Sunday, July 31, 2011

Dakwah dan Tarbiyyah

Tekan link ini untuk cerita yang menarik ^^ insya Allah:-

Usrah episod 1
usrah episod 2 [sejarah usrah]

Bismillah
kesinambungan dari cerita berepisod yang dipost beberapa hari
Nampaknya cerita ringkas ana kurang mendapat sambutan =(
Mungkin gaya penulisan tidak begitu menarik
Namun moga-moga ada yang dapat mengambil sedikit input dari kisah itu

Sedikit perkongsian mengenai dakwah dan tarbiyyah
Tarbiyyah berasal daripada perkataan ربى
Yang membawa maksud menumbuh,men'grow' up
Sebagaimana kita menanam benih untuk menumbuhkannya
Begitulah tarbiyah
Kita menanamkan keimanan dalam diri kita dan orang lain
agar bercambah dan bertumbuh menghasilkan sebuah 'pokok' yang membuahkan takwa



Seringkali perkataan dakwah dan tarbiyyah itu dikaitkan dengan perkataan usrah
Dalam dunia akhir zaman yang penuh fitnah ini
Segelintir masyarakat kita kadangkala fobia mendengarkan perkataan ini
sesetengah ibu bapa memandang negative dan risau andai ada anak-anak mereka yang megikuti usrah
bimbang akan terjebak dengan isu termasuk jemaah yang salah matlamat
runsing dengan isu pengeboman berani mati
hakikatnya bukanlah semua usrah seperti itu

Cuma mungkin kadangkala ada yang tersilap langkah dalam memilih jalan untuk mendapatkan tarbiyyah yang menggunakan manhaj nubuwwah
seperti seseorang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah
ada yang kadangkala tersungkur dengan meingimani kefahaman syiah
ada yang kadangkala tersadai menghambakan diri pada hamba kepada Tuhan
Namun,adakah dengan wujud kemalangan di luar jangka ini maka secara automatik manusia semua perlu berhenti mencari jalan mendekatkan diri kepada Allah
begitulah usrah =)

Isu kedua yang seringkali dikaitkan dengan usrah
Adakah menjadi kewajipan seseorang untuk mengikuti usrah dalam mencari dakwah dan tarbiyyah
sedangkan zaman sekarang sudah maju
segala maklumat ask goggle
Ceramah pun ada di mana-mana sahaja
Tidak ke masjid,ceramah ustaz Azhar Idrus sekarang pun dah boleh download via Youtube
Jadi,sejauh mana perlu dan penting menerjunkan diri ke dalam usrah dalam mendapatkan dakwah dan tarbiyyah

Sungguh,kita harus berpikiran sedikit jauh
Ada beza mencari tarbiyyah melalui ta3lim atau pengajian dengan mencari Tarbiyyah di dalam usrah
Umpamanya kita belajar masak dengan tunjuk ajar ibu kita di dapur,dengan belajar memasak menggunakan panduan dari talifon bila berjauhan dengan ibu
Manakah yang akan menghasilkan hidangan yang muntij [terbaik]?
Sudah tentu method yang pertama



Begitulah bezanya usrah dengan pengajian biasa atau ceramah dan pembacaan
Dalam usrah kita ada naqib/naqibah yang memandu
serta menilai peningkatan diri
Ada sahabat yang menolong men'charge'kan iman apabila terjatuh
Mampukah kita memanitainkan iman hanya melalui pembacaan buku
Adakah penceramah akan menemui anda untuk memastikan anda faham dengan apa yang dia sampaikan dan melaksanakan apa yang diseru beberapa hari selepas itu
Tidak

Maka,dalam keadaan ummah yang sedang cacat akhlak ini
Sama-samalah kita berusaha untuk memperbaiki diri
dengan mencari jalan dakwah dan tarbiyyah melalui usrah
semoga melalui pembentukan individu dengan wasilah ini
kita mampu mengucapkan sayonara jahiliyyah
yang mungkin terlekat pada diri kita dan orang lain seperti kapel,dedah aurat,ikhtilat terlampau,dan masalah-masalah sosial remaja yang lain

Wallahua'lam
Saya ditarbiyah,saya ok ^_^

akademi al~fateh

BELAJAR ADALAH MUJAHADAH
kata-kata azimat dari seorang ibu yang terngiang-ngiang di telinga lagi-lagi bila kemalasan mula menguasai diri

Bismillah
Alhamdulillah
Akademi Al-Fateh telah melabuhkan tirainya
saya kira saya memang belum ada mengupas langsung sedikit mengenai akademi ini

Akademi ini ditubuhkan pada tahun ini
sebagai salah satu platform untuk membina individu-individu yang faham tentang kepentingan gerak kerja dakwah dan tarbiyyah
atau mungkin persiapan buat mereka yang akan menjadi naqib/naqibah

Untuk menghasilkan seorang pemuda berjiwa besar dan berwawasan seperti Sultan Muhammad bin Murad iaitu sultan Al~Fateh dalam masa sebulan adalah satu perkara yang saya kira mustahil
tetapi hakikatnya,kalau kita lihat kembali sejarah Al~Fateh sendiri beliau telah melakukan sesuatu yang mustahil
menjadikan daratan seperti lautan
tentera-tentera terbaiknya telah melayarkan kapal mereka di daratan?
Suatu perkara yang tidak terfikir dek akal kita bukan?



Terima kasih kepada semua mentor-mentor yang bertungkus lumus memberikan kami input untuk persediaan menjadi murobbi
Tidak pada orang lain,sekurang-kurangya murabbi untuk diri sendiri
Pengisian yang disediakan seperti public speaking,seni penulisan
Dan malam konserto terakhir yang dipenuhi dengan kertas kerja dengan tajuk2 menarik seperti bedah buku Bagaimana Menyentuh Hati,Dakwah Fardhiyyah,Ikon Just atau Yarmouk dan ada juga sebahagian pembentangan yang saya terlepas kerana ada tugasan lain
Saya kira semua ini adalah tanda keprihatinan senior-senior
betapa pentingnya Dakwah dan Tarbiyyah dalam diri kami semua
Tambah-tambah,sesi akan datang dijangkakan,jalan ini akan makin payah
kerana akan mempertemukan kita dengan jumlah junior yang sangat ramai
semoga Ramai itu bakal membawa kekuatan,Insya Allah

Sultan Al-Fateh merupakan satu ikon Islam yang sesuai untuk dijadikan idola buat remaja masa ini
Hal ini demikian kerana
Usianya semasa menyerlahkan kepimpinannya adalah bermula dengan usia sebaya kita
19 tahun telah diangkat menjadi sultan?
Tidakkah kita tercabar
Dan bila disoroti sejarah beliau,dia pada asalnya sama sahaja dengan remaja lain semasa usia muda
jiwa memberontak,degil,
tetapi,pendidikan dari ayahnya iaitu Sultan Murad dan gurunya Syeik Aq Syamsuddin la yang telah menjadi penyumbang besar kepada pembentukan dirinya

Banyak perkara boleh kita contohi dari Al~Fateh
seperti semangat belajar
semangat berpasukan
kepentingan Qiamullail
dan lain-lain yang perlu dikaji lagi




Sultan Muhammad Al~Fateh telah pun melakukan tugas yang ditaklifkan kepada dirinya
menjadi abid dan menjadi khalifah
tetapi kit,biller lagi?

Beliau bukan hanya menumupukan pada penawanan konstantipel
Hakikatnya dalam usaha membuktikan kebenaran hadith Rasulullah s.a.w itu
beliau telah melaksanakan penawanan terhadap hati-hati rakyatnya
agar dapat menawan pandangan Allah kepada diri mereka
dengan uslub dakwah beliau yang tersendiri

Hari ini waqik kita berbeza
Bukan whitehouse yang kita ingin buka
Bukan united Kingdom yang ingin kita jajahi
tetapi hearty-hearty manusia yang ingin kita tawan





Masa semakin suntuk
ada tugasan yang perlu diselesaikan
abid dan khalifah
ayuh kita bergerak laju dalam menghidupkan jentera dakwah dan tarbiyyah
wallahua'lam

Saturday, July 30, 2011

usrah episod 2 [sejarah usrah]

Syali dan Hani serentak meraup wajah mereka usai membaca mathurat bersama di Bayt Syali petang itu.Bayt Taqwa.Semua penghuniya adalah sepuluh  orang.Tetapi untuk melihat kesemua-semua ahli itu berada di rumah adalah sangat payah.Kerana ahli bayt Taqwa masing-masing sibuk dengan urusan dakwah.Ziarah adik-adik usrah.Pergi daurah.malah ada pula sebahagian yang terlibat dengan persatuan pelajar ataupun badan kebajikan anak negeri.Pada mereka,rumah adalah sekadar persinggahan apabila telah sehari suntuk penat keluar menggerakkan jentera tarbiyah dan dakwah.


"Syali,biller ni ko nak cecite kat aku pasal sejarah usrah tu.Tibe-tibe aku nak tau la pulak kenapa nama bulatan gembira ni usrah eh?"

Syali seperti biasa.Tersenyum sambil melipat telekungnya dan telekung tetamu yang diberikan kepada Hani dengan kemas.

"Hani pernah dengar singgah blog jambatanhearty.blogspot tak?"

Hani sekadar menggeleng.

"Hehe.Bajat comel la tu geleng-geleng macam tu.Jom kita usha blog tu jap.Dalam tu ada sedikit pencerahan mengenai usrah."

Syali menekan butang power pada laptopnya.Segera dia menaip link www.jambatanhearty.blogspot.com

**********SKRIN KOMPUTER**********

SEJARAH USRAH

Pengasas:Imam Hassan Al-Banna
D.O.B : Tahun 1906



Hasan Al-Banna adalah antara syabab yang hidup semasa fatrah kejatuhan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924

Pada tahun 1924 semasa usianya mencapai 18 tahun beliau telah melanjutkan pengajian ke Universiti Darul Iman dalam jurusan pendidikan.

Semasa awal ketibaan nya di universiti,Hasan Al-Banna mencari-cari tempat solat di kawasan universitinya.Namun apa yang mengecewakan tiada.Malah apabila ditanyakan kepada orang yang berada di situ.Orang awam tersebut meminta Banna merujuk kepada seorang tukang kebun yang seringkali solat di bawah tangga di salah sebuah bangunan.

Banna segera ke tempat itu.Kelihatan seorang ingin menunaikan sembahyang.Banna menjadi hairan mengapa tempat seperti itu yang menjadi pilihan untuk menunaikan sembahyang.Apabila ditanya tentang itu pada pak cik tukang kebun itu,pak cik itu menjawab,

"Sini senang nak solat,takda orang nampak"

Betapa kejtuhan khilafah islam semasa itu telah memberikan implikasi yang negative pada Islam.Sehinggakan nak menunaikan solat pun tidak ada ruang yang khusus.

Banna segera mengajak pak cik itu solat di taman.Orang awam di sekeliling terkejut melihat.Dan sejak hari itu Banna telah menjadi pencetus kepada perubahan mahasiswa.Dan semenjak kejadian itulah sebuah masjid telah dibuka di universiti itu

Hassan Al-Banna mempunyai latar belakang keluarga yang hebat.Beliau telah dididik sejak kecil dengan menghafal hadith,ayat Qur'an dan asas-asas lain sebelum menginjak ke usia remaja.

1928-Hassan Al-Banna menamatkan pengajian beliau dan dihantar ke Ismailiyyah yang berdekatan dengan semenanjung Sinai di Mesir sebagai cikgu.

Hassan Al-Banna  sangat peka dengan implikasi dari kejatuhan khilafah islamiyyah.Saat kejatuah khilafah pada tahun 1924 itu jiwa remajanya yang disaluti dengan keimanan menjadi gusar.Sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan dan mengembalikan khilafah Islamiyyah.

Maka keberadaan nya di Ismailliyah beliau manfaatkan untuk mencari tempat-tempat tumpuan.Tempat pertama yang beliau kunjungi.Masjid.

Namun apa yang beliau perhatikan,Masjid hanya dipenuhi oleh syeikh-syeikh yang sudah tua.Syeikh-syeikh yang hanya mementingkan soal ibadah.Sangat syadid dalam beribadah.Menjaga cacat cela dalam ibadah.Tidak sesuai.Itu yang dapat dirumuskan oleh Hassan Al-Banna.Masjid bukanlah tempat yang sesuai untuk beliau menyampaikan fikrahnya.

Tempat kedua kedai kopi.Suatu tempat yang menjadi tumpuan pellbagai lapisan masyarakat dari pelbagai peringkat umur.Hassan Al-Banna menggunakan kesempatan dan keberanian serta semangat yang ada menceritakan mengenai islam.Keindahannya,kesyumulannya.Bukan terus bercerita mengenai kewajipan solat,puasa atau ibadah-ibadah lain yang mungkin akan memberatkan minda pendengarnya.

Alhamdulillah hasil dari ceramah ringkasnya di kedai kopi itu.6 Orang pemuda tertarik lalu mendapatkan Banna untuk memohon menjadi pelajar beliau dan berguru dengannya.Namun,ini jawapan yang Banna berikan.

"Aku tidak perlukan anak murid,tetapi yang aku perlukan adalah saudara-saudar Islam untuk membela Islam!"

Suatu masa dahulu,sejak zaman Rasulullah s.a.w,Kita dapat lihat bagaimana Rasulullah sendiri membina individu-individu muslim.Abu Bakr,Ali,Umar.Dan seterusnya kita melihat bagaimana pernikahan antara Ali dan Fatimah telah mempromosikan kepentingan sebuah bayt muslim sebagai kesinambungan kepada penghasilan produk mumien hebat semasa zaman baginda Rasulullah s.a.w.Sistem ini berterusan.Institusi keluargaan memainkan peranan seratus peratus dalam mendidik dan mecorakkan anak-anak.

Namun,setelah kejatuhan islam.sistem kekeluarga dilihat mengalami kepincangan yang amat dahsyat.Malah sudah tidak mampu lagi memainkan pernan untuk menggerkkan kerja dakwah dan tarbiyyah.Ibu bapa yang tidak faham agama.

Melihat kepada masalah ini,maka timbullah idea Hassan Al-Banna untuk mewujudkan USRAH.Dan kerana waqik yang memperlihatkan peranan rumahtangga yang semakin melemah,tidak boleh tidak,usrah terpaksa dibina dengan individu-individu yang tidak sama darah daging,tetapi cukuplah mempunyai darah-darah pemuda yang sentiasa membara untuk memperjuangkan dan membela islam yang telah jatuh saat itu.

***********SKRIN KOMPUTER**********

Tangan Syali laju menekan cursor ke bawah sambil meneruskan pembacaan dan menerangkannya kepada Hani.Hani nampak berminat.

