Wednesday, June 15, 2011

Ketika cinta berTARBIYYAH ^^

Bismillah
lama rasanya tidak mencoretkan
penangan sem soifi
baru kini diri ini menegerti

betapa kesibukan itu menguji diri
betapa kesibukan itu menyebabkan hidup ini terpecah bukan hanya untuk diri sendiri
tetapi Rabbul Izzati,Mr Qur'an,sahabat,kawan dan tarbiyyah itu sendiri
tambah-tambah,usia makin meningkat,taklifan makin bertambah

betapa suasana tarbiyyah itu antara salah satu kecintaan aku
tetapi sejauh manakah aku membuktikan kecintaan aku terhadap tarbiyah
nasihat,banyak nasihat,kata-kata dan perkongsian yang aku dapat kebelakangan ini
dari mereka yang datang jauh,semata-mata untuk memberikan sentuhan tarbiyyah kepada diri yang masih terkapai-kapai menggapai mardhatillah
terima kasih akak-akak yang terbang jauh dari United Kingdom
ada rezeki,kami pula akan ke sana ,insya Allah ^^

Tarbiyyah,malam itu kami masing-masing memberikan pendefinisan tarbiyyah kami sendiri
ringkasnya bagi aku,tarbiyyah itu adalah KECINTAAN
malu mendengar definisi sahabat seperjuangan
betapa sungguh zuknya mereka dalam mendefiniskan erti tarbiyyah

malam itu banyak benda baru aku dapat

produk tarbiyyah : Bukan utk melahirkan insan yang pandai bekerja sebagaimana produk-produk daripada berpersatuan,bersosial dengan masyarakat dan lain-lain.Tapi produk yang ingin dihasilkan hakikatnya adalah INDIVIDU YANG BERTAKWA!

motivasi atau catalyst tarbiyyah : Tidak terletak pada pahala dan redha Allah semata-mata.tetapi hakikatnya penggerak dan pendorong kita untuk mentarbiyyah dan ditarbiyyah atau apa jua perkara yang memerlukan mujahadah terletak pada KECINTAAN KEPADA ALLAH

Dalam jalan dakwah dan tarbiyyah,kita akan menemukan pelbagai jenis mad3u.Ada yang bersemangat ingin ditarbiyyah sehingga kita menjadi terkapai-kapai dan risau tidak mampu memberikan dan memenuhi hak yang mereka perlukan.Ada pula mad3u yang otai-otai yang mungkin kita rasa senangdan sesetengah merasa sukar.Hakikatnya antara mad3u yang pertama dan mad3u yang kedua,mad3u yang paling payah dan susah untuk ditarbiyyah adalah sesuatu yang sangat dekat dengan diri kita,HEARTY kita itu sendiri.

Tarbiyyah tidak pernah mengenal erti rehat
Tidak boleh tidak harus dan akan merasai disakiti,dilemma,lelah dan penat
Apapun,tarbiyyah sangat memerlukan sekeping hearty yang berjaya ditawan oleh iman agar menjadi hearty yang bersih
kerana dalam menyampaikan dakwah dan tarbiyyah
masalah yang berlaku ada 2,sama ada hearty kita yang bermasalah,atau hearty mad3u yang bermasalah
Maka sama-samalah kita menjaga hearty kita,kerana kita hanya mampu mengetahui isi hearty ini
amatlah terbatas mengetahui isi hearty orang lain.


wallahua'lam
semoga aku dan kamu tetap thabat dalam jalan tarbiyyah yang menjadi kecintaan kita bersama ^-^





1 comment:

Insan yang penuh khilaf said...

sekali kita jejak di jalan dakwah dan tarbiah, ketahuilah yang kita tlah mengINFAKkan seluruh diri kita untuk Islam.. ranjaunye panjang berliku, bersedialah korbankan ape yg kita suka demi memenuhi hak2 Islam.. jgn mengeluh andai tersungkur.. jalan tarbiah dan dakwah bukan untuk orang yang lemah dan malas!!