Sunday, May 8, 2011

Ashabul Kahfi


Surah Al-Kahfi ayat 9-26 |

Surah Kahfi ada macam-macam kisah.Salah satunya mengisahkan tentang 7 orang pemuda yang melarikan diri untuk menyelamatkan aqidah mereka.

(9) (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. 


(10)Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. 


(11)Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu). 


Siapa pemudah kahfi ni sebenarnya ?


(12) Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat petunjuk. 


(13) Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran. 


(14) (Mereka berkata pula sesama sendiri): Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah. 


(15) Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna. 


Di dunia terdapat 3 tempat yang didakwa merupakan tempat ashabul Kahfi.Tetapi gua ashabul Kahfi yang terdapat di Jordan adalah paling rajih kerana menepati ciri-ciri yang dikisahkan dalam Qur'an.Kalau x caya,beli tiket,datang sini =).Saya da tengok.Alhamdulillah.anda bila lagi.


(16) Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya. 


(17) Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka. 


Dari ayat 17,kita boleh dapat beberapa ibrah.salah satunya dari ayat ini,telah berlaku penemuan bahawa orang yang koma [erlu dibolak balikkan untuk membantu pengaliran darah agar tidak terkumpul di suatu tempat.X reti sangat la cakap pasal medik-medik ni.Tu jela yang ana faham.Pasal anjing tu pulak,kita boleh lihat macam mana Allah nak lindung pemuda Kahfi dengan meletakkan anjing di depan pintu gua.Mestilah kalau ade orang nak masuk gua jadi cuak kan.So,selamatlah pemuda Kahfi di bawah perlindungan Allah =).


(18) Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: Berapa lama kamu tidur? (sebahagian dari) mereka menjawab: Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari. (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah dia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah dia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu. 


Ayat atas pulak mengenai kisah diorang semua saling bertanya berapa lama diorang tido.Ada yang rasa mcm setengah hari.Ada kata 1 hari.Last-last salah seorang kawan dia suruh keluar beli makanan dengan syarat jangan gtau sesapa psl tempat diorang.Takut raja nak bunuh.Pemuda yang ditugaskan utk cari makanan ni sangat pelik bila tengok keadaan macam x sama macam zaman dia.Paling pelik bila dia nak beli makanan,peniaga tu tekejut sebab tengok mata wang yang digunakan oleh pemuda itu ialah mata wang 300 tahun dahulu.


(19) Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa) dan jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-lamanya.


 (20) Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka. orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka. 


Zaman mereka dibangkitkan ni Alhamdulillah pemimpin telah beriman dan sebahagian besar telah beriman,.Cuma ada sebahagian kecil ni mempersoalkan masa manusia dibangkitan nanti adakah akan dibangkitkan roh sahaja tanpa jasad.Maka petunjuk Allah dengan kebangkitan pemuda Kahfi ini telah menjawab persoalan mereka.


(21) (Sebahagian dari) mereka akan berkata: Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka dan setengahnya pula berkata: Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui dan setengahnya yang lain berkata: Bilangan mereka tujuh orang dan yang kelapannya ialah anjing mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit. Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran) dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya). 


Galakan menyebut Insya Allah bila nak laksanakan sesuatu =) 


(22) Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti. 


(23) Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): Insya Allah dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini. 


Kadar atau tempoh mereka ditidurkan oleh Allah


(24) Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun (dengan kiraan Ahli Kitab) dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu). 


(25) Katakanlah (wahai Muhammad): Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNyalah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya dan jelas sungguh pendengaranNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Dia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya. 


(26) Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya. 


p/s-Tulisan kaler-kaler tiru macam aneeyamira.haha.[betol ke eja nama dia ni? ]

wallahua'lam =)

4 comments:

Anonymous said...

teringat mse mule2 usrah dlu kna bca surah kahfi sbb dlm usrahlah kte berkumpul utk lari dri hiruk pikuk dunia yg pnuh dgn jahiliah sme mcm pemuda2 kahfi lari sembunyi dlm gua..
blek msia nnti lwat sambest jom! =D

Aliyah Al~Istiqamah said...

haha.ade ye kita kena baca surah kahfi sebelum usrah
astaghfirullah,hampir terlupa
siapa ye ni?

dayang selasih said...

wuwuwu.ade nama saya disitu.selalunya kan bila ada nama ni,means org yg tulis tu rindu kite.hehe :) teruskan menulis.(sory saya sgt malas nak komen post org sbb perlu tekan itu dan ini.lagi2 bile kene masukkan huruf2 pelik.haha) ok bagus, aliya tau nama kita.haha

Aliyah Al~Istiqamah said...

wuwuwu.terharunya mira komen.saya percaya awak bc post ni dr atas sampai bawah.sebab tu perasaan nama mira ada.hehehe