"Wah,comel jugak ye cerita pasal Hassan Al-Banna ni.Rupanya macamtulah wujudnya perkataan usrah tu ye.So sekarang aku nak tau cepat,Apa sebenarnya buat dalam usrah ni"

Daun pintu bilik Syali dikuak seseorang.Muzdalifah sahabt serumah baru pulang dari rumah junior nya.Beusrah mungkin.

"Eh,Hani pun ada sekali.Korang,aku baru balik ni.Jom makan dale3 Karsyak ni jap"

Aroma Dale3 Karsyak yang sentiasa dirindui menarik minat Hani.Perbualan terhenti.Segera mendapatkan kotak Dale3 Karsyak tersebut.Syali tersenyum lagi seperi biasa.

Bersambung....

tekan link ini untuk EPISOD 1

usrah





Sudah lama rasanya Hani tidak meluangkan masa dengan teman baiknya Syaliza.Petang yang terasa menggigit dengan bahang teriknya matahari di irbid hari itu,Hani penuhi dengan berjalan-jalan bersama Syaliza di sekitar syarik Jamiah.Berjalan saja-saja sambil meninjau-ninjau ke kedai buah-buahan di situ.

''Syali,aku ada benda nak bagitahu kau ni"

Syali yang sedang sibuk memilih buah epal segera menatap wajah 'cute' sahabatnya itu.Tersenyum.seakan memberi 'signal' bahawa dia bersedia untuk mendengar.

"Dah masuk 2 bulan kita join usrah kan?Aku tiba-tiba rasa nak keluar la wei.Aku rasa usrah cam x best je.x seronok langsung.Lagi seronok aku buat benda lain kowt"

Syali masih terus tersenyum.Memang itu caranya berbicara dengan Hani sahabat baiknya itu.Bila perlu diberi penerangan,Syali akan berpidato ringkas tapi padat.Tetapi kadangla cukup sekadar beberapa ayat untuk menenangkan keresahan kawannya itu tatkala menghadapi masalah.

"Hani,jom kita singgah makan buah epal ni kat Rumah Syali"

"Eh,tukar topik pulak kau ye."

"Eh,x la,mana ada tukar topik.Panas sangat la kat syarik Jamiaah petang ni.Jomla balik rumah cepat-cepat.Nanti aku respon masalah ko tadi eh"Syali menjawab.Tersenyum lagi.

Di Rumah Syali,Syali segara mengupas buah epal yang mereka beli di syarik jamiaah tadi.Lalu dihidangkan kepada sahabatnya Hani.

Hani yang telah mengenali Syali tanpa segan silu segera menikmati buah epal tersebut.
Tersenyum kelat.Sepertinya rasa epal itu tidak seperti biasa.

"Syali,aku rasa macam x sedap pulak la epal ni"Hani mengadu kepada Syali yang masih sibuk mengupas epal yang kedua pula.

"Laa,x sedap ke epal tu sayang.Nah ni Syali da kupaskan epal lagi satu.Syali rasa epal ni better kowt"
Syali segera menghulurkan epal kedua kepada Hani.Caring.salah satu sifat yang ada pada Syali sejak dahulu.Dan kerana caring itu lah yang memikat hati Hani untuk menjadi sahabat baik Syali sehingga kini.

Hani menggigit epal kedua.Nikmat.Manis sungguh epal kedua itu.Hani tersenyum bahagia menggambarkan betapa nikmatnya dia dapat merasa buah epal kedua itu.Tambah-tambah sudah lama tidak berpeluang makan buah kerana terlalu berjimat sepanjang 2 3 bulan menunggu duit biasiswa JPA masuk ke akaun bank masing-masing.

"Haaa..cane Hani.Better kan rasa epal kedua ni?"

Hani hanya mengangguk dan meneruskan menikmati buah epal kedua tersebut.

"Hani,tau tak.epal ni macam usrah jugak"

Hani yang sedang asyik menikmati epal tersebut terus menghentikan kunyahannya apabila terdengar perkataan 'usrah' itu.

"Mungkin sekarang Hani rasa usrah yang kita lalui itu tak best kan?Berilah peluang pada diri Hani sebentar.Hari ini mungkin Hani rasa tak best.Tapi Hani belum rasa lagi liqa' kita yang seterusnya kan?"

Mendalam analogi yang diberi Syali kepada Hani.Sedikit sebanyak terjentik juga hatinya yang tadi beriya-iya mahu mengentikan langkahnya untuk terus mengikuti usrah.

"Kadangkala mungkin kita merasakan usrah itu x best sebab kita sendiri tidak pasti apa itu usrah kan?Kenapa kita masuk usrah?Atau mungkin kita sendiri yang tak pernah hadirkan hearty atau tajdid niat semasa berada dalam bulatang gembira itu kan?"

"Emm,jadi Syali,cuba ko terangkan atau bagi sedikit pencerahan kat aku apa sebenarnya usrah ni."

Allahu akbar...Allahu Akbar


Suara azan kedengaran jelas dari masjid Jamiah.Menghentikan perbualan dua sahabat itu.

bersambung............




Thursday, July 28, 2011

Mr Ramadhan is coming ^^

Bismillah
alhamdulillah,sesi pengajian sempena sem soifi telah pun tamat semalam
sedang menanti detik-detik untuk menghadapi exam nihaei
Moga exam ini menjadi alternatif untuk belajar
bukan belajar untuk exam

bahang soifi makin terasa
hari-hari dilalui dengan terik matahari yang luar biasa
petanda,ramadhan bakal menjelma
Kalau di Malaysia biller nak dekat syawal barulah semua orang nak pasang lampu lip lap di rumah
tapi berbeza di sini
menetap di 3imarah ghazawi yang rata-ratanya diduduki oleh ahli keluarga ghazawi
ana perhatiakn rumah2 keluarga mereka mula meriah dengan lampu2 di rumah
tanda keterjuaan mereka ingin menyambut kareem
hari itu singgah di masjid belakang safeway
mata ini hampir menumpahkan titisan jernih ke pipi
terharu,cuti sekolah untuk pelajar sekolah
mereka manfaatkan dengan menghafal Qur'an di masjid selepas asar sebagai persediaan menghadapi
ramadhan
x hairanlah bila masuk universiti,ayat Al-Qur'an dalam kalangan majoriti pelajar arab sudah cair pada lidah mereka
kawan-kawan arab juga sudah mula sibuk bertanya
apa persediaan menghadapi ramadhan?

semoga,ramadhan kali ini adalah ramadhan luar biasa buat diri dan semua
semoga ramadhan kali ini dapat mengkonsistenkan hammasah untuk giat mempertingkatkan ibadah
Mr Qur'an di sisi sentiasa,tarawikh tak nak miss lagi
Hafalan dipelihara,kurangkan tidur,tingkatkan tafakkur,
semoga keterujaan dan azam ini turut dirasakan oleh keluarga di Malaysia



mari sama-sama kita excited untuk memasuki madrasah takwa yang hanya sebulan ini!
semoga madrasah ramadhan kali ini akan melahirkan produk--produk MUIEMIEN BERTAKWA.Insya Allah =)



Friday, July 22, 2011

penulisan | create ur own style!

 "Prinsip seorang penulis adalah menulis apa yang masyarakat PERLU bukan apa yang masyarakat MAHU"

Baru-baru ini ramai orang sudah mula mengkritik mengenai filem TAHAJJUD CINTA
kerana memaparkan cinta islamik jauh dari manhaj islam yang sebenarnya
begituah manusia kalau buat sesuatu hanya untuk kepentingan dunia semata-mata
mereka menulis atau mungkin membikin filem untuk memenuhi kemahuan manusia yang tidak terbatas malah sudah terbabas
bukan menulis atau membikin filem untuk menyampai dan memberi sesuatu yang sangat perlu dalam mengembalikan masyarakat kepada manhaj islam yang hakiki

ok,lupakan tahajjud cinta sebentar.

alhamdulillah,akademi al-fateh terus menggerakkan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk anggota-anggotanya
dan malam ini ana kira satu slot yang menarik
yang mungkin mengujakan bagi kawan-kawan saya yang khususnya peminat penulis muda yang semakin meningkat namanya 'HILAL ASYRAF'



Terus kepada pengisian yang dikongsikan oleh senior hilal
antara bakat dan latihan,manakah faktor yang paling penting dalam penulisan?
ada yang berpendapat salah satu darinya,ada pula yang berpendapat kedua-duanya sekali
tetapi hakikatnya bukanlah kedua-dua faktor di atas menjadi faktor utama untuk menulis
hakikatnya penulisan itu bermula daripada MINAT
Tanamlah minat itu dengan mengkaji fadhilat-fadhilat atau kelebihan daripada penulisan

STRATEGI MEMBANGKITKAN POTENSI  PENULISAN |

1.Latihan

- Try carik sekumpulan kawan atau individu-individu yang dapat memberikan komen atau kritikan terhadap penulisan kita untuk meningkatkan skilL penulisan itu sendiri

-Latihan sangat penting untuk memastikan: -


  • penulisan tidak merapu
  • bahasa diterima pembaca
  • boleh mempengaruhi pembaca
  • penulisan tidak membosankan
-Penulisan akan bertambah menarik sekiranya terdapat analogi yang baru terselit dalam penulisan kita


2.Buat jadual

Rancang jadual dan pilih waktu yang sesuai untuk menulis.Dan hakikatnya sebenarnya bila-bila masa sahaja adalah waktu yang sesuai untuk menulis.

3.Cari medan

Kalau dulu,medan penulisan sangat terhad di mana mungkin hanya terhad pada pertandingan penulisan,atau hantar karya kepada majalah atau akhbar.Namun begitu,dalam era ledakan blog ini,ana kira blog adalah medan terbaik untuk penulisan.

4.Banyakkan membaca

Untuk menulis seseorang tidak boleh tidak perlu punya ilmu untuk menyampaikan sesuatu.Tetapi moleklah kiranya pembacaan itu diseimbangkan dengan penulisan.Caranya,amalkan setiap kali lepas baca buat rumusan.

5.Banyakkan menulis apa yang dibaca

6.Banyakkan memerhati

Saya kira banyakkan membaca dan menulis itu adalah sesuatu yang berbentuk formal atau secara langsung.manakala memerhati pula adalah cara tidak langsung

sebagai contoh senior hilal ada kongsikan satu situasi yang pernah dia alami dalam kehidupan dia
Dan senior  meminta kami mengextarct apa yang kami dapat dari situasi tersebut
thats what we need to do
sometimes ,we just take it for granted for something that happend in our life
sesuatu itu hanya menjadi sesuatu yang berlalu
tanpa kita fikirkan ibrah besar yang tersembunyi
atau mesej yang mampu kita garap dari peristiwa-peristiwa yang kita hadapi dalam hidup

menjadi penulis bukanlah persoalannya penulis itu islamik atau tidak
tetapi apa yang membezakan seorang penulis yang islamik atau yang lain adalah NIAT
apa-apa pun semua berkisar pada niat
sebab itu hadith pertama dalam hadith 40 adalah berkisar tentang niat

dalam penulisan kita ada 2 bentuk niat

niat ukhrawi-menuju redha Allah
niat duniawi-menarik manusia [jangan sempitkan skop bahawa duniawi adalah semata-mata harta sahaja]

"build a chain-reaction"

Saya sangat tertarik dengan penggunaan perkataan 'chain-reaction' yang digunakan senior hilal semasa penyampaiannya tadi

Saya tidak ingat matan hadith nabi yang ada menyebutkan
seorang hamba Allah itu apabila mati,akan terputus dunia darinya
kecuali 3 perkara

-sedekah/amal jariah [amalan yang berterusan]
-ilmu yang berguna
-anak yang soleh

Jadi,penulisan adalah hakikatnya salah satu alternatif untuk kita meninggalkan amal jariah itu
membina chain-reaction dengan manusia
dengan meninggalkan nasihat,peringatan dalam alam maya
di mana dengan adanya medium ini
apabila ada orang yang terkesan dengan penulisan kita
dan berubah hanya melalui pembacaan atau ziarah mahabbah ke blog kita
Allah akan kira hasil itu sebagai amal jariah kita,insya Allah
yang mana akan berterusan
walaupun kita sudah 'berehat' dari menulis buat selama-lamanya

PENULIS-ALLAH-PEMBACA

ya,kita menulis bukanlah directly terus sampai maksudnya kepada pembaca
hakikatnya Allah lah yang menghubungkan kita kepada pembaca itu tadi
oleh itu,amatlah penting untuk seorang penulis itu menjaga HDA nya - Hubungan Dengan Allah

Banyak sebenarnya untuk dikongsikan berdasarkan apa yang saya dapat dari senior hilal tadi
saya kira penyampaian beliau secara life tadi sangat menarik
sama seperti karya-karya yang beliau hasilkan dalam langitillahi
alhamdulillah,untung 1 universiti,kalau x, x dapat la talk percuma macam ni =)

banyak perkara perlu dimuhasabah oleh diri ini kembali dalam bergiat untuk menyampaikan sesuatu kepada masyarakat melalui blog

wallahua'lam







Thursday, July 21, 2011

liqa' orator?

Bismillah
rindu untuk menulis
tetapi sekarang saya memang sedang berusaha meletakkan priority online adalah priority terakhir sekali
sebab banyak lagi sebenarnya menda nak buat
tapi x pasti apakah meletakkan blogging atau internet di bawah sekali adalah satu keputusan yang bijak

liqa' orator?
alhamdulillah setelah sekian lama kelab orator kami tidak melakukan sebarang aktiviti
Kak nafeesa telah mengambil inisiatif untuk mengumpulkan ahli kelab semalam
tetapi tidak semua dapat hadir
kerana tuntutan peperiksaan,akademi al~fateh dan banyak lagi benda-benda penting dari sisi setiap orang

Biarpun yang datang tidak sampai 10 orang
tapi tidak pernah mematahkan semangat kak feesa untuk meneruskan 'liqa' kami malam itu
ana kira kelab orator ni da macam kelab motivasi
we played some games semalam
first,act like a cartoon n others need to guess the character of the cartoon
second,act like anyone in ur life,like ur teacher,mother,bro,sis hatta semua org can imagine the person
and last act like somebody who you made as a role-model in public speaking
and most of us nampaknya dalam kepala otak terfikir public speaker permai je
terlupa banyak lagi insan-insan hot kat luar yang boleh jadi role-model in public speaking
like ustazah bahyah mungkin,Dr Fadhilah kamsah
up to you,you choose,the choice is in your hand

from the games
beside ktrg boleh menghapuskan barrier and membina keyakinan untuk act in front of people
kami belajar sesuatu
untuk melakukan sesuatu yang remeh seperti melakonkan watak kartun adalah sangat mudah
tetapi untuk melakukan sesuatu yang hebat seperti orang-orang hebat tidak semudah itu
tetapi that doesnt mean that we cant do like those marvelous people around us

yang penting adalah bina keyakinan
keyakinan kita dapat diukur apabila kita mampu menerima kritikan dari orang lain
dan mampu untuk memberi respon secara spontan dalam sesuatu perbincangan

at the end of our 'liqa'
kak feesa asked us
kenapa kita tengok orang yang berkali-kali becinta
atau maybe berkali-kali bercakap dan tidak diterima
akan jatuh motivasi dan hilang keyakinan yang sangat teruk
because die bercakap semata-mata untuk memastikan orang,masyarakat atau individu menerima mereka
jadi bila natijahnya mereka tidak diterima
so at the end,they lose their confidence to talk

so,bagi mengatasi masalah ini
kita perlu berbalik semula kepada hakikat hanya Allah sahaja yang akan menerima kita
baik,buruk,pendapat yang tidak berapa nak betul,idea yang tidak logik
walaupun orang tak terima,tetapi allah pandang usaha kita untuk sentiasa memberi pada manusia

beruntunglah kita sebagai umat islam
kerana ada Allah untuk menerima kita di saat tiada siapa lagi mahu menerima

selamat membina keyakinan diri tidak kira di mana sahaja anda berada
wallahua'lam

Friday, July 15, 2011

SHORT MESSAGE | APPOLOGIZE


bismillah
insya Allah ahad dan isnin ni saya exam lagi
tidak sempat untuk duduk bertenang lama-lama
second exam telah pon tiba

saya tidak nafikan sem soifi menag sangat pantas
sangat laju,sangat penat lagi2 kalau amik subject berat

Oleh itu saya mintak maaf sangat2 kalau ada sesiapa atau mana-mana individu yang haknya tidak sempat saya tunaikan sepanjang sem soifi ini

doakan exam saya  
syukran ^^

JANGAN LUPA SEMUA WARGA PERMAI KE AGM PERMAI ESOK 



Tuesday, July 12, 2011

Realiti | Malaysia | Jordan

Bismillah
Alhamdulillah,dah lama tak update
Bukan tak berkesempatan atau berpeluang
tetapi sedang berkira-kira untuk menulis
bermanfaat ke?Cukup fakta ke?Perlu ke?

Banyak benda berlaku sepanjang tempoh hari yang lepas
Dengan kesibukan AGM BKASJ nye




Dengan kehangatan BERSIH yang terasa bahangnya sehingga ke Jordan
Terima kasih kepada pihak terlibat yang telah memberikan pencerahan kepada ana mengenai isu ini
Saya kira saya masih lagi mahasiswi yang lesu
sebab hanya mampu memerhati,mendengar dan tidak melakukan apa-apa



Baru sahaja membacakan CURHAT seorang senior yang telah selamat pulang ke Malasyia
saya tidak kenal siapa dia
tapi sangat terkesan dengan CURHAT nye
Panjang lebar dia mengongsikan kepada kami
realiti masyarkat kita sekarang

Kapel da macam biasa
Tutup aurat,baju nak kena ketat pastu sanggup tayang kat pakwe
Tangkap gambar lelaki dan perempuan baru kenal da boleh posing pelik sebelah-sebelah dengan jarak yang dekat
Solat kadangkala
Dengar lagu entah apa-apa
Reunion kena ajak 'pasangan' masing-masing
Anak dara baru form 4 da boleh dibawa ke rumah 'bakal mak mertua' konon-konon tolong rewang semua
banyak lagi

ROSAK!
ROSAK!
ROSAK!

Bukanla saya nak kata orang-orang atau masyarakat jordan ini akhlaknya sangat bagus
realitinya Jordanian...anda lihat lah sendiri dan nilailah
sedih melihat mereka yang boleh berbahasa arab,boleh memahami arab tetapi perilakunya seolah jauh dari Al-Qur'an yang diturunkan dalam bahsa arab itu sendiri

Tetapi alhamdulillah
Orang-orang Melayu yang belajar di sini bukan atau tidak seperti mereka
jujur saya katakan kalau anda ingin berubah
Marilah bersama saya di Jordan
syaratnya,anda betul-betul ingin berubah
Di sini saya belajar apa itu ikhtilat yang sebenar
Di sini saya belajar apa itu malu yang sebenar
Di sini saya pelajar bagaimana sebenarnya komunikasi dengan golongan lain jantina yang sebenar

Bukan soal ikhtilat sahaja
tapi banyak perkara yang mampu membina biah yang solehah di sini
anda tidak akan dipandang serong kalau ingin berubah jadi baik
tbe2 esok hari anda nak pakai tudung labuh,walaupun semalam pakai tudung pendek
tibe2 esok hari anda solat sunat berkali-kali walaupun semalam,nak ajak solat pun payah
Bila anda berubah semua orang sokong dari belakang

