Tuesday, March 15, 2011

diskusi kitab siri 2



alhamdulillah
seperti biasa akademi tahfiz az zikr meneruskan program mingguan kami
iftar cinta + diskusi kitab
dengan menu baru,tajuk baru di tempat yang sama dan pada waktu yang sama dan kitab yang sama serta penceramah yang sama.
katanya malam ini ada kelainanan sebab ada kamera,dan ustaz nasihatkan kitorang jangan banyak ketawa sangat sebab banyak ketawa hati mati
kalau boleh banyakkan zuk tyme tafsir ayat2 berkaitan neraka,syurga dan sebagainya
tapi ustaz tetap buat lawak sampai kitorang ketawa terbahak-bahak T_T

alhamdulillah hari ini kami sempat mendengar penerangan dr ustaz syukri ali mengenai tafsir surah al-baqarah ayat satu hingga lima berdasarkan kitab tafsir jalalain
ana cuba kongsikan sedikit apa yang ana dapat


Ayat 1-الم


Penerangan-الله اعلم بمراده
huruf-huruf alif lam mim ini juga dipanggil huruf muqata'ah.
tiada siapa yang tahu maknanya melainkan Allah
ada orang pernah bagi tau yang alif=Allah,Lam=jibril dan mim=Muhammad tetapi sebenanrnya kenyataan itu salah sama sekali.jangan percaya ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Ayat 2-ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

maksud: Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa

ذلك-اي هذا  

Penerangan:-

ذلك kalau berdasarkan apa yang kita fahamkan maksudnya itu.tetapi Jalalain telah mentafsirkannya dengan perkataan ini.


persoalan:
 mengapa kita guna kalimah itu?
apakah kerana Al-Qur'an itu jauh atau bagiamana?


Jawapan: 
Itu sebenarnya menunjukkan sesuatu itu penting.


contoh:
kalau kawan kita dekat then kita panggil dia dengan suara yang kuat.Dia bukan jauh pun,tapi kita panggil kuat-kuat sebab nak kasik alert [mcm tulah lebih kurang]

الكتاب-الذي يقرؤه محمد صلى الله عليه وسلم

Penerangan;-

iaitu kitab yang dibaca oleh nabi Muhammad s.a.w.So mestilah Al-Qur'an kan.bukan kitab Taurat atau Injil dan sebagainya.

 لا ريب-لا شق

Penerangan :-

tidak ada keraguan.ayat ini menggunakan kaedah nahu النكرة بعد النفي تفيد العموم/ القصر yang membawa maksud HANYA/LANGSUNG.Maksudnya kitab Al-Qur'an memang langsung tiada keraguan di dalamnya.

فيه-انه من عند الله

Penerangan: bermaksud-ianya daripada Allah

هدى-اي هاد

Penerangan:-

هدى-sebenarnya adalah masdar [kata terbitan] yang membawa maksud fa'il [pelaku].Maksudnya Al-Qur'an bersifat memberikan petunjuk.

للمتقين-الصائرين الى التقوى بامتثال اوامره واجتناب اانواهي لاتقائهمبذالك النار


Penerangan:-


untuk orang-orang yang bertakwa-yakni orang yang istiqamah kepada takwa dengan mengamalkan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah kerana takut akan api neraka.


Ayat 3-الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

maksud-Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

الذين يؤمنون-يصدقون


Penerangan- يصدقون  bermaksud membenarkan.t


Persoalan:


mengapa Jalalain mentafsirkan sendiri definisi orang-orang beriman dengan maksud yang membenarkan?


Jawapan:


sebenarnya Jalalain menggunakan kaedah yang diberi nama لولا حيثيات لبطلت الحكمة yang bermaksud "kalaulah tidak dari satu sudut atau satu segi nescaya terbatallah hikmah [kebijaksanaan]. 


