Saturday, September 10, 2011

sentuhan tarbiyah itu


Seandainya tarbiyah tidak pernah menyentuh diri ini,saya pasti tidak akan mampu menjadi sealim ini
 Syeikh Yusof Qardawi


Teringat suatu ketika dulu,ana pernah disoal oleh seorang kakak dari UK
bagaimanakah anda mula mengenali tarbiyah
Mulanya ana sangka ana sudah lama mengenali tarbiyah semenjak di bangku sekolah
Tetapi sejenak termenung,baru ana ingat satu peristiwa yang mula-mula mendorong ana untuk memilih jalan ini
Indah sungguh percaturan Allah
bagaimana dia menyusun episod hidup kita penuh hikmah serta musibah juga turut dipandang sebagai hadiah
dan bagaimana indahnya Dia menyucikan diri ini yang penuh dosa,noda dan karat jahiliyyah sebelum betul-betul dapat melangkah ke dalam jalan ini

Seronoknya duduk bersama abang tercinta serta mereka-mereka yang punya fikrah yang sama dengan kita
Tatkala itu terasa seolah-olah hati yang gelap ini sedang dibasuh
Iman yang turun ini sedang dicas kembali
kefuturan itu disedarkan dengan ketukan-ketukan yang membangkitkan jiwa

Dalam perjalanan panjang itu,sempat bertanya kepada abang,
bagaimana sejarahnya beliau melangkah ke dalam arena tarbiyah ini
Indahnya kisah abang kerana memperolh tarbiyah dari ayah sendiri
Cara ayah mudah,liqa malam itu ayah mengajak dia turut serta
abang bertuah,aku mungkin masih di peringkat awal bulatan gembira
bulatan paling asas,topik perbincangan masih tidak terlalu berat
tetapi abang terus melompat ke dalam bulatan hebat itu.
Subhanallah,moga abang istiqamah dan terus kuat

Tersentuh dengan perkongsian seorang akak semalam

Sebelum melangkah masuk ke dalam bulatan gembira,sharing la perkara paling akak tak suka,tetapi bila sudah masuk,sharingla perkara yang paling menyeronokkan.


Betapa indahnya susunan yang Allah aturkan untuk meletakkan kakak itu ke dalam bulatan istimewa ini
Beliau cuba melarikan diri dari bulatan itu,tetapi tidak sangka tempat persembunyian pertamanya di rumah punya bahaya yang membawanya ke tempat persembunyian yang kedua
Dan bukti indahnya susunan dan aturan Allah untuk meletakkan dia di dalam bulatan itu,rupanya bulatan gembiranya berada dalam tempat persembunyiannya yang kedua.Suatu perkara yang tidak pernah diduga.

Dia masih terus berlari dan melarikan diri.Tetapi ke mana sahaja dia cuba melarikan diri,bulatan itulah yang ditemukan di hujung pelariannya.Sehinggalah hati nya sendiri terdetik untuk akhirnya memilih jalan yang dibukakan Allah.Sungguh,hidayah itu milik Allah bukan?

Penutup
Mereka telah mendapat sentuhan itu.Sungguh,sekali anda mendapat sentuhan,percayalah anda sedang meniti jalan yang pedih dan mencabar tetapi cukup membahagiakan

Pedih dengan onak duri dan cabaran yang bakal dihadapi
tetapi apalah sangat kata-kata tohmahan jika mahu dibandingkan dengan dugaan,cabaran dan seksaan yang dihadapi oleh Rasulullah dan sahabat

Cukup membahagiakan kerana dalam bulatan itu lah kita mampu berkongsi segalanya
berkongsi masalah,berkongsi semangat,berkongsi suka dan duka
Betapa kita dapat merasakan kebersamaan bila berada dalam jalan ini
Saat kita susah dan sulit,ada tangan-tangan yang menghulurkan

Alhamdulillah,Terima kasih Allah untuk sentuhan itu
Terima kasih akhowat-akhowat satu hearty untuk episod hidup indah ini
semoga kita kekal dan istiqamah dalam jalan dakwah ini
sehinggalah UA itu mampu kita capai bersama
sehinggalah syurga itu menjadi tempat abadi kita bersama selama-lamanya

Aku cinta Dnt ^^

No comments: