Wednesday, March 30, 2011

diskusi kitab siri 3

وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya.)

وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ -اي القرءان

yakni yang diturunkan kepada kamu (Nabi Muhamaad) ialah Al-Qur'an.bukan kitab-kitab simawi yang lain seperti kitab taurat,injil dan zabur.

 وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ-اي التورة والانجيل وغيرهما
apa-apa yang diturunkan sebelum kamu (Nabi Muhammad) iaitu kitab Injil,Taurat dan lain-lain.

أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.

الموصوفون بما ذكر-أُولَٰئِكَ 
mereka itu ditujukan kembali kepada orang-orang beriman yang telah dinyatakan pada tafsir ayat 3 yang lepas.sila klik sini 

عَلَىٰ هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ-الفائزون بالجنة والناجحون من النار
yakni orang-orang yang berjaya dengan syurga dan berjaya dari api neraka

tak banyak yang ana sempat grab dalam ayat 4 dan 5 ni
cuma salah satu yang ana dapat mengenai perkataan اولئك

perasan tak dalam ayat 5 tu perkataan اولئك diulang 2 kali.
persoalan-kenapa perlu ulang?kenapa tak sambung je ayat dengan penggunaan dhomir هم?

jawapan: اولئك diulang sebagai tanda untuk memuliakan orang-orang beriman yang disebutkan tadi.jawapan ini dibuat berdasarkan salah satu kaedah bahasa arab yang dipanggel bab الذكر والحزف

iaitu bab tentang sebutan atau tidak menyebut.

kadangkala sesuatu itu disebutkan untuk memuliakan.tapi kadangkala sesuatu itu disebut untuk menghina.

saya bagi contoh yang tiada dalam Qur'an.
sebagai contoh ada sahabat kita telah mendapat kejayaan.maka kita akan menyebut nama dia untuk memuliakannya.
dan sebutan untuk menghina pula,sebagai contoh kawan kita buat satu lukisan yang tidak cantik.Bila cikgu tanya siapa punya lukisan kita sebut nama dia.ini contoh yang agak mudah.

mana kala dr segi hazaf pula,yakni kita tidak menyebut namanya,adakala tidak sebut kerana perkara itu sudah diketahui umum atau masyhur,tetapi adakala kita tidak sebut kerana ingin menyembunyikan.
wallahua'lam.hari tu ustaz syukri ada ulas lagi pasal باب حزف والذكر 
ni.nanti ana cuba rujuk kembali

p/s-kami tak nampak apa ustaz tulis kat whiteboard da sekarang.sebab ada tirai.nampaknya kemahiran mendengar sangat-sangat diperlukan.


No comments: