Sunday, March 6, 2011

seminar kewangan islam





bismillah
alhamdulillah diberi juga kesempatan dari Allah untuk update blog
jujur terasa lelah sem ini
bukanlah kerana taklifan yang menggunung tinggi seperti senior2
sekadar memenuhi program-program permai di sebelah malam setiap hari dan hujung minggu
dan alhamdulillah dalam kesibukan untuk menempuhi fatrah imtihan minggu ini ana sempat menjadi peserta seminar kewangan islam pada 4 dan 5 mac yang lepas

seminar kewangan islam ini telah dianjurkan oleh badan kebajikan mahasiswa pahang dengan kerjasam education of malaysia jordan
bertemakan keunggulan sistem kewangan islam dalam menghadapi cabaran global

Tujuan utama seminar ini ialah:-

-untuk memberi pendedagan kepada mahasiswa mengenai isu2 berkaitan perbankan dan kewangan yang mempunyai hubung kait dengan muamalat islam

-menyuntik kefahaman yang mapan serta penyelesaian syariah terhadap isu-isu semasa perbankan islam

dan beberapa objektif sampingan lain untuk kebaikan dan manfaat mahasiswa secara amnya

pelbagai topik-topik menarik dikupas antaranya:-

1.Disiplin dalam fiqh muamalat dalam kewangan islam:Prospek dan cabaran
2.Sukuk dan pasaran modal islam
3.Neraca saad zaraie dalam pengharaman riba
4.Masa Depan sistem kewangan islam dunia:Cabaran dan realiti di malaysia
5.Pasaran Wang islam antara bank islam di malaysia: Instrumen dan perkembangan
6.Kritikan terhadap industri perbankan islam: Punca dan penyelesaian
7.Kontrak musamma dan Justifikasinya dalam transaksi wang semasa
8.kerjaya dalam industri perbankan islam global: Prospek dan cabaran

Antara ahli panel terlibat sepanjang program ini ialah


  • Prof madya Dr. Mohd Akram Laldin [CEO international shariah research academy for islamic finance ISRA]
  • Ustaz Ahmad Sufyan bin Che Abdullah [Calon Ph.D Ekonomi dan Perbankan Islam,Yarmouk Universiti]
  • Ustaz Ahmad Jamil bin Jaafar [Masters of syariah university yarmouk]
  • Ustaz Ahmad nasir bin Abdul Majid [Ph.D fIQH wa usul .Jamiah WISE Amman]
terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam seminar ini kerana sedikit sebanyak seminar ini banyak memberikan pencerahan kepada ana tentang isu2 terkini perbankan islam dan sebagainya
banyak benda yang nak dikongsi tapi mungkin ana tangguhkan sebab ingin memberi laluan kepada musim imtihan
wallahua'lam

4 comments:

no name said...

salam, ada info pasal dinar emas tak? tak silap sekarang ni dunia dah mula pakai sistem ekonomi Islam. kalau ada info pasal dinar emas, update la ye. rugi la kalau kita umat Islam sendiri lambat tahu pasal perkembangan ekonomi Islam yang menggunakan dinar emas sebagai peneraju kebangkitan sistem ekonomi dunia sekarang ni. orang cina sekarang ni berlumba-lumba cari peluang dalam pelaburan dinar emas tau. :)

Aliyah Al~Istiqamah said...

no name-wslm.terima kasih atas soalan anda.masa seminar dinar emas memang tdk diulas panjang.sekadar fakta2 ringkas berdasarkan soalan ahli panel.kalau ada nanti insya Allah akan dikongsikan.

en . kerusi said...

tahniah :)

no name said...

salam, sy dah dapat sdikit maklumat tentang dinar emas. pd msa akan datang, yg pling tinggi nilai kewangan dinar emas dn dirham. bayangkan ada 1 negara ni, walaupun ada 500 juta ringgit, hnya cukup untuk beli sebutir telur. betapa jatuhnya nilai. yela, nama pun duit kertas, kertas dengan emas mcm langit dn bumi kan? dinar emas sekarang ni, kalau kita simpan, dalam tempoh masa panjang, nilai akan tinggi dan semakin tinggi. mcm saudagar minyak la, minyak makin kurang, permintaan makin tinggi. sama gak ngn emas, emas makin kurang, pmintaan makin tinggi. lagi2 sekarang ni ada tsunami kat jepun. melambung2 nilai emas sekarang ni. ada kes org tu simpan smpai 10 tahun lebih, nilai dia mencecah jutaan ringgit. lgi pun ni salah 1 dari sunah Rasulullah kan? wallahua'lam :)