Thursday, October 20, 2011

Awal penurunan wahyu | Awal episod tarbiyyah dan dakwah

Subhanallah,indahnya belajar subjek-subjek syariah
apatah lagi bila fikrah islam kita itu dibawa bersama dalam pelajaran
terasa inilah sebenarnya kaedah pembelajaran yang paling muntij yang seharusnya kita tahu dan praktiskan untuk menjadi ummah yang intelek dan berjaya
Fikrahkan ilmu kita!


Semalam belajar pasal yang pertama turun dari Qur'an [baca awwala ma nazala minal Qur'an]
Terpegun dengan ketelitian Dr Ridho Huwari menafsirkan satu-satu ayat dari baris ke baris yang terkandung dalam Hadith ini:
**********************************************************************************
 Penurunan Wahyu: Permulaan Misi Dakwah 
 
Apabila Muhammad s.a.w. menghampiri umur 40 tahun. Baginda mula pergi ke Gua Hira’ di 
Bukit Nur. Kisah penurunan wahyu diterangkan dalam hadith diriwayat Aisyah r.a.: 
 
…Jibril  menemui  baginda  dan  memerintah  baginda  membaca  dengan  katanya:  Bacalah  
jawab  baginda:  Daku  tidak  tahu  membaca ,dipeluknya  baginda  sehingga 
kepenatan  dan  diperintah  sekali  lagi  dengan  katanya:  Bacalah,  jawab  baginda:  Daku  tidak  tahu membaca, maka dipeluknya hingga baginda kepenatan, diseru lagi dengan katanya, bacalah! dan jawab  baginda  daku  tidak  tahu  membaca,  dipeluknya  Baginda  kali  ketiga  kemudian  dilepaskan 
dengan katanya:  
 
       “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” 
(Surah Al-'Alaq 96: 1-5)...” 


Rasulullah s.a.w kemudian pulang dalam keadaan gementar.Baginda mendapatkan Khadijah seraya berkata: 'Selimutkan aku,selimutkan aku"Dengan segera Khadijah menyelimutkan baginda sehingga hilang rasa takut.Baginda menceritakan apa yang berlaku dan berkata, "Aku bimbang akan diriku"


Betapa Khadijah begitu yakin dengan suaminya sehingga tiada kata yang lahir dari mulutnya kecuali kata-kata yang mampu menenangkan dan meneguhkan suaminya yang sedang kebimbangan itu.Inilah kata-kata Khadijah selepas mendengarkan cerita Nabi yang pulang dari Gua hira dalam keadaan gementar,'Tak mungkin,Demi Allah,Allah tidak sekali-kali akan mengina kamu.Kamu menyambung silaturrahim,menanggung pihak yang lemah,memberi pendapatan kepada yang tidak berharta,memuliakan tetamu.dan menolong mereka yang hak."
Inilah perakuan yang dibuat Khadijah berdasarkan pengamatan beliau terhadap Rasulullah.


Setelah itu,Khadijah [bersama Rasulullah] pun berangkat menemui Waraqah Bin Naufal bin Asad Bin Abdul Uzza.Waraqah adalah sepupu Khadijah.Dia seorang lelaki yang menganut agama Nasrani semasa Jahiliyyah.Dia juga boleh menulis dalam bahasa Ibrani.Dia telah menulis Injil dengan bahasa Ibrani setakat yang dikehendaki Allah.Ketika pertemuan ini,dia telah tua dan buta.


Khadijah berkata " Wahai sepupuku,dengarlah kisah daripada anak sahabatmu ini"


Maka Warqah bertanya pada Nabi s.a.w:"Wahai anak sahabatku,apa yang telah kamu lihat?"
Lantas Rasulullah s.a.w mencertitakan apa yang dilihatnya.Waraqah berkata "Ia adalah Namus [pembaca wahyu yakni Jibril] yang pernah turun kepada nabi Musa a.s.Alangkah baiknya kalau aku masih muda.remaja kuat.Semoga aku masih hidup ketika kaummu mengusir keluar."


Lantas Rasulullah s.a.w bertanya "Adakah mereka akan mengusir aku keluar?"


Dia berkata ."Ya.Tiada seorang lelaki yang akan datang membawa seperti apa yang kamu bawa,pasti akan dimusuhi.Sekiranya aku sempat dengan hari itu,aku akan menolong kamu semampuku."


Tidak lama kemudian Waraqah meninggal dunia.Sementara wahyu telah terhenti sementara waktu.


