Thursday, September 22, 2011

daie dan solatnya

bismillah
alhamdulillah,berkesempatan juga untuk mengupdate blog
sekepulangannya ke Jordan,ana masih belum sempat untuk menulis apa-apa perkongsian
alhamdulillah,moga-moga kesibukan terisi dengan perkara yang diredhai Allah
sangat risau dengan masa lapang
kerana masa lapang + remaja = maksiat bukan?

rasanya,masih belum terlambat untuk ana mengucapkan ahlan wasahlan kepada adik-adik dan kakak junior yang telah selamat sampai ke bumi anbiya ini
Moga-moga takdir Allah yang memliih anda untuk belajar di sini akan memberikan sesuatu pulangan yang hebat untuk diri sendiri,agama,keluarga,masyarakat dan Ummah
apa yang penting,jangan lupa untuk terus mentajdid niat kita bersama
kehadiran ke sini bukan sekadar mengutip mutiara ilmu duniawi,tetapi galilah khazanah-khazanah ilmu tarbawi dan ukhrawi yang melimpah ruah di sini

Alhamdulillah,sepertinya sahabat-sahabat seperjuangan masing-masing bertungkus lumus menjalin ukhuwwah dengan junior-junior yang baru datang
biarpun jumlah kehadiran pelajar baru sangat banyak,bukanlah menjadi alasan untuk masing-masing saling berkenalan dan bertanya nama serta asal

Rasululllah s.a.w bersabda :

"Apabila seseorang menjadikan orang lain saudara,maka hendaklah dia menanyakan namanya,nama ayahnya dan berasal dari mana.Kerana hal itu lebih dapat menguatkan hubungan kasih sayang".

[HR Tarmizi]
Indahnya apabila setapak melangkah menjadi dalam kalangan orang-orang yang menyeru ke arah kebaikan dan berusaha mentarbiyah manusia untuk meruntuhkan jahiliyyah dan kemungkaran dalam hati
setiap detik dan saat,fikiran dan hearty hanya teringatkan adik-adik yang ingin dididik
adik-adik yang ingin diberikan sentuhan kasih sayang dan tarbiyah
pelbagai idea seringkali berlegar-legar untuk menambat hati mereka yang sebelum ini ditambat jahiliyyah



Namun,sama-samalah kita mengawasi semangat berkobar-kobar kita dalam usaha mentarbiyah manusia
Dalam kesibukan mentarbiyah manusia,jangan pernah diabaikan tarbiyah diri sendiri
Bukanlah memikirkan dan merencanakan idea untuk mentarbiyyah manusia ketika solat itu adalah salah-satu dari perkara duniawi
tetapi ingatlah,Allah jualah yang menguatkan dan mempermudahkan kerja dakwah kita
apa salahnya kita jadikan dan peruntukkan solat-solat kita,solat malam kita,zikir munajat malam hari dan tafakkur di atas sejadah selepas solat itu hanya terFOKUS lillah taala



Dakwah dan solat saling berkait dan saling menguatkan
Kerana solat dakwah kita menjadi
Kerana ingin berdakwah la kita akan menjaga solat kita dengan bersungguh-sungguh
kita bersungguh-sungguh dalam membina khusyuk dan ikhlas
kerana bimbang,takut-takut,solat yang tidak khusyuk itu menjejaskan perjalanan dakwah dan tarbiyah kita sendiri

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2)

Penutup

Sama-samalah kita menjaga solat kita walau dalam kesibukan berdakwah dan mentarbiyah manusia sekalipun
wallahua'lam 

3 comments:

zikri said...

pesan ust zaidi,sibuk dgn manusia membawa kita sibuk dgn Allah.. indah.

alee,maaf x call ko pn sblm balk ari tu an..ak extend taw..sampai 4hb okt.hee.c ya!

Anonymous said...

nice. membuka minda. suka dengan gaya penulisan.

Aliyah Al~Istiqamah said...

zik-kirenye u still in malaysia la ni ye