Tuesday, June 7, 2011

Balik Kampung


Bismillah
lama rasanya tak menulis penulisan santai begini
kerana terkadang lupa matlamat dan tujuan blog dicipta
Baru ana teringat,selain dari berkongsi pembacaan dan tazkirah
blog ini ana buat utk tatapan family di tanah air
bagi mengetahui perkembangan aktiviti ana
kerana terkadang,ada perkara-perkara yang hanya mampu dinukilkan di mata pena [atau keyboard] sahaja ^^

Balik Kampung
hakikatnya bukanlah kampung nenek/aruah atuk
Tapi ke Muktah,tempat mencari ilmu bagi senior JAIS 2010 yang pernah melakarkan memori bersama di PSPJ suatu masa dahulu
jujur terasa seolah-plah anak-anak yang pulang ke kampung
dengan suasana yang damai,tenang,sejuk,tidur beramai-ramai,makan beramai-ramai
bercanda beramai-ramai
oh,alangkah aku rindu kenangan yang lalu

terima kasih kepada Kakak2 kami kerana sudi berkorban masa dan tenaga
bawa kami menziarahi Universiti Muktah
Berjalan-jalan di Maza
tempat makam Zaid Bin Harithah,Abdullah bin Rawahah,dan Jaafar bin Abi Talib
sungguh,Maza adalah salah satu tempat tenang yang menjadi destinasi pilihan mahasiwa/mahasiswi Muktah untuk merehatkan minda dalam menghadapi tekanan peperikasaan
selain menghirup semangat pahlawan-pahlawan ini semasa perang Muktah

terima kasih juga kakak-kakak kerana melayan karenah kami membeli-belah di balad Karak
bawa kami ke Qal3ah Salahuddin Al-Ayyubi
dan pengorbanan-pengorbanan lain yang tak mampu disebutkan di sini

Insya Allah,tahun depan,raya kami balik kampung lagi ^^

[gambar semua dalam arkib akhowat .Harap Maklum]

3 comments:

Lela S said...

kalau pulang jgn lupa jenguk sahabat ^^

Mutiara Islam said...

mazar la ali....(illani)

Aliyah Al~Istiqamah said...

illani-tula,aku rasa ade huruf R
BAJET salah type jela
hahaha