Saturday, November 5, 2011

Refreshing ;) :Masa yang berlalu dan pergi



Bismillah
masya Allah,sudah lama tidak menulis
penangan bahang peperiksaan dan banyak perkara yang berlalu dan pergi sepanjang hari-hari yang lepas
bila bercakap tentang masa berlalu dan pergi
teringat salah satu subtopik dalam madhkal ila aqidah [prinsip aqidah] yang ana pelajari di jamiah
salah satu tajuknya berkisar tentang ahli-ahli yang menentang tauhid / beriman kepada Allah
mereka mendakwa masa yang menyebabkan terciptanya makhluk
tetapi betapa rapuhnya dakwaan mereka yang tidak masuk akal ini
kerana masa itu datang dan pergi
mengapa perlu kita menisbahkan yakni menjadikan masa itulah pencipta pada makhluk-makhluk ini

"Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. "[9:38]

Dan semalam,dalam pertemuan riang yang kita merancang Allah jua yang aturkan ;)
ana mendapat satu anologi menarik tentang masa dan hidup kita
tertarik dengan kisah seorang penjual ais
dia menjual ais,tetapi aisnya banyak yang telah mencair,sedangkan masa terus berlalu dan tiada sesiapa yang membeli aisnya
dan hasilnya,masa pergi dan dia tidak memperoleh apa-apa
betapa sungguh,hakikatnya sangat rugilah kita sekiranya hidup kita ini terlupa hala tuju dan matlamatnya sebagai abid dan khalifah
umpama penjual ais itu,yang tidak melakukan apa-apa ,dan masa terus berlalu sedang kita memperoleh kerugian yang nyata

Anda pernah belajar matematik?
Anda tahukan apa akan jadi pada angka yang dibahagikan dengan nilai infiniti
jawapanya zero,kosong,sifar,tiada sebarang nilai
Cuba scroll ke atas semula dan sama-sama kita muhasabah ayat-ayat chenta Allah yang terdapat dalam surah Taubah
Kehidupan di dunia itu sangatlah sedikit
kebanyakan orang paling typical pon hidup around 60 tahun
tetapi tahukah anda hidup kita diakhirat nilainya selama-lamaya.mala nihaie [baca:infiniti]
Dan cuba kita bahagikan 60 tahun dengan nilai infiniti untuk membandingkan sejauh mana nilai hidup kita dengan dunia [60/infiniti] x 100%
dan hasilnya = sifar

Moga-moga cuti pendek sempena raya hari raya Haji Aidil Adha ini kita manfaatkan sebaiknya
Susun priority anda apa yang perlu anda isi dengan hari-hari yang datang dan pergi
cukupkah sekadar membalas dendam keperitan menempuhi exam dengan melayan movie-movie korea
Bersyukurlah sekiranya anda hidup dalam atmosfera tarbiyah yang akhowatnya dan ikhwahnya sentiasa menyediakan sesuatu dalam proses membentuk diri untuk menjadi daie
Moga-moga program pembinaan diri bukan sekadar dihadam,telan dan sendawa dengan nafas lega
tetapi berdoalah agar konferens-konferens riang kita,bulatan gembira kita,sukan kita dan sebagainya membuahkan iman yang menggerakkan kita untuk menjadi muharik dan muharikah dakwah insya Allah

wallahua'lam

"Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)"

Di kesempatan ini,ana ingin mengucapkan selamat hari Raya Aidil Adha kepada semua
Sama-sama kita menghayati erti sebuah pengorbanan
Korbankanlah perkara-perkara kecil,moga-moga Allah ganjarkan kita dengan perkara yang besar insya Allah



No comments: