Subhanallah,6236 ayat-ayat cinta yang sangat ajaib.Kami jadikan penghibur di saat perjalanan yang sangat panjang.Meski terkadang ada yang terlelap,ketawa riang-ria dan terleka,pasti akan ada antara kami yang mula berkongsi bait-bait dari kitab mukjizat itu.
Perjalanan diteruskan,bersama mutarabbi dan adik-adik super saiya yang lain.Seperkara yang seringkali menjadi kerisauan dalam diri.Apakah sepanjang perjalanan ini aku ingin menjadi seburuk-buruk makhluk yang berjalan di atas muka bumi Allah,bisu dan tuli sebagaimana dalam firman-Nya
“Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tuli dan bisu (tidak mendengarkan dan memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti”
Allah,aku terkesima dengan ayat yang dikongsi adik yang makin melaju dalam jalan dakwah ini.Masha Allah,hadirkan hatiku,murnikan niatku.Perjalanan yang memakan masa yang lama it terus aku tempuhi dengan cuba-cuba memanaskan enjin keimanan dengan hafalan Qur’an dan bacaan bahan-bahan tarbiyah.Tetapi,hati ini terasa seolah-olah malap.
Kehidupan perlu diteruskan,peperangan nafsu dan syaitan ini perlu dilawan sehabis mungkin berbekalkan doa dan perlindungan percuma dari Allah sebagai senjatanya.
Dan malam itu,pantai Aqabah dengan angin-angin sepoi bahasanya menjadi saksi usaha kami membina ummah di celah-celah kejahilan masyarakat yang tertipu dan bangga dengan simbolik Arab Revolt.Kami menghadap betul-betul di hadapan tiang bendera yang menjadi kebangaan orang-orang Arab.Titik mula kebebasan Negara arab daripada ‘cengkaman’ penguasaan khilafah Turki Uthmaniyyah.Hati diruntun pilu.dahsyatnya implikasi kejatuhan itu.
Betapa hebat Lawrence menyebarkan dakyah di bumi Syam.Sanggup membiasakan diri dengan bahang panasnya terik mentari di bumi anbiya’.Sanggup meredah angin shita’ yang seringkali menggigit tulang.Hanya demi melaksnakan misi Ratu Elizabeth untuk menjatuhkan umat islam.
Perwatakannya persis orang Arab.Kefasihannya berbahasa dengan bahasa syurga itu memukau.Dakwah Fardhiyah dilakukan untuk menegakkan jahiliyyah dalam diri-diri orang islam.Satu-persatu orang arab terpedaya dengan kata-katanya yang mendakwa orang Arablah yang sepatutnya memimpin dunia bukan orang Turki.
Wahn sedikit demi sedikit meresap ke dalam hati-hati orang-orang yang punya iman senipis kulit bawang.Rencana menjatuhkan khilafah dirancang.Maka tumpaslah khilafah oleh umat islam sendiri.Terpecah belahlah Bumi Syam yang suatu masa dahulu,Jordan,Syria,Lubnan dan Palestin,harum semerbak dengan Wangian ukhuwwah yang hangat.
Nasionalisme disemai,Palestine terseksa,Negara sekeliling tidak pernah terasa,sedangkan yang di seberang itu saudara kita.Runtuh semangat jihad dalam kalangan pemuda.Pincang akhlak remaja dari landasan islam yang syumul.Jatuh moral dan nilai-nilai islam dalam kalangan penganutnya.
Malam itu hadith 1 dikupas.Niat dan hijrah.
“Adik,bercakap pasal niat,apa niat adik masuk usrah”murabbi biasa-biasa itu bertanya
“Saya nak bina balik kegemilangan islam mcm zaman Abasiyyah dulu.Kalau nak bina,mestila kena mula balik apa yang rasulullah buat,Bina diri dalam usrah”
Masya Allah,dia sudah Nampak matlamat tarbiyah ini.Moga terus melaju menjadi daie.
Indahnya ayat-ayat cinta Allah.Menjadi penghibur para sahabat yang hidup berjuang di medan perang yang terbentang luas di hadapannya padang pasir seperti yang ada di Wadi Ram itu sekarang.Tiada hidupan,tiada warna-warni haiwan dan tumbuhan beraneka.Suram,tetapi syurga Allah yang indah itu menjadi penawarnya.Gambaran syurga dengan sungai-sungai susu yang mengalir,bidadari yang gebu dan montok ,dipan-dipan buat sang pecinta Allah,gelas-gelas kaca,kain sutera berwarna hijau,memukau sehingga membuatkan mereka terobses.Allah menawarkan bayaran sebuah syurga,maka para sahabat menjualkan diri mereka dengan perjuangan bermati-matian.Meredah pasir wadi Ram yang sukar untuk didaki,melawan musuh dalam angin musim sejuk dan terik mentari,mujahadah dalam menegakkan kalimah Tauhid itu.
Perjalanan tarbiyah di Wadi Ram dan Pantai Aqabah itu ditutup dengan indah.Saat masing-masing mungkin hati terbakar kerana sikap orang islam sendiri yang tidak jujur,ayat-ayat cinta Allah itu memujuk kami
“Dan kemudian dikatakan kepada orang yang bertakwa,”Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?”Mereka menjawab , “Kebaikan”,bagi orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat [balasan] yang baik.Dan sesungguhnya negeri akhirat pasti lebih baik.Dan itulah sebaik-baik tempat orang yang bertaqwa.
Kaki telah menjejak ke Aqabah,Wadi Rum,maqam para sahabat,bumi Eropah,namun pasti tidak bisa menandingi sebuah Jannah di negeri akhirat sana.
No comments:
Post a Comment