Monday, September 26, 2011

from daie to mad3u

indahnya setapak melangkah maju
ingin menjadi daie untuk mengejar mad3u
walau aku tahu mungkin aku tidak sesempurna kamu
tetapi moga-moga kerja dakwah dan tarbiyah ini mampu menjadikan aku semakin hampir dengan syurga itu


ukhti-ukhti mad3uku yang aku cintai
terujanya hearty ini saat menunggu ketibaanmu
menghitung hari dan persediaan diri
tidak puas meminta nasihat dari murobbi yang dikasihi
semoga Allah permudahkan rancangan indah ini


ukhti-ukhti mad3uku yang aku kasihi
saat mengetahui engkau akan tiba
betapa jiwa ini sangat teruja dan gembira
meski dilanda resah dengan kekangan kewangan yang menguji diri
tetapi Dia jugalah yang meleraikan kegusaran ini 


"Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadikan mereka mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan."


betapa,jiwa yang gundah-gulana ini sangat terubat
aku tanpa risau,merencana cara-cara paling indah untuk menjalin ukhuwwah antara aku dan kamu


ukthti-ukhti mad3uku yang aku sayangi
indahnya saat engkau berkongsi rasa
asyiknya saat kita menjalin hubungan mesra
manisnya saat aku melamar engkau untuk bersama dalam bulatan gembira itu
dan engkau lantas melempar senyuman dengan iringan sebuah jawapan 'YA'


ukhti-ukhti mad3uku yang aku rindui
semoga kita tetap terus dalam bulatan ini
menggenggam erat tangan bersama
sambil mengalun doa pengikat hearty


realitinya aku mentarbiyahmu,
hakikatnya Allah mentarbiyah aku melaluimu
semoga bulatan ini tetap terus kita pertahankan
dalam merangka kerja-kerja tarbiyah
menghapus jahiliyyah
setapak melangkah menggerakkan kerja dakwah
lantas terangkat islam dengan usaha kita membina qaedah sulbah






wallahua'lam

4 comments:

nikqilah said...

moga hati2 kita akan terikat dengan ikatan yg di redhai Allah... amin

Aliyah Al~Istiqamah said...

Semoga tetap thabat =)

wardah syuhada' said...

mad'u ibarat ladang amal.. moga sentiasa istiqamah..^^

Aliyah Al~Istiqamah said...

ameen ^-^