Bismillah
lama rasanya tidak berkongsi sedikit perkongsian
insya Allah hari ini ana ingin sentuh sedikit mengenai pemuda
siapa pemuda?
sayakah,anakah,awakkah,kamukah,diakah atau mereka kah?
ibu ayah kita atau datuk nenek kita atau guru-guru kita atau adik-adik kita
golongan belia atau warga emas?
Ya,sayalah pemuda
awaklah pemuda
awak yang berada dalam lingkungan 14-20 tahun
Opps!Boleh je kalau sesiapa yang masih berada dalam lingkungan usia bawah 40 tahun masih ingin merasakan diri anda pemuda
sebab anda masih lagi pemuda hakikatnya jangan risau
Sedar tak kita golongan pemuda inilah golongan yang memainkan peranan yang besar sebenarnya untuk menggegarkan dunia dengan pencapaian-pencapaian yang menakjubkan
namun realitinya hari ini
dunia bergegar dengan pemuda-pemuda yang mengejutkan hati ibu bapa sendiri
yang meresahkan hati semua penghuni dunia
dengan masalah-masalah sosial yang tidak pernah berhenti
zina,buang bayi,pondan,pengkid
tambah menyedihkan apabila kemungkaran-kemungkaran ini sendiri kadangkala seolah-olah diiktriraf oleh dunia
'saya gay saya okay'
apakah?
Mengenali lebih dalam siapakh pemuda itu sebenarnya
pemuda sebenarnya memiliki ciri-ciri berikut :-
- sentiasa bersemangat dan bercita-cita tinggi
- suka protes dan memberontak
- idealis
- tidak berkepentingan
- suka menyahut cabaran
- semangat berkorban yang tinggi
- mudah menerima,dipengaruhi dan cepat bertindak
Kenapa pulak pemuda yang dikatakan pelopor harapan
kerana kita-kita inilah suatu hari nanti yang akan mencapai satu tahap yang cukup ideal untuk melakukan perubahan atau anjakan paradigma yang positif untuk masyarakat
sebab realitinya kalau kita lihat sendiri orang tua
mungkin mereka memiliki kebijaksaan,idea2 yang melimpah ruah untuk mengubah masyarakat
malangya,kelemahan stamina membataskan perjuangan mereka
maka kitalah pemuda yang harus meneruskan dan menyokong perjuangan mereka dengan menggunakan kelebihan yang alhamdulilah masih ada dalam diri kita
Dan dalam banyak-banyak pemuda yang mempunyai pelbagai agama
pemuda ISLAM lah yang memainkan peranan paling besar untuk mempelopori dunia
kerana apa
kerana pemuda islam memiliki islam dan iman itu sendiri untuk memandu kehidupan mereka
Tapi,yang sangat menyedihkan
realitinya adalah sebaliknya yang kita harapkan
Namun begitu
belumlah terlewat untuk kita semua mengubah realiti pemuda pada zaman sekarang
so,apa peranan kita ?
antaranya ialah:
- melakukan perubahan total pada diri.Berubah jangan drastik bimbang nanti tidak berterusan.Tapi jangan lambat,bimbang nanti tidak sempat.
- Kembalikan ummah kepada mengabdikan diri hanya untuk ALLAH
- kembalikan islam untuk mendominasi manusi.Bukan Islam pada nama sahaja.Tetapi islam pada keseluruhannya
- kembalikan manusia kepada nilai,konsep dan nilai Rabbani
- Rampas kepimpinan jahiliyyah untuk meletakkan islam di dalam kepimpinan dunia semula
wallahua'lam
lama tidak menulis
serasa agak janggal sedikit penulisan kali ini
namun moga-moga ada yang dapat dihayati,dan diambil iktibar bersama
p/s-Saya ditarbiyyah,saya ok ^^
wallahua'lam
2 comments:
pemuda tonggak perubahan..
pembantu rasulullah juga adalah pemuda..
salam.
kalau boleh tukarkan link lