Wednesday, October 19, 2011

Puncak kecintaan KITA | ALLAH

Subhanallah,indahnya bila hidup  dinaungi Allah
Kalau celcom kata ada celcom ada segalanya
Moleklah kiranya ana katakan ada Allah,kita ada segalanya

Terketuk,tersentuh,terkesan lagi dalam perjumpaan yang bukan kita merancang,tapi Allah jualah yang aturkan
Saat ana merasa ke arah mana ana sedang bawa adik-adik tercinta,dan terkadang langkah tidak selaju seawal hearty berbunga melihat  mereka
Kakak itu mengingatkan secara tidak langsung
Hakikatnya,Allahlah yang sedang mengingatkan aku

Sedih melihat manusia zaman sekarang,yang cintanya hanya untuk insan bernama lelaki/wanita
Sampai rela untuk menggadaikan maruah
Akhirnya,baru-baru ini,bayi yang dilahirkan kerna perbuatan zina menjadi mangsa kelaran wanita yang hilang cinta Allah kerana memberi cinta kepada seorang bernama jejaka


Beginilah manusia Apabila puncak kecintaan manusia bukan lagi Allah,maka inilah yang terjadi
Manusia mencintai Allah sebagaimana cinta yang biasa
Wanita ini menjadikan lelaki untuk dicintai sepenuh jiwa
Ttetapi malangnya Allah dicintai biasa-biasa,seperti cintanya terhadap bayi ini
Terabai!terbunuh!

ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (2:165)
Bukankah sepatutnya saat kita melafazkan dua kalimah syahadah itu
seharusnya Allah la yang kita letakkan sebagai puncak kecintaan kita
Apabila Allah yang kita kasihi,dan sangat cintai maka kita akan redha untuk melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangannya
Macam kita dengan ibu kata,Ibu kata jangan kita tak buat,Ibu kata buat kita turutkan

Kerana cinta kita jadi redha  Islam sebagai deen dan cara hidup kita
Apakah ada agama yang lebih baik untuk dibandingkan dengan islam
sedangkan makhluk-makhluk lain memilih untuk berserah diri kepada Allah
mengapa kita perlu memilih untuk mencari yang lain?
Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepadaNyalah mereka dikembalikan. (3:83)
Dan kerana cinta kita jadi redha Nabi Muhammad sebagai rasul kita
Kita rela nabi Muhammad yang menentukan gaya hidup kita seharusnya bagaimana
Kita akur dengan tunjuk ajar dan sunnah nabi yang ditinggalkan untuk kita 
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (4:65)

Bila Allah kita redha sebagai rabb,Islam kita redha sebagai deen,dan Nabi Muhammad kita redha sebagai Nabi kita
Maka secara tidak langsung,tenggelamlah kita dalam celupan [sibghah] Allah itu
Bukankah biskut merry yang dicelup di dalam air teh,keluar menjadi biskut yang sangat lembik
Yakni air teh meresap ke seluruh permukaan biskut

Begitulah seharusnya kita apabila dicelup ke dalam celupan Allah
seharusnya kita keluar menjadi seseorang yang islam meresap ke dalam dasar hati
sehingga mantap aqidah lantas menjadikan niat kita semuanya adalah untuk Allah

Begitulah seharunsynya kita dalam celupan Allah
seharusnya kita keluar menjadi seseorang yang aqalnya basah diresapi fikrah-fikrah islam yang syumul
lantas menjadikan manhaj yang kita ikut dalam hidup semuanya manhaj berteraskan agama islam yang sebenar

Begitulah seharunya kita dalam celupan Allah
seharunya kita keluar,islam itu meresap ke segenap jasad kita
sehingga tubuh itu membuahkan amalan yang dibuat berdasarkan pelaksanaan yang digariskan islam

sedar tidak sedar,melalui celupan Allah yang memandu hati,akal dan jasad kita untuk melakukan semuanya yang berteraskan islam dan Lillah taala
kita sedang mengubah diri kita yang dulunya sarat dengan chewing-gum-chewing gum jahiliyyah
kepada seorang yang lebih makrifah,punya fikrah dan akhirnya terdorong untuk berharakah

Jahiliyyah sentiasa meyebabkan langkah kita terasa payah


Dan dimana lagi harusku cari puncak cinta itu jika bukan melalui Dakwah dan tarbiyah
kerana diatas jalan inilah aku mula merasai indah mentadabbur ayat-ayat cinta-Nya
Bukankah kalau kita membaca surat dari kekasih hearty yang disayangi,hati kita akan berbunga-bunga terawang-awangan dan hearty bergetar mengingatkan dia
Jadi mengapa tidak rasa itu kita alihkan untuk Dia yang lebih layak dari dia?





wallahua'lam




5 comments:

Anonymous said...

terkesan dengan "Jahiliyyah sentiasa meyebabkan langkah kita terasa payah"

Anonymous said...

Memang jalan Dakwah dan Tarbiyah je ke? Ada tak jalan lain?

Aliyah Al~Istiqamah said...
This comment has been removed by the author.
Aliyah Al~Istiqamah said...

anony -banyak je jalan lain.seperti kita join ahli tasawwuf jika betul2 mahu mendekatkan diri kepada Allah,tarbiyah melalui alam,dengar ceramah,tadabbur sendiri.cuma apa yang membezakan bila anda berada dalam dakwah dan tarbiyah atau secara skop kecilnya usrah,anda akan dapat lebih dari itu.ada orang yang sentiasa follow up,ada ramai orang-orang yang mencintai Allah yang mendorong anda untuk terus mencintai Allah,ada ikatan hearty yang memudahkan anda untuk belajar mencintai Allah dan baaaaaaaaaaaaaaaanyak lagi.Paling penting inilah sunnah rasulullah.Rasulullah dulu lihatlah di awal waktu menyampaikan dakwah.Rasulullah membuatan bulatan2 menyampaikan aqidah di rumah arqam bin abi al-arqam.Dan Rasulullah telah membuktikan,itulah jalan paling muntij untuk kita kembali membetulkan aqidah yang terpesong,seterusnya menjadi individu muslim bagi mewujudkan baitmuslim-masyarakat muslim-daulah islam-kerajaan islam-empayar islam.dan akhirnya ustaziyatul alam.Dan itulah hakikatnya perubahan kita.bukan sekadar mendekatkan diri kepada Allah tapi berubah dari jahiliyyah kepada makrifah kemudian fikrah dan akhirnya harakah.Anda duduklah dalam DnT insya Allah ,anda akan tahu mengapa jalan Dnt la Jalan paling MUNTIJ untuk membantu kita meletakkan Allah sebagai puncak kecintaan

wardah syuhada' said...

* Tujuan dan matlamat Islam ialah untuk memberikan kemaslahatan atau kebaikan bagi manusia dan menghapuskan segala kerosakan dan keburukan dari mereka di dunia dan di akhirat..
Ini menjelaskan bahawa manusia tanpa Islam tidak akan mampu untuk memberikan kemaslahatan ataupun kebaikan yang sebenar sama ada pada dirinya sendiri mahupun kepada manusia2 lain. malah apa yang akan terjadi ialah sebaliknya iaitu kerosakan dan kezaliman..
~Dr Abdul Karim Zaidan, Usul Dakwah~

*Jalan DnT tu, adalah jalan pintas menuju ke syurga.. ^^

*penulisan yang baik dan mantap.. keep it up..! ^_^