Penjelasan:


Actually kaedah ini boleh juga menjadi prinsip hidup tuan-tuan dan puan-puan sekalian ya di mana dalam hidup kita mestilah memandang setiap benda dari beberapa sudut.Bukan sudut negative sahaja tapi crk jugak sudut2 yang negatif.Sebagai contoh musibah.Bagi orang yang mempunyai pemikiran yang cetek atau sudut pandang yang terhad,pasti dia hanya akan melihat musibah sebagai satu bala,bencana dan kesengsaraan.sedangkan orang yang memandang musibah dengan pelbagai sudut dia akan merasakan bahawa musibah adalah satu bentuk ujian,hadiah dr Allah sebagai peringatan buat diri yang lalai dan untuk meningkatkan lagi iman.jelas?


Macam tu la jugak Jalalain menafsirkan ayat الذين يؤمنون dengan perkataan يصدقون.Hal ini demikian kerana Jalalain memandang melalui sudut definisi iman.Apa dia maksud iman tuan-tuan dan puan-puan sekalian.Dalam versi bahasa arab iman bermaksud 

التصديق بالجنان,واكرار باللسان,وعمل بالاركان.

Dalam versi bahasa melayu pulak membenarkan dengan hati,melafazkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota badan.Kenapa pakai kalimah يصدقون sahaja sedangkan definisi iman tadi ada kalimah اكرار  dan عمل.Hal ini demikian kerana merujuk kepada kalimah seterusnya ialah kalimah  بِالْغَيْبِ.Yakni perkara-perkara ghaib.Perkara-perkara ghaib [menda yang tak nampak ]hanya boleh dipercayai dengan iman bukan dengan kata-kata atau perbuatan.wallahua'lam

 بِالْغَيْبِ- بما غاب عنهم من البعث والجنة والنار


Penerangan-apa-apa  yang ghaib dari mereka [orang-orang beriman] daripada hari kebangkitan,syurga dan neraka.



يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ-ياتون بها بحقوق

ana tak dapat sangat part ni.Yang ana faham ustaz ada kongsikan beza perkataan قام dan اقام.
قام bermksud berdiri dan اقام  bermaksud mendirikan.Sangat berbeza makna orang yang solat dan mendirikan solat.orang yang solat,solat seperti biasa,a'di kata orang arab.manakala orang yang mendirikan solat dia sentiasa menjaga solatnya sejak dari cara beristinjaknya,cara wudhuknya,duduk dekat tempat soalan setengah jam sebelum solat,baca qur'an dan masa solat jaga rukun dan syarat-syarat sah solatnya dan juga jaga khusyuk.Agak-agak kita tergolong ke dalam golongan orang yang يقيمون الصلاة yang ALLAH sebutkan tu ye?erk,tepuk dada tanya iman.

selingan-macam tula jugak kalau kita nak dapat anak yang baik-baik.Ustaz cerita Dr.Mahmud Kholidi pernah bertanya apakah langkah pertama untuk mendidik anak.Ada yang sebut azankan kat telinga la bagai.Tapi Dr.Mahmud Kholidi kata jawapan sebenarnya ialah pilihkan mak untuk anak dia.Nampak tak mcm mana kita nak buat persiapan untuk dapatkan yang terbaik kena mula dr awal-awal lagi.

ومما رزقنهمم-اعطيناهم

Penerangan-apa yang diberikan Allah kepada mereka.

 ينفقون-في طاعة الله


Penerangan-menginfakkan- yakni menginfakkan [membelanjakan ke jalan Allah]


ayat 4 dan 5 insya Allah ana sambung bila ada kesempatan.3 ayat pun da banyak kita boleh explore kan.Sangat menarik Al-Qur'an ni.










2 comments:

Mutiara Islam said...

post lg ye..
share ilmu anda tntg tafsir jailani tu :)

aku.hamba.abdi said...

tafsir jalalain larh..
jailani mne nta dhobit nih....

aku suke y nih..
Tapi Dr.Mahmud Kholidi kata jawapan sebenarnya ialah pilihkan mak untuk anak dia.Nampak tak mcm mana kita nak buat persiapan untuk dapatkan yang terbaik kena mula dr awal-awal lagi.