Sunday, October 2, 2011

perubahan | Ke Arah mana?

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi

Bismillah
pasti anda familiar dengan hadith di atas kan?
Hadith pertama dalam himpunan hadith arba3ien
pernah terfikir mengapa hadith ini diletakkan sebagai hadith pertama
Insya Allah,ana cuba kongsikan ilmu yang ana dapat dr seorang senior di sini
Hadith ini menjadi hadith pertama kerana semua perkara pun yang kita lakukan titik mulanya daripada niat kita sendiri

Dan hadith ini merupakan muntalaq [titik tolak] dalam permulaan pembentukan individu muslim
Ya,bagaimana seseorang itu terdetik untuk berubah bermula dari niatnya sendiri untuk berubah
Semua orang pasti ada keinginan untuk berubah bukan?
Jika anda telah terdetik dengan impian indah untuk mengislah diri,mengkoreksi kesilapan lalu
Jangan tangguhkan niat yang tercetus itu
Segerakanlah perubahan anda,carilah wasilah tarbiyah yang hampir dengan anda
Contohnya di kawasan ana,alhamdulillah,PINTAR yang memainkan peranan sebagai salah satu medium tarbiyyah telahpun dilancarkan pagi tadi
Moga-moga jiwa-jiwa yang punya keinginan untuk mengislah diri
Inilah dia jambatan yang disediakan untuk antum semua insya Allah

Dan setelah kita punya niat itu,selepas itu apa?
Lorongkanlah niat itu untuk mengenal islam yang sebenar
Islam hakikatnya adalah sebuah agama yang syumul,kamil dan mutakamil
Dalam Al-Qur'an sendiri terdapat bermacam-macam ayat yang telah memampukan kita untuk menginterpretasikan kesempurnaan,kelengkapan dan betapa islam itu saling melengkapkan

صِبۡغَةَ ٱللَّهِ‌ۖ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ صِبۡغَةً۬‌ۖ وَنَحۡنُ لَهُ ۥ عَـٰبِدُونَ    
Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat. (2:138)

Mengapa dalam ayat ini Allah menggunakan perkataan sibghah?
Yang jika dirujuk di dalam Qur'an tafsir di bahagian nota kaki membawa maksud agama
Kenapa tidak Allah letakkan sahaja Deenullah?

Hal ini demikian kerana sibghah Allah yang membawa maksud celupan Allah itu menggambarkan sifat agama Allah itu yang sebenarnya
Analoginya seperti sekeping biskut yang diCELUP di dalam air teh
Sudah tentu apabila kita keluarkan biskut itu,nescaya biskut itu akan sangat basah dan meresap air teh ke seluruh permukaan biskut itu bukan?

Begitulah hakikatnya kita sebagai umat islam
Allah telah menyediakan kita celupan-Nya,tinggal kita ingin masuk ke dalam celupan Allah itu secara keseluruhan
Barangsiapa yang memasuki Islam secara kesuruhan.nescaya islam itu akan meresap ke seluruh kehidupannya
Bukan sahaja umpama biskut yang diSALUT coklat
luar coklat,dalam masih biskut
Luar bertudung labuh,berserban berkopiah,
Tetapi hatinya,tiada serapan hasil celupan agama Allah

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (2:208)
Islam itu syamil,menyeluruh merangkumi segala aspek kehidupan
Bukan sekadar agama ritual,cukup sekadar menyembah tuhan
Tetapi islam itu adalah deen yakni cara hidup
meliputi aspek ekonomi,mualamat,perundangan,pendidikan dan lain-lain
Apakah ada agama lain selain islam yang mencangkupi semua aspek ini?

Islam itu kamil,lengkap tiada cacat
Jika ada agama yang lebih lengkap dari Islam
mengapa sistem undang-undang negara kita masih tidak mampu menghapuskan gejala-gejala sosial
Malah gejala sosial tampak makin meruncing dari sehari ke sehari bukan?
Lihat,betapa cacatnya sistem yang diasaskan tanpa berteraskan islam

Dan islam itu agama yang mutakamil
agama yang melengkapkan dan saling berkait
Sebagai contoh kelihatan sekarang banyak perbankan conventional mula membuka window-window perbankan islam di dalam bank mereka
Tetapi,pelaksanaan mereka tanpa aqidah Islam,akan memampukankah mereka menjayakan sistem itu dengan baik?
wallahua'lam

Dan setelah kita mengenal islam,selepas itu apa?
Jangan lah pula kita lupa untuk mengenali musuh kita sendiri,jahiliyyah
Amatlah rugi orang yang sangat faham tentang islam,tetapi tidak mengenal jahiliyyah itu yang bagaimana
Signifikannya seperti pemuda pemudi yang belajar agama
tetapi terpedaya dengan cinta islamik
sangat faham islam sehingga menghalalkan cinta sebelum nikah dengan menjenamakannya dengan nama islam
nauzubillah,moga-moga kita bukanlah dalam kalangan orang yang diselebungi rona-rona hitam-hitam kelabu itu

Perubahan itu beubah dari jahiliyyah kepada ma3rifah [kenal]
setelah kita kenal islam yang syumul,jahiliyyah yang merosakkan
Kenalkanlah dan sampaikanlah kefahaman [fikrah] islam kita pada orang yang masih belum faham
 Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! (41:33)
Islam bukan sekadar berdiri di atas 5 rukun yang utama sebagaimana dalam hadith 3 yang berbunyi
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkanAllah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan. 'Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim .

Ya,memang islam terbina di atas 5 perkara itu
Umpama sebuah bangunan 5 perkara itu ibarat cerucuknya
tetapi,cukupkah binaan yang hanya ada cerucuk sahaja,tetapi tiada binaan diatasnya
dan binaan itu adalah islam,islamlah bangunannya yang punya sistem
sistem yang mengajar kita bagaimana untuk menutup aurat dengan sempurna,sistem yang mengajar kita bagaimana menundukkan diri patuh pada Allah,sistem yang mengajar kita bagaimana untuk redha dengan semua ketetapan Allah
maka tidak cukuplah jika kita hanya melaksanakan rukun islam tetapi larangan Allah untuk tidak mendekati zina kita langgar
arahan Allah untuk menutup aurat dengan sempurna kita ingkar
Apakah akan sempurna bangunan itu,apakah akan sempurna islam dalam diri kita?
Tepuk dada,sama-sama kita tanya pada Mr Iman masing-masing



setelah ada cerucuk dan bangunan,bagaimana pula bumbungnya
Apa mampu bangunan itu terbina tanpa sebarang penutup
Bukankah nanti kita akan ditimpa hujan,terpaksa berpanas dan sebagainya
Maka dengan itu perlulah ada sesuatu yang menjadi naungan bagi sebuah bangunan itu
Iaitu dakwah dan tarbiyyah =)
Tanpa dakwah dan tarbiyyah,islam itu mungkin mampu berdiri dengan cerucuk-cerucuk rukun islam yang asas
Tetapi,boleh jadi agama islam tanpa naungan itu ditimpa hujan berupa anasir-anasir jahiliyyah yang merosakkan
Terdedah dengan panasnya maksiat yang mengheret kita ke dalam neraka yang panas membakar
nauzubillah

wallahua'lam
Marilah kita sama-sama terus berubah dan mengislah diri
Moga-moga Allah lorongkan kita ke jalan lurus menuju redha-Nya

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (1:7)

p/s-tibe2 terpanjang sangat pulak post malam ni.semoga bermanfaat dan Allah redha insya Allah . 

4 comments:

aintch said...

MashaAllah alaiki. Terima kasih bg peluang kita refresh:)

Aliyah Al~Istiqamah said...

sama-sama kite refresh diri kita ain.miss u dear =)

Ain Mardhiah said...

salam aliyah.. butang follow dah wujud. ;p

Aliyah Al~Istiqamah said...

wokey akak ^^