Tuesday, March 15, 2011

Ibrah dari diskusi kitab dan iftar cinta az-zikr


alhamdulillah sangat banyak ibrah yang kami peroleh semalam dari ustaz

antaranya:-

1.Kaedah لولا حيثيات لبطلات الحكمة tu actually mengajar kita untuk menjadi seorang yang optimis.Setiap masalah kita pandang dr sudut yang berbeza.Ana banyak kali pernah rasa teruji dengan pelbagai benda.Tapi alhamdulillah jika kita gunakan mata hati kita tak pernah rasa ujian itu menyusahkan tapi actually ujian itu hadiah dan peringatan.Al-maklumlah,manusia itukan pelupa.Kata ustaz syukri semalam kita hafal SEDIKIT,tapi lupa BANYAK.Kalau yang sikit kita hafal tu pun terlupa tak taulah nak cakap apa dah.

Selain itu kita juga boleh guna kaedah itu untuk hubungan sesama manusia.Kalau kita sedang berkawan atau berkenalan atau bersahabat atau apa-apa sahajalah,jangan la pandang manusia tu dari satu sudut sahaja.Kalau dia baik jangan pandang dia dari sisi atau sudut malaikat.Sebab bimbang nanti silap sikit je kita dah tak boleh nak terima.Dia pun manusia biasa,lupa.

2.Ustaz ada pesan jangan belajar kerana exam.Tapi examlah kerana nak belajar.Yep,exam banyak ajar kita banya benda.Belajar untuk hargai masa,belajar untuk manage masa,belajar untuk belajar smart,belajar untuk tolong kawan-kawan,belajar untuk berkorban,belajar untuk kuat dan sebagainya.Dan paling penting belajar untuk menjadi hamba.Sebab tyme2 exam nila kita semangat doa atas sejadah lama-lam.Qiam tak tinggal dan sebagainya.Sama-samalah kita doa supaya Allah kekalkan semangat yang ada masa fatrah exam ni untuk selama-lamanya dalam hidup kita.

3.Selain itu ustaz ada jugak share satu syair berbunyi:-

حيثما تستقم يقدر الله نجاحا

Maksud-selagi mana kamu berterusan Allah akan mentakdirkan kamu dengan kejayaan.
Macam dalam belaja,kalau kita berterusan study mantain,Insya Allah,kejayaan milik kita.


p/s-kawan-kawan mesir saya otw nak pulang ke mesir.Selamat menyambung semula pengajian kawan-kawan ^^.


3 comments:

Anonymous said...

Syukran :)

Anonymous said...

mati hati -
*mata hati

member said...

awak ni bila nak update :D . kite tunggu taw ~~~~~