masyarakat tentang kepentingan memilih sistem kewangan dan perbankan islam
Slot 4 | PENGALAMAN SENIOR

Kak Natirah share sedikit pengalam bagaimana mula2 dia sebenarnya minat sangat dengan dirasat islamiyyah,tetapi akhirnya,terjun dalam bidang ini.

Selain itu senior turut menasihati kami agar :-

  1. Sentiasa Optimis
  2. Bantu-membantu sesama kawan
  3. sentiasa update isu perbankan
  4. ada matlamat
  5. hormat guru
  6. study awal
  7. kaji corak study [study sendiri atau study ramai]tapi kalau nak study sorang2,janganlah abaikan kawan kita kalau drg dtg bertanya.








4 comments:

Anonymous said...

:)
good luck exam
buat utk Islam :D

Adinda said...

thank alya , hehehehe . walau aku tak pergi tapi aku turut dapat input :)

Anonymous said...

Aliya! tetibe rse rindu kat awk.. hik2 =D

Aliyah Al~Istiqamah said...

anony 1-tq!siapakah?

cik humaira'-sama-sama =_

anony 2=siapakah?kak syidah ke?