Di sini saya belajar apa itu ukhuwwah
apa itu menjaga hati dan perasaan
apa itu menerima sahabat seadanya dengan menolak seribu macam kekurangan

SELESA!
SELESA!
SANGAT SELESA!

tetapi keselesaan ini membuatkan saya jadi risau
tambahan lagi beberapa hari menghitung hari untuk pulang ke tanah air
menghadapi realiti masyarakat
tak jauh pun,tengok kaum kerabat dan sahabat handai pun kita da boleh diduga dengan pelbagai perkara

sahabat dan teman yang akan pulang bersama
Bantulah dan sokonglah ana untuk menjadi ejen perubahan bersama
family,sedara-mara dan sahabat di Malaysia
Bersedialah untuk menerima saya yang akan pulang
andai nanti kepulangan dibawa bersama dengan anjakan paradigma yang tidak diduga
Sungguh berat tanggungjawab yang terbeban atas bahu ini

jangan tertipu dengan ikhtilat yang dipaparkan dalam cerita ini
Sebagai seorang NIQABIS,TIMUR TENGAH sungguh saya sedih dan kecewa



wallahua'lam

Saturday, July 2, 2011

suara hati seorang ajk

830 malam | meeting muhasabah majlis keraian graduasi 2011 | teratak Presiden persatuan pelajar uni Y



"Berdasarkan borang muhasabah yang telah kita spread pada mahasiswa dan mahasiswi kita semasa majlis tempoh hari,ramai yang meninggalkan komentar berbaur negatif seperti ajk lewat menyediakan makanan,ajk lambat mengatasi masalah teknikal,tiada tindakan dilakukan segera atas kelewatan hadirin dan lain-lain"

Haninah AJK program kelu,terdiam,tertunduk.Rasa ingin menangis pun ada.Masyarakat universiti Y meninggalkan komentar yang pelbagai.semuanya negatif belaka.Tiada langsung motivasi,kata sokongan atau kata-kata yang mampu membuatkan AJK pelaksana majlis tempoh hari berbunga-bunga hati.

"Tidakkah mereka pernah mengerti penat lelah kami yang mengendalikan program,tidak tidur malam,berusaha keras untuk menjayakan program.semata-mata untuk masyarakat Universiti Y sendiri.bukan  jawatan yang digilakan!"hati kecil Haninah menjerit.namun,hampa,siapalah mampu mendengarnya.Hanya berdaya untuk menadah telinga terus mendengar komentar masyarakar Universitinya yang diulas sendiri oleh Presiden perastuan pelajar.

+ + +

Bukan iklan,tapi pengisian.

pejam celik pejam celik,kita semua mungkin ada yang dah habis tahun 1 dalam pengajian,atau hampir menghabiskan tahun 1 kan?

Tipulah tiada di antara kita pernah merasa duduk dalam dalam organisasi,atau menjadi ajk pelaksana program
Ok,saya bukan nak bercakap mengenai ajk pelaksana program
Tapi saya ingin meluahkan suara hati seroang ajk pelaksana
kerana sudah tentu kita pernah menjadi penonton sahaja dalam sesuatu majlis kan
apa yang kita tahu,komen itu komen ini

Sebagai rakyat universiti yang baik
seharusnya kita yang memilih untuk tidak menyumbang
sebelum memberikan komentar berbaur negatif
Fikirkanlah keadaan ajk pelaksana juga
Janganlah kita mudah menuding jari meletakkan kesalahan seperti majlis bermula lewat
kesilapan teknikal yang tidak mampu diatasi
program tidak sistematik dan membosankan
terus-terusan kita salahkan bulat-bulat pada ajk

Dengarkanlah suara hati mereka
Sungguh ajk2 pelaksana kebanyakannya adalah yang ikhlas untuk bekerja
yang sanggup untuk berkorban
yang sudi untuk menyumbang

Maka sebagai ahli yang tidak mahu menyumbang
cukuplah kita membantu meringankan beban mereka dengan memberikan komitmen yang penuh dalam program
seperti datang awal
alert dengan sebarang pengumuman
respon dengan mc
dan berikan komentar yang membina,bukan komentar yang menjatuhkan ajk pelaksana

wallahua'lam
selamat beramal
sama-sama kita koreksi mentaliti dri kita

+ + +

"apa yang saya lihat,masalah timbul kerana mentaliti masyarakat universiti kita sendiri.Harap lepas ni,sama-samalah kita cuba membentuk mentaliti mereka agar sentiasa cakna dan memiliki common sense yang tinggi  dan juga punyai keinginan yang tinggi dalam menyumbang jasa,bukan setakat buat suara sumbang di belakang kita"kata Farhaini,timbalan presiden persatuan pelajar universiti Y,mengakhiri mesyuarat muhasabah program

 malam itu.


Sumber: http://bestari-2009.blogspot.com/2011/07/suara-hati-seorang-ajk.html

maaflah blog batch sebab saya post karya saya ke blog saya juga.sebab mesej ni memang penting untuk saya sampaikan~