*********************************************************************************



Dr cuba menjelaskan kepada kami mengapa Malaikat jibril memeluk Rasulullah
kerana sebagai tanda bahawa apa yang Malaikat jibril sedang bawa pada nabi itu adalah suatu yang benar
bukan main-main dan Malaikat jibril juga sedang menyedarkan nabi
Ibarat  kita apanila tidak percaya dengan apa yang berlaku pada diri lantas meminta orang2 terdekat mencubit untuk mensohihkan bahawa kita bukan sedang bermimpi
tetapi sedang menghadapi realiti!

Dr juga menjelaskan kepada kami mengapa nabi ade meriwayatkan hadith tentang penurunan wahyu pada awalnya
tetapi nabi tidak pernah pula meriwayatkan hadith tentang apa yang terakhir turun dr Al-Qur'an pada Baginda
Kata Dr Ridho,Hal ini kerana memang setelah nabi mendapat wahyu berupa awal surah Al-Alaq
menjadi kewajipan secara rasmi untuk nabi terus menyampaikan kepada manusia bahawa dia telah dilantik menjadi Rasul
Lihatlah bagaimana nabi menyampaikan tanpa teragak-agak atau bertangguh!

Dan lihatlah siapa sasaran pertama yang menjadi tempat Nabi menyampaikan risalahnya kalau bukan Khadijah
Bukan itu sahaja,malah berdasarkan ayat hadith itu,memaparkan bagaimana Nabi mengajar kita tentang peranan dalam baitul muslim
Suami menjadikan isteri la tempat pertama meluah rasa,berkongsi masalah
Dan isteri pula terus sahaja menuruti dan menjadi penang jiwa buat suami yang resah gelisah
Bukankah itu hakikatnya apa yang difirmankan Allah dalam surah Ruum :

 Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (30:21)
Banyak sebenarnya ingin dikupas berdasarkan hadith ini sahaja
Tetapi dari hadith ini kita juga dapat tahu antara orang pertama yang menjadi sasaran dakwah nabi adalah isteri baginda Muhammad s.a.w sendiri
Khadijah juga telah memaikan pernan yang sangat besar dalam menjadi pendukung dakwah yang dibawa suami tercinta
Dialah yang pertama membenarkan nabi saat orang lain mendustakannya
Dialah orang pertama yang mengambil wudhuk dan solat bersama nabi saat perintah itu diturunkan Allah
Subhanallah,inilah hakikatnya peranan sebuah bait muslim
Suami,isteri dan anak-anak saling menguatkan
untuk melaksanakan taklifan sebagai abid dan khalifah

Ini baru belajar pasal permulaan penurunan Al-Qur'an
Ini baru sedikit tentang permulaan episod dakwah dan tarbiyyah nabi
Doakan ana dilapangkan masa,dipermudahkan urusan,dikurniakan idea mencurah-curah
untuk jari-jemari terus menari di atas papan kekunci 
menyampaikan sebuah fikrah
Bahawa semua ini sejarah kita!




3 comments:

Anonymous said...

nak tambah,, Jibril peluk nabi dari sudut psikologi nak kurangkan gemuruh nabi sebab nabi tengah shock nampak jibril.. kalau kita rasa takut/sedih/muram dll mesti nak cari someone nak peluk

Aliyah Al~Istiqamah said...

subhanallah,syukran atas penambahan =)

wardah syuhada' said...

* Sebagai peringatan bersama..
"Mahasiswa menjadi mangsa ibarat 'kilang2 penyembelihan'. Ijazah yang diterimanya laksana 'sijil2 maut' yang tidak ubah seperti ternak2 yang merasa bangga dengan gempal tubuhnya tetapi tidak menyedar bahawa suatu hari nanti mereka akan disembelih juga.."
~Sheikh Abu A'la Al-Maududi~

* Marilah kita sama2 gunakan kesempatan menuntut ilmu yang Allah kurniakan ini demi kebaikan ummah.. apa saja lapangan yang kita ceburi, kita manfaatkan untuk Deen Islam.. InshaAllah.. :) Supaya tak jadi mangsa..

* Siapa yang Allah nak bagi kebaikan, Allah akan beri dia kefahaman dalam Deen.. Gunakan sebaik mungkin peluang yang ada untuk menimba ilmu dengan sebanyak2nya.. moga kelak boleh kongsi dengan yang lain pula.. InshaAllah..

*moga saling istiQamah.. ameen..^^ salam ukhwah..