Saturday, November 19, 2011

Cerpen : Melepaskan dia untuk DIA | Akhir

Adila menarik nafas panjang sebelum memulakan perkongsian semula daurah yang diterimanya minggu lepas

"Adila cuba share apa yang Dila faham jela ye kak ? "

"Berdasarkan daurah hari itu,Adila faham yang Lafaz syahadah tu bukan suatu lafaz yang hanya boleh dipandang enteng.Itulah lafaz yang menjadi kunci seseorang masuk islam.Tetapi kita yang sudah lahir secara islam ini,inilah kunci kita untuk membuka pintu syurga nanti jika kita faham dan laksanakan apa yang terkandung di sebalik lafaz La Ila Ha Illa Allah"

ukht di hadapan menumpukan sepenuh perhatian kepada Adila.

"Apa yang terkandung di sebalik lafaz La ila Ha Illa Allah ya Adila? "
Soalan dilontarkan oleh ukht yang membuatkan Adila terasa seolah-olah sedang dipyscho .Tanda penerangan Adila mendapat perhatian.

"Lafaz La Ilah,La itu adalah huruf nafi dan Ilah adalah manfi [apa yang kita nafikan].So berdasarkan ayat ini,terhasillah suatu konsep yang dinamakan konsep bara' [berlepas]

Apa yang kita lepaskan adalah semua benda,jahiliyyah,maksiat,hiburan dan apa-apa yang selama ini seolah-olah telah menjadi tuhan kita

Bila kita tinggalkan sesuatu,kita berlepas darinya,for sure la kita akan INGKAR [KUFUR] kepada menda tu kan kak?Contoh bila kawan ajak kita tengok wayang selepas kita sudah faham konsep bara' ni,mustahil la kita akan TAAT untuk menurut kehendaknya.

Selain tu,kalau kita da x nak ngan menda tu,kita pasti akan meMUSUHI menda yang kita dah lepaskan tu.Macam Adila jugakla.Dulu sakan bercinta.Tapi lepas da dapat sentuhan tarbiyah dan sejak clash dulu,rasa mcm semua lelaki da jadi musuh.ehe.

Adila tersengih,pipi merona merah.Malu menceritakan kisah jahiliyyahnya.

"Eh,janganlah sampai semua lelaki jadi musuh.Macam mana nak buat BM nanti?"

Ukht itu mengusik.

"Eh takdelah mcm tu kak.Yakni,syabab-syabab yang cuba mendekati dengan cara yang tak syari3 tu,toksah pikir dua tiga kali,adila da x kan layan da mcm mana adila berkawan dengan laki dulu-dulu"

Ukht itu tersenyum.Betapa hebatnya jahiliyyah telah mengubah seseorang.

"Adila teruskan eh akak.Next bila kita dah berlepas dengan sesuatu yang kita cintai dan menjadi sembahan kita dulu,kita akan pisahkan dia terus dari hidup kita dan akan benci sangat-sangat kat menda tu.Memang sangat signifikan dan tak boleh lari la dengan apa yang Adila da alami baru-baru ni.Lepas clash dan tau kapel tu jahiliyyah,memang benci gilller la kak ikhtilat-ikhtilat ni.Tak kesa la ikhtilat siber ke,apatah lagi ikhtilat alam sebenar.Sensitif ok"

Ya,Ukt itu perasan.Adila yang dahulunya sangat mudah didekati oleh syabab-syabab kacak di luar sana,hari ini selepas sentuhan tarbiyah itu,Adilalah kuntuman mawar yang paling susah untuk didekati.Dan dia jugalah yang sangat sensitif dengan keadaan mahasiswi di universiti J yang makin hari masalah ikhtilatnya semakin melampau.Tiada etika dalam pergaulan.Bahan picisan menjadi topik perbualan.Semua ini merunsingkan pemikiran Adila.

"Lepas La Ilah,Illa Allah kan Adila?Apa pulak maskdunya yang Adila faham?"

Ukht itu bertanya lagi.Cuba untuk menilai kefahaman mutarabbinya itu.

"Illa Allah pula,kalimah Illa tu adawatul Ithbat dan Allah tu apa yang kita ithbatkan [tetapkan].Dan dari dua kalimah ini pula terhasilnya konsep wala' [setia].

Akak taukan apa mcm mana seseorang yang sangat setia dengan orang yang dicintainya?Bila kita da pilih untuk setia pada orang tu,kita mesti akan TAAT ke dia.Tengok jela muda-mudi zaman sekarang.Bajet nak buktikan kesetian la konon.Bila diajak untuk membuktikan kesetiaan melalui hubungan seks bebas,RELA dan REDHA je untuk menjual tubuh.Nauzubillah"

Ya,masyarakat makin tenat.Hari-hari isu zina,buang bayi,seksa manusia,dan macam-macam berlaku.Itulah kesan lantaran terlupa matlamat hidup dan siapakah yang selayaknya menjadi puncak kecintaan setiap manusia di dunia ini.Adila meneruskan perkongsiannya lagi.

"Dan bila kita setia kat seseorang itu,kita mesti akan sentiasa ingin menjadi penolongnya.Bila kita sayang Allah,kita sangat-sangat ingin menjadi salah seorang yang akan mendukung agama Allah.Kitalah Ansorullah"

Ukht itu tersentuh.Sekilas teringat saat-saat di sekolah yang dahulu menjadi medan untuk memimpin ratusan pelajar yang banyak ragam.Menjadi seorang pengawas sekolah dalam menegakkan yang hak bukanlah sesuatu yang mudah,apatah lagi mengislah pelajar-pelajar sekolah yang punya latar belakang yang berbeza-beza melalui medium usrah dalam.Dan lafaz 'Nahnu Ansorullah' la yang menjadi motivasi saat barisan kepimpinan terasa jatuh,futur dan letih.

