Wednesday, March 9, 2011

Pasaran Modal Islam dan Sukuk

Bismillah
sedikit perkongsian daripada pembentangan kertas kerja semasa seminar kewangan yang lalu
Pasaran Modal Islam dan Suku dibentangkan Oleh : Ustaz Ahmad Jamil bin Jaafar [Masters of Shariah,Yarmouk University]

Dalam ekonomi sebenanya ada dua jenis pasaran modal:-


  • Pasaran modal Islam
  • Pasaran modal konvensional
Definisi Pasaran Modal Islam:-

Pasaran untuk aset kewangan jangka masa panjang dan jangka sederhana yang menepati syariah

Fungsi Pasaran Modal Islam:-

  • Memberi bantuan ekonomi 
  • Penyediaan modal
Perbezaan Pasaran modal Islam dan Pasaran konvensional:-

Bebas unsur riba,penipuan dan judi

Kepentingan Pasaran Modal Islam:-

  • Menjamin kekuatan ekonomi
  • sebagai salah satu alternatif pelaburan
  • pelengkap kepada bank  takaful
SUKUK
Definisi:-nama untuk sijil kewangan namun pada umumnya merujuk kepada bon yang halal di sisi Islam.Yakni ianya merupakan satu bukti pemilikan ke atas aset atau projek atau kegiatan pelaburan tertentu

Beza SAHAM dan SUKUK

saham:pemilikan syarikat
sukuk:pemilikan projek

Contoh-contoh sukuk:-

Sukuk ijarah
Sukuk Mudharabah

Unsur-unsur sukuk:-

  • Syarikat
  • SPV
  • Pelabur
  • Portfolio tasyrik
Syarat-syarat sukuk:-

  • Jenis aset halal di sisi Islam
  • nilai aset sama dengan nilai ekuiti syarikat
  • sukuk berlandaskan kaedah syariah
SPV:-

  • Merupakan medium perantaraan antara syarikat dan pelabur untuk menerbitkan sukuk
  • Orang tengah
  • Ditubuhkan sebagai syarikat baru yang bebas dari sebarang hutang untuk menambahkan keyakinan kepada pelabur melabur dalam projek syarikat
  • Jaga kemaslahatn pelabur kerana bimbang syarikat utama mengalami muflis

Insya Allah kenyataan di atas hanya gambaran ringkas
ana akan cuba sampaikan lebih detail nanti,biiznillah =)




1 comment:

Anonymous said...

rajinnye update~
jihat jihat! ^^,