"(Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa): Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan) dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat). Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam kekallah kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah Neraka Jahanam. (40 :75-76)"bismillah
alhamdulillah,diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas dalam atmosfera dakwah dan tarbiyah
diberi peluang oleh Allah untuk mengecapi nikmat kubra sebagai khairu ummah
Bukan mudah menjadi hamba yang bersyukur berbanding hamba yang bersabar
bersabar ada saatnya untuk dieskpresikan tatkala kita teruji
tetapi bersyukur,setiap masa kita dilimpahi nikmat dariNya
namun sejauh mana kita mampu mengekpresikan kesyukuran kita terhadap nikmat yang Allah beri?
Anda pernah bermain baling selipar?
suatu permainan tradisional yang melibatkan 2 team
satu team akan membina selipar yang telah mereka jatuhkan dan satu team lagi akan menyerang team yang cuba membina semula binaan selipar mereka yang telah mereka jatuhkan sendiri
Dahulu. kita bermain permainan ini semasa zaman kanak-kanak
yang kita dapat hanyalah sekadar bersuka ria
tetapi,pernahkah anda tahu ibrah [pengajaran] di sebalik permainan tradisional ini
Tersentuh dan terkesan melihat sahabat-sahabat yang sudah remaja,punyai hammasah yang tinggi bermain permianan ini dengan begitu bersemangat
strategi diatur dengan teliti,besungguh-sungguh membina dan pihak lawan bersungguh-sungguh menghalang usaha pembinaan semula selipar
kalau kanak-kanak adakah sesungguh ini kita bermain?
silap hari bulan ada yang menangis apabila terkena rejaman selipar dari pihak lawan
bagaimana pula kalau permainan ini dianggotai oleh nenek-nenek dan atauk-atuk tua
laratkah mereka untuk berlari,mampukah mereka untuk mengejar lawan
dan terfikirkah mereka untuk membina semula apatah lagi bermain dengan permainan yang lagaknya hanya membuang masa
Kitalah pemuda yang pastinya apabila bermain punya hammasah yang tinggi
tetapi cukupkah hammasah yang tinggi,keikhlasan untuk membina,keimanan terhadap strategi untuk mejatuhkan pihak musuh dan mengamalkan strategi itu terbatas hanya untuk permainan sahaja?
Ana,anta,anti,kamu awak dan mereka
Kitalah pemuda yang punyai kemampuan untuk mengubah dunia
Bagaimana saat kita bermain kita sendiri melihat kejatuhan selipar itu di hadapan mata
begitulah saat hari ini kita melihat kejatuhan khilafah yang sangat dahsyat semenjak tahun 1924
Dan apakah kita hanya ingin melihat ia terus jatuh sehingga menjatuhkan moral dan akhlak manusia di tahap zero dan mungkin kurang daripada itu?
Binaan itu kita sendiri yang jatuhkan,Islam itu umatnya sendiri yang menjatuhkan
kerana terlupa hakikat matlamat hidup adalah untuk menjadi khalifah dan abdillah
Lantas islam yang beratus-ratus tahun dahulu gemilang dengan kesyumulan,kekamilan dan saling melengkapi jatuh menjunam oleh hentaman dan serangan jahiliyyah dan kafir laknatullah
Dan apakah semangat kita yang membara itu tidak terjentik untuk membinanya semula?
Realitinya,anasir-anasir luar sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menyerang kita bukan?
laganknya team penyerang dalam permainan baling selipar tadi
Dan kerana itulah kita sangat-sangat memerlukan seorang ketua persis murabbi untuk mendidik kita cara yang paling muntij dalam usaha pembinaan semula diri yang sedang mengalami kejatuah moral oleh anasir jahiliyyah
dan kerana itu jugalah kita sangat memerlukan sebuah team yang ramai persis akhowat-akhwoat yang sentiasa berusaha bersama-sama membina dan berkorban untuk menaikkan semula khilafah yang telah jatuh
Ayuh pemuda,kitalah pemuda itu,yang insya Allah beriman dan moga-moga Allah tambahkan keimanan kita
Gunakanlah hammasah,ikhlas,iman dan amal yang ada dalam diri untuk berubah
menjadi seorang pemuda yang zero kepada pemuda yang hero
Dan bagaimana caranya,jika bukan melalui Dakwah dan Tarbiyah,yang datangnya dari Rasulullah,diperoleh dari Allah
wallahua'lam
"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat petunjuk. (18:13)"
7 comments:
ali! terjumpa blog awak. hehe.. pemuda dan perubahan. Ayo!
subhanallah!masyaAllah!
first game yg kte sgt3 teruja ble tahu fiqrah disebaliknye!!
Allah je tahu jeritan hati ketika itu! =)
syukran ali..=)
exspphire-siapa ye ;)
anony-ni mesti fatin ni.alhamdulillah.memang hadaf ktrg buat game suapaya org dapat fikrahkan dengan pengisisan sebelumnya :)
Asalamu alaikum thank you for sharing your wise words with everyone, pop over and have a look at my new bloglet "See My Swords And My Arms" Feel free to leave a comment or 2.
salam,nak share blh?k.wani mamat
anony-sila =)
semoga Allah redha
mashaAllah..alhamdulillah, Allah bg nikmat iman dan islam =) -k.mirah salihah-
Post a Comment