"Bila kita sayangkan seseorang mestilah kita nak dekat dengan orang tukan kak?Nak mesej selalu,chatting 24 hours.Macam tula bila kita jadi hamba Allah yang setia.Kita nak Allah selalu dekat dengan kita.Dan sebenarnya Allah sangat dekat dengan kita kan kak.Macam dalam surat cintaNya,Dia kata :-

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. "
Tiba-tiba air mata ukht itu menitik.Bergetar hatinya mendengarkan bacaan ayat Al-Qur'an itu.Allah itu sangat dekat dan Dia sangat mahu hambaNya tahu tiada perantara antara Dia dan hamba-Nya.Melalui kalamNya yang menakjubkan,apabila ada ayat-ayat berkisar persoalan seperti

 يسئلونك مَاذَا يُنفِقُونَ‌ۖ قُلۡ مَآ أَنفَقۡتُم مِّنۡ خَيۡرٍ۬ فَلِلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ‌ۗ

atau pun

 يسئلونك عَنِ ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِ‌ۖ قُلۡ فِيهِمَآ إِثۡمٌ۬ ڪَبِيرٌ۬ وَمَنَـٰفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثۡمُهُمَآ أَڪۡبَرُ مِن نَّفۡعِهِمَا‌ۗ 
[2:186]
dan banyak lagi ayat-ayat pertanyaan dalam Al-Qur'an,pasti dipisahkan oleh kalimah قل.Sedangkan bila ditanya tentang diri-Nya,Allah lantas menjawab tanpa dipisah dengan mana-mana lafaz lain.

 وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ

Apatah lagi dalam doa hari-harian juga,Allah mengajar kita untuk menyebut اللهم  bukan يا الله.kerana Allah ingin agar hamba-Nya terus menyebut nama-Nya tanpa dipisahkan dengan mana-mana lafaz lain.Indah bukan?

"Kak Ainul,akak ok ke?"

Adila bertanya, melihat air mata mengalir membasahi pipi murabbinya itu.

"Eh,ok je.Akak cuma terkesan dengan ayat tadi.Adila teruskan la "

Adila meneruskan.Katanya,yang terakhir,bila kita setia pada seseorang,sudah tentu kita sangat-sangat mencintai orang tersebut.Begitulah dengan Allah.Konsep setia yang terhasil dari kalamah syahadah telah menumbuhkan kecintaan kepada Dia sehingga tegar melepaskan dia. yang mana cinta itu akan pula membina sebuah keikhlasan dalam mentaati Allah.

Itu baru lafaz syahadah pertama.Dan bukankah lafaz syahadah yang kedua pula ialah Muhammad Rasulullah?
Maka berapa ramai yang mengertikan dan menghayati makna lafaz syahadatain yang kedua ini?
Berapa ramai antara kita yang bersaksi atas kebenaran risalah yang dibawa Rasulullah .

"Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). "[22:78]"

Rasulullah diutus menjadi pembawa kebenaran,dan memberi keterangan kepada  supaya kita  juga suatu hari nanti akan melakukan perkara sunnah terbesar Rasulullah kepada orang lain.Namun berapa ramaikah yang memikirkannya?

Cukupkah sekadar mencontohi Rasulullah dengan menyedekahkan senyuman?
Cukupkah sekadar melaksanakan sunnah Rasulullah dengan mengumpul janggut sejemput di dagu
tanpa pernah memikirkan bahawa sunnah terbesar baginda adalah menyampaikan dakwah kepada orang-orang-orang di luar sana?

Fikirkanlah.Dan bukanlah tujuan kita diciptakan di muka bumi ini melainkan untuk menjadi Abid dan khalifah-Nya.

wallahua'lam

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." [2:30]


6 comments:

Anonymous said...

sebarkan fikrah melalui cerpen. menarik! lepas adila dah sensitif dengan ikhtilat, mcm mne adila nak handle ikhtilat tu? mcm pergaulan dlm kelas dsb.. sambung la cerpen ni. tk sabar nk bca

Aliyah Al~Istiqamah said...

alamak anony.cerpen ni dah tamat.soal ikhtilat,kalau nak ana buat cerpen insya Allah boleh je.nak ke?ehe

Anonymous said...

nak nak! ^^
ana msih keliru dgn ikhtilat sbnrnya.. jga ikhtilat tu mcm mne? mcm dlm kelas pun bcampur, ada group assignmnt lagi, surrounding tu mungkin boleh la.. mungkin c.Aliyah boleh buat psl adab2 ikhtilat ke?

tpikan, cerpen c.Aliyah mcm bgi ceramah pulak.. lps tu pnulisan cerpen kelakar lah :) 1 keunikan

cpt la buat cerpen baru
boleh jdikan bedtime story utk adik2 usrah

Aliyah Al~Istiqamah said...

Anony-salam ukhuwah,siapa ye.soal ikhtilat ni panjang.mungkin kite boleh borak via fb atau ym.please left ur id k ? ^^

Anonymous said...

phlysiaudah@yahoo.com

email me, ana tak dibiasakan dgn fb.. tkut fitnah.. ym pun tak ada

nama phlysia udah (ExChristian), nama Islam Phlysia Huda

Anonymous said...

salam, teringat sewaktu Saidina Abu Bakar yg berjaya mengislamkan beberapa orang sahabat yg lain hanya dengan ungkapan 'lailahailallah'. (Al-Quran masih tak lengkap lagi masa tu.)