Ukti Filllah
Tahukah kamu siapa kamu dan aku?
Kita serupa muslim bersaudara
Dan sesungguhnya makna islam itu adalah berserah diri tunduk dan patuh pada yang Esa
Apakah selama ini kita hanya sekadar menjadi muslim pada nama sahaja
Atau apakah sebaliknya?
Mari duduk bersama aku,kita beriman sejenak
memikirkan analogi di sebalik sebuah abjad i dalam kalimah ISLAM itu
Cukupkah kita sekadar menjadi Islam hanya pada nama
Lagaknya seorang yang bernama Islam
tapi tahukah anda kalimah islam itu seharunya menjadi sebuah kerja yang harus kita laksanakan
Anda yang menentukannya
Ukti fillah,pernahkah engkau tahu siapa kita sebenarnya
Ingatkah engkau Nabi pernah bersabda
Aku dan kamu itu logam teman
Mungkin kita dulu sangat hebat semasa jahiliyyah kita dengan keberanian,keperkasaan dan sebaginya
Namun bukanlah dengan berintima3 dengan islam itu akan menghapuskan 1001 bakat kita
tetapi Rasulullah sendiri berkata
kiranya kita sangat hebat semasa jahiliyyah
hebatlah kita juga semasa islamnya
Itupun seandainya kita seorang yang faquhu
Sebagaimana Umar Al-Khatab yang tegas,berani dan garang semasa jahiliyyahnya
Begitulah dia saat islam itu menyentuh hidupnya
Dan tahukah engkau apakah itu Faquhu
Faquhu itu adalah bukan cukup sekadar faqih dalam sesuatu perkara itu
tetapi benar-benar faham dengan apa yang kita tahu
Seperti sumayyah yang sangat faham tentang siapakah dia Allah yang satu
Lalu syahid itulah yang dia buru
Namun,terfikirkah engkau sejenak, apakah yang kita perlu kita fahami
Jika bukan Deen yang syumul ini
Dan fahamilah ia dengan hati
Bukankah Allah berfirman bunyinya begini
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (7:179)
Ukhti fillah
Pernahkah engkau sejenak berfikir siapa kita?
Tahukah engkau kita adalah hamba
hidup hanya untuk mengabdikan diri kepada-Nya
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (51:56)
Ukhti Fillah
Kita bukanlah ahli ibadah yang bermain-main itu
Cukup sekadar menjadi hamba dan beribadah dalam masjid itu
Tetapi kitalah khalifah lagaknya seorang Daie memandu mad3u
Membawa manusia menganal erti Allah yang satu
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi...[2:30]
Dan tahukah engkau bagaimana bisa kita melaksanakan tugas khalifah itu
Mari terus bersama aku
Kelak akanku bongkar sejarah itu
Saat islam menjadi yang nombor satu!
Sejarah bukan sekadar untuk kita tahu,Kajilah dan renungilah serta laksanakanlah langkah-langkah perubahan itu.
4 comments:
logam, malangnya orang sekarang suka melenyapkan bakat 'jahiliyah' org lain. bagi mereka Islam itu ada satu character sahaja. akhirnya Islam dilihat agama yang mematikan bakat dan minat.
sebab itulah rasulullah menyambung di akhir ayat "Jika dia faham"
Dan apakah menda yang Rasulullah maksudkan untuk fahami
jawapannya Deen itu sendiri
bagaimana untuk memehami deen jika bukan melalui Al-Qur'an
dan apakh yang membantu kita memahami Al-Qur'an itu kalau bukan hati
rujuk [7:179]
Maka oleh kerana hati yang menjadi alat untuk memahami Al-Qur'an perlulah seseorang berusaha memastikan kesucian hatinya
Kerna dalam tubuh itu ada seketul daging,jika baik ia baiklah keselruhannya,jika buruk ia burukla keseluruhannya,itulah hearty
wallahua'lam
teruskan merasuk ali.rasukan isk baru bermula..oyeh..
aku.hamba.abdi-seiusly baru aku faham sekarang rasa rasukan itu
doakan semangat ini berterusan
Post a Comment