Tuesday, January 24, 2012

Pelajar Dirasat | Kita perlu kerja!kerja! dan kerja!

Alhamdulillah,sekali lagi diizinkan Allah untuk berada dalam pertemuan yang telah direncanakan-Nya
Dalam keadaan Iman yang turun naik,bimbang,serabut dan tidak tenang memikirkan pengembaraan ke Benua Eropah esok hari
Allah hantarkan seorang ukhti nun di seberang Laut Merah ke Bumi Anbiya' ini
buat pemanas enjin,buat penghangat iman dalam sejuknya angin syita' yang semakin dingin sehingga membekukan titisan-titsan air hujan yang turun mencecah ke dataran Syam

Terima kasih Ukhti kerana mengingatkan kami
agar menjadi daie yang berani kerana dakwah ini tidak memerlukan orang yang pengecut dan tidak punya keyakinan diri
Tetapi dakwah kita sangat mahukan orang-orang yang bukan sekadar confidence tetapi terlebih confidence untuk berkata-kata di hadapan khalayak ramai bagi menyampaikan syahadatul Haq yang telah digalaskan atas bahu kita

Terima kasih ukhti kerana mengingatkan kami
bahawa dakwah kita adalah dakwah kasih sayang
Mereka mengancam kita dengan kekerasan,kita siramkan dengan dinginnya air dakwah yang penuh rasa cinta

Terima kasih ukti yang punya jiwa yang sama seperti kami
kerana telah mengingatkan kami
bahawa pelajar syariah,dirasat,bakal ustaz ustazah ini punya peranan besar dalam masyarakat
Golongan kitalah yang paling laris di pasaran,golongan kitalah yang paling menjadi pusat rujukan masyarakat

Makanya tidak boleh tidak,golongan kitalah yang harus all-out dalam menggenggam dan membawa panji-panji islam
Kita perlu kerja!kerja!kerja dan kerja untuk dakwah ini
Biar apapun cabaran yang akan dihadapi yang penting kita perlu memberikan sentuhan tarbiyah itu kepada mereka yang belum merasainya
Agar jiwa-jiwa kosong itu terisi dengan cinta Allah dan Rasulullah

Terlalu banyak yang diperingatkan oleh Allah melalui ukhti yang penuh Qawiy,Ruhiy,Basahi dan haraki tadi
Semoga Allah terus membiarkan nyalaan api semangat ini menyala di dalam hearty-hearty kami
Mohon doa akhowat seluruh dunia untuk kami yang akan berjaulah esok hari
Moga-moga Allah berikan sesuatu untuk kami terus melaju dalam membawa Deen Islam yang satu

wallahua'lam

No comments: