Saturday, October 22, 2011

zaman makkah |episod rahsia


Bismillah
kesinambungan dari entry saya dalam episod awal penurunan wahyu | awal permulaan episod dakwah dan tarbiyah
from that episode we knew that antara orang yang terawal memeluk islam adalah isteri baginda sendiri Khadijah Khuwailid
sangat sweet kan Khadijah,menjadi sweetheart Rasulullah yang sentiasa setia menyokong apa jua yang Rasulullah lakukan

Selain Khadijah antara yang terawal memeluk agama islam adalah bestfriend Rasulullah sendiri iaitu Abu Bakar As-Siddiq
Betapa tingginya thiqah Abu Bakar terhadap Rasulullah
sehingga tanpa banyak soal terus menerima dakwah Rasulullah
cuba renung sebentar ke dalam diri kita
bila diajak menyertai bulatan yang membantu kita mengenal Allah
kita lantas terus bertanya
"Akak dari jemaah manakah?"

Eh.Ok,ketepikan soal itu sebenatar,hadaf  penulisan saya kali ini bukan ingin bercakap mengenai kelompok-kelompok kumpulan melayu itu
Kita terus kepada penjelajahan episod dakwah secara rahsia nabi
Selain dari abu bakar dan Khadijah Rasulullah juga telah memasukkan Saidina Ali yang merupakan sepupu baginda dan orang paling muda memeluk islam dalam radar mad3u baginda
Tidak lupa juga Zaid Bin Harithah yang merupakan seorang hamba yang dibebaskan oleh baginda dan menjadi anak angkat baginda

Pada awal permulaan dakwah Rasulullah
Rasulullah s.a.w hanya memilih untuk berdakwah secara rahsia
bukanlah atas sebab Rasulullah pengecut atau nak mengatakan ajaran Rasulullah tidak benar
Tetapi hal ini demikian kerana Rasulullah tidak lagi menerima perintah dari Allah untuk berdakwah secara terang-terangan
So mengapa perlu hilang keyakinan dalam menempuh jalan kita  yang memilih untuk merahsiakan nama kita?eh..

Tambahan bukankah kita pernah belajar dalam buku sirah masa sekolah rendah dan sekolah menengah dahulu
antara sebab Rasulullah berdakwah secara rahsia adalah kerana bilangan mereka masih sedikit
kalaulah Rasulullah terus ingin membuat tindakan drastikan tanpa panduan dariAllah
boleh jadi Islam lenyap saat itu juga kerana dipupuskan oleh orang-orang arab yang majoriti masa itu menyembah berhala lantaran taqlid membabi buta terhadap tinggalan nenek moyang mereka
Bukan setakat buku teks sirah kita cakap begitu,malah Allah juga ada berfirman dalam surah Al-Baqarah :87
Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Mariam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Rohulqudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya? 

Ya Allah,bersyukurlah kita dengan keislaman yang sampai ke kita saat ini
Tanpa panduan Allah,strategi bijaksana Rasulullah,mungkin kita masih sedang mencari-cari siapakah Rabb yang menciptakan dunia ini

Semasa dakwah secara rahsia ini Rasulullah lebih fokus pada pembinaan generasi awal
so Rasulullah target kepada orang-orang yang sangat berpotensi seperti Mus.ab,saad bin abi waqas,Abu Ubaidah,Uthman dan lain-lain

Jadi,kalau betullah Rasulullh sedang membawa suatu ajaran yang benar,bila Rasulullah mula start dakwah secara terang-terangan ?

No comments: