Wednesday, September 7, 2011

aku cinta takhassus [jurusan]

" .......boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (2:216)

bismillah
alhamdulillah,dengar2 ramai orang baru sudah selamat menjejakkan kaki ke Bumi Jordan
ahlen2 kepada junior2 baru tak kira yang tua atau muda
selamat memulakan episod baru yang lebih bermakna di sini,insya Allah

alhamdulillah,mungkin masing-masing kebanyakanya berjaya  melanjutkan pelajaran ke sini dengan takhassus pilihan hati
yang yarmouk,ada yang ambil ekonomi dan perbankan islam
ada yang amik bahasa arab,usuluddin,usul fiqh
tak kurang juga student just yang mengambil dentistry dan medic di sini

tetapi,mungkin ada juga sesetengah terpaksa redha dan pasrah dengan takhassus yang berbeza dengan pilihan hearty
apply ni dapat tu,nak amik tu parents suruh amik ini
apapun,jangan terus bersedih dengan apa yang terjadi
sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk anda



tergerak untuk menulis kerana teringat akan luahan hati seorang junior
junior ini berhasrat untuk mengambil ekonomi dan perbankan islam
tapi Allah telah menetapkan dia untuk mengambil usul fiqh
berkecai hatinya kerana terpaksa berpisah dengan takhassus yang punyai subjek matematik dan kira-kira

namun begitu adikku,usah terus bersedih
tingkatkan motivasi,terima takdir yang disusun Illahi
tiada masalah jika masih ingin berusaha untuk memohon ditukar takhassus kembali
anda boleh berurusan dengan pihak persatuan
tetapi,untuk pengetahuan adik
usul fiqh merupakan salah satu takhassus yang semakin terhangat di pasaran sekarang
nak jadi peguam syariah,orang crk graduan usul fiqh dulu
nak jadi penasihat syariah dalam bank,orang pandang graduan usul fiqh dulu
hatta ana yang amik ekonomi ni pun,kalau nak jd penasihat syariah bank,kena ada sijil usul fiqh juga
maka,ana kira apa yang Allah da tetapkan untuk adik adalah lebih baik

ok,itu soal masa depan yang mungkin agak duniawi sedikit
mari tingkatkan motivasi penerimaan takhassus baru ini dengan kembali pada kecintaan kita kepada Allah
kecintaan kita kepada dakwah dan tarbiyah
ya,tidak dinafikan,apabila terjun ke dalam bulatan dakwah dan tarbiyah ini
tidak boleh tidak,fokus itu sangat penting
priority perlu disusun dengan baik
tetapi tidak bermakna,kita boleh ketepikan takhassus atau pendidikan kita begitu sahaja
jadikanlah madah yang kita ambil ini sebagai ALAT untuk dakwah dan tarbiyah

zaman sekarang orang mengukur kita melalui intelektual
nak tak nak,kita perlu jadikan dakwah dan tarbiyah sebagai salah satu motivasi untuk serius dalam jurusan atau madah yang diambil

nah,tarbiyyah boleh jadi segala-galanya bukan ^^

penutup

carilah Allah dalam diri
mekarkanlah cinta Allah dalam hati
insya Allah,takhassus  apa pun yang kita dapat,kita akan redha

wallahua'lam

3 comments:

Iffah Munirah said...

Ali... bagi motivasi lagi.. ske bace.. :)

Aliyah Al~Istiqamah said...

iffa,kadang2 ali ilang idea tak tau nak tulis pe
bg2 la idea eh =P

Mutiara Islam said...

insyaAllah..
msh belajar untuk redha menerimanya :)