(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan.
4.
Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku dan telah putih melepaklah uban kepalaku dan aku wahai Tuhanku tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.
5.
Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.
6.
Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub dan jadikanlah dia wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai.
7.
(Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya.
8.
Nabi Zakaria bertanya: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?
9.
Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun.
berdasarkan petikan dari lirik
kalau aplikasi dalam kelas hafazan samalah
nak jadi hafizah,nak hafal 30 juz banyak cabaran kan?
so kita kena banyak doa supaya Allah kuatkan kita
insya Allah,kita doa sikit Allah beri lebih
macam kisah nabi Zakaria dalam surah maryam
see.Nabi Zakaria minta kat Allah agar diberikan zuriat
Allah bagi masa nabi dah berusia,tapi Allah bagi lebih dari yang nabi Zakaria expect
di mana zuriat yang dikurniakan telah dilantik untuk menjadi nabi
subhanallah.masya Allah.
enjoy the song ^^.
p/s-hari-hari mula merasakan hikmah atas apa yang telah berlaku pada diri.sejengkal kita mencintai Allah,sedepa Allah meyambut cinta kita.semoga tetap thabat ^^.
3 comments:
Anonymous
said...
assalammualaikum, nak kongsi 1 formula matematik untuk cari juzuk dalam al-quran.. menarik tau! :)
X=(n-1)2 X=muka surat juzuk n=juzuk lepas dah dapat jawapan, letakkan no 2 di belakang jawapan.
contoh nak cari juzuk 6, X=(6-1)2 = 10, letak 2 dihujung jawapan = 102.. cuba cek al-quran, juzuk 6 berada di muka surat 102.. ^^
try juzuk lain lak, sy nak cuba juzuk 28. X=(28-1)2 letak 2 dihujung. =542. Subhanallah! try la! senang kan lepas ni kalau nak hafal al-quran, tak payah belek-belek cari muka surat juzuk.. :) selamat berkongsi
bismillah. untung kamu mula merasakan hikmah. untung kamu rasa nikmat cinta Allah. sedangkan saya masih bergolek dengan jihad demi merebut cinta Allah. mohon doa supaya saya juga thabat di atas jalan mujahadah. kagum dengan kebolehan kamu.
anony 2-bukan mudah untuk sampai ke tahap ini.lama ana diuji.kadang2 sekarang pon masih teruji,.tapi cepat2 tepis kerana mengingatkan cinta Nya yang tak berbelah bagi.semoga kamu tetap thabat insya Allah banyakkan berdoa dan teruskan mujahadah
3 comments:
assalammualaikum, nak kongsi 1 formula matematik untuk cari juzuk dalam al-quran.. menarik tau! :)
X=(n-1)2
X=muka surat juzuk
n=juzuk
lepas dah dapat jawapan, letakkan no 2 di belakang jawapan.
contoh nak cari juzuk 6, X=(6-1)2 = 10, letak 2 dihujung jawapan = 102.. cuba cek al-quran, juzuk 6 berada di muka surat 102.. ^^
try juzuk lain lak, sy nak cuba juzuk 28. X=(28-1)2 letak 2 dihujung. =542.
Subhanallah! try la! senang kan lepas ni kalau nak hafal al-quran, tak payah belek-belek cari muka surat juzuk.. :) selamat berkongsi
bismillah. untung kamu mula merasakan hikmah. untung kamu rasa nikmat cinta Allah. sedangkan saya masih bergolek dengan jihad demi merebut cinta Allah. mohon doa supaya saya juga thabat di atas jalan mujahadah. kagum dengan kebolehan kamu.
anony 1-thx for the formula =)
anony 2-bukan mudah untuk sampai ke tahap ini.lama ana diuji.kadang2 sekarang pon masih teruji,.tapi cepat2 tepis kerana mengingatkan cinta Nya yang tak berbelah bagi.semoga kamu tetap thabat insya Allah
banyakkan berdoa dan teruskan mujahadah
Post a Comment