Sunday, September 11, 2011

jangan campakkan diri ke dalam fitnah

"Dan fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan" [2:191]

rindunya pada bulatan itu
tidak kiralah sama ada bulatan yang akan dihadiri seminggu sekali
ataupun bulatan yang jarang-jarang tetapi dipenuhi oleh insan-insan yang punyai fikrah yang sama

 Wahai saudaraku,mari tumbuhkan kerinduan akan hari itu.Hari pertemuan kita dengan saudara yang diikat kerana Allah.Hari yang di dalamnya penuh keberkahan dan doa para malaikat.Satu hari dalam seminggu yang kita dedikasikan untuk menghasilkan amal-amal dakwah dalam bingkai harakah islamiyah.[status sahabat perjuangan] 

hari itu.kami duduk sejenak
bertaaruf mengenal diri masing-masing walaupun  pernah berjumpa
berkongsi quote masing-masing tidak kiralah daripada ayat Al-Qur'an ataupun kata-kata yang direka cipta oleh manusia biasa

Bila bercakap tentang quote pilihan ana suka untuk berkongsi quote yang ana pegang semenjak di bangku sekolah hingga sekarang
Jangan campakkan diri anda ke dalam fitnah

Kata-kata ini bukan rekaan ana atau ana petik dari buku2 ilmiah apatah lagi buku motivasi
tapi kata-kata ini adalah kata-kata salah seorang guru
yang sangat bimbang akan anak murid yang hidup dalam gosip-gosip liar di sekolah

Tidak dinafikan,wanita itu sendiri adalah fitnah
ana akui,bukan senang untuk menutup mulut manusia
kita buat begini salah,kita buat begitu salah
Apa yang mampu,sedaya upayalah kita menjauhkan diri dari fitnah

Sebagai contoh,seorang wanita bertudung labuh tetapi sengaja meletakkan 'make-up' yang melampau di muka
bukankah mulut-mulut di luar sana akan mula berbisik nakal
Ya Allah.mohon diri ini dilundingi dari fitnah

Tarbiyah tidak pernah meletakkan kita dalam kemuliaan bukan
duduk dalam tarbiyah pun masih tidak mampu lari dari fitnah
Bila orang-orang yang bergerak laju dalam dakwah mendapat keputusan peperiksaan yang sangat teruk
orang-orang lain mula mengata

"Ha,tengoklah tu dia,semangat-semangat sangat nak dakwah orang.belaja bukan bagus sangat.Aku tak masuk tarbiyah result maintain je.Allah sayang juga aku meski tak join usrah ke hape"

Berdesing telinga seandainya kita mendengar kata-kata tajam seperti ini
Bukanlah peranan kita untuk bertekak dengan orang-orang seperti ini  dengan hujah yang panjang berjela
tetapi cukuplah jauhkan diri kita dari fitnah itu
bersungguh-sungguh dalam jalan dakwah,begitu jugalah kita bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu
mungkin terasa seolah2 examination yang kita duduki setiap sem sekadar perkara duniawi
tetapi jadikanlah perkara duniawi ini sebagai alat untuk menarik mad3u2 di luar sana

berada di dalam dakwah bukan beerti kita harus ketepikan duniz seratus-peratus,apatah lagi membenci dunia
analoginya mudah,umpama permainan bola sepak
pemain bola sepak mengejar bola bukan beerti dia cinta pada bola yang dikejar
dan dia menendang bola bukan bererti dia benci pada bola itu
tetapi,tendangan bola itu lah yang membuahkan kejayaan pada sang pemain bola



samalah dengan kita dan dunia
bukanlah kita mengejar dunia untuk mencintai dunia
bukanlah kita membuang dunia untuk membencinya
tetapi,kita jauhkan diri dari dunia,kerana itulah jalan syurga
semoga akhirat di hati kita,dan dunia dalam genggaman bersama

Tidak cukup itu,sebagai pemuda-pemudi yang ditarbiyah dan sedang membentuk diri untuk menjadi individu muslim
jauhkanlah diri dari fitnah tatkala kita bakal menaiki tangga kedua,baitul muslim
kadangkala,kita terlihat fenomena ikhwah akhowat yang ditarbiyah tetapi semasa menjadi raja sehari
tidak kena gaya dan pemakaian serta pelaksaannya dengan cara islam
make up yang melampau,lagu-lagu yang diputarkan cukup melalaikan
style meyambut tetamu yang dingin
ditambah lagi dengan gambar-gambar diupload di fb dengan gaya yang mengiurkan
sehingga orang-orang tua kita menjadi terkejut
inikah muda-mudi yang ditarbiyah?

Masanya masih belum tiba untuk diri ini melangkah ke tangga kedua
kelihatan betapa jauhnya jalan dakwah dan tarbiyah ini
namun peringatan untuk diri dan semua
peliharalah dakwah dan tarbiyah ini daripada lontaran fitanh orang di sekeling  apabila melangkah ke tangga kedua nanti
semoga Allah redha

1 comment:

Iffah Munirah said...

Aliyah, bgila smgt utk dikuatkan iman kt negara org nh.. lg2 utk jaga solat, jaga makanan (xmkn yg haram) and also x sampai buat benda yg memalukan diri, family n yg penting islam.. maken lame, maken byk tahu org wt bnd2 yg langgar peraturan islam.. cth: mkn aym yg xdsmbelih..