Saturday, November 19, 2011

Cerpen : Melepaskan dia untuk DIA



asap kelabu berkepul-kepul di awanan.Kelihatan sesusuk tubuh sedang duduk termenenung di hadapan unggunan api yang sedang menjilat kepingan kertas-kertas putih.Adila mengalirkan air mata.Merenung surat-surat cinta yang pernah dia terima semasa zaman jahiliyyahnya yang pekat dahulu.sepekat asap kelabu yang berada di hadapannya.Asap yang meyakitkan mata menyesakkan nafas orang-orang di sekelilingnya.Hari ini,surat-surat cinta yang pernah melakarkan episod jahiliyyahnya dibakar satu-persatu.Sayonara jahiliyyah yang selama ini membelengu diri aku!Getus hati kecil Adila.

Ya,Adila tidak dapat menafikan,betapa indahnya saat menikmati cinta manusia yang dirasakan mampu membahagiakan.KESETIAAN sepenuhnya diberikan buat dia yang dicintai.Bila diajak keluar berdating melepaskan rindu,Adila turutkan dengan rasa TAAT demi CINTA untuk si dia.Bila diminta melakukan sesuatu untuk MEMBANTU si dia sekalipun mungkin permintaan itu kurang logik untuk diterima akal,Adila REDHA untuk memBANTUnya.

Adat orang bercinta.Masakan bisa Adila berenggang dengan si dia.setiap saat mahu terus DEKAT.tidak cukup sekadar melepaskan rindu melalui skype,sms,fb,dan chatting,dating setiap minggu sebolehnya diusahakan.Cinta yang membinasakan.Hasil godaan nafsu dan syaitan.Keindahan yang dibuat-buat mengaburi mata seorang pencinta buta.

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (3:14)"

Namun,hari itu telah mengubah segalanya
saat Adila diberikan sentuhan tarbiyah oleh seorang akhowat yang faham akan matlamat hidup sebagai abid dan khalifah
Adila menjumpai sesuatu yang telah menukarkan dirinya 180 darjah

 "Assalamualaikum awak,kita clash ya?"
Berat mengenangkan mesej terakhir yang diberikan kepada insan yang pernah menjadi sanjungan,pujaan hati,pengarang jantung
namun,sentuhan tarbiyah menyedarkan hakikatnya,insan itulah yang membunuh jantung yang menghidupkan dirinya berlandaskan keimanan
Dan sejak hari itu,Adila melepaskan seorang lelaki yang pernah dicintainya separuh mati
Tiada lagi istilah untuk taat kepada lelaki yang bukan miliknya
kenangan Jahiliyyah itu kini menjadi MUSUH ketat buat adila
Pantang bila ada lelaki lain cuba masuk jarum,Adila pasti akan menjauhi tanpa berfikir dua kali


 "Adila....."
Tiba-tiba belakang badan adila disentuh oleh tangan putih yang mulus lagi bersih.Adila menoleh sambil berusaha mengelap air mata yang bercucuran jatuh ke pipi.


"Kak Ainul........" 
Mata yang basah tadi seolah-olah bersinar melihat susuk tubuh di hadapannya.seorang ukht,seorang murabbi,seorang yang telah menjadi wasilah menyampaikan keindahan di sebalik lafaz agung yang diucapkan olehnya saban hari.

Lafaz Syahadatain.لا اله ال الله, محمد رسول الله"

"Adila teringat kenangan dulu ya?"
Ukht itu bersuara,berusaha menghilangkan duka di hati Adila
Adila hanya mampu mengangguk kecil

"Akak,terima kasih untuk tarbiyah ini.Terima kasih untuk bulatan gembira ini.Terima kasih untuk daurah hari itu.Adila baru tahu betapa indahnya makna di sebalik lafaz agung لا اله ال الله محمد رسول الله.patutlah mengucap dua kalimah syahadah tu letak number satu dalam rukun islam  kan kak?Selama ini Adila ingat,ianya semudah mengucap tanpa sebarang pelaksanaan.Rupanya di sebalik lafaz agung ini terkandung 1001 rahsia yang tidak semua orang tahukan kak?"

Terasuk dengan daurah yang Adila dapat sepanjang percutiannya minggu lepas.Lantas segera meluahkan.

"Masya Allah alaik,hebatnya tarbiyah merasuk awak.Share la siket kefahaman Adila dengan akak"
Ukht yang sentiasa murah dengan senyuman,memberikan respon.

Bersambung.....................





1 comment:

Anonymous said...

cepat la abes pekse..

boleh sambung cter lg~~

^^

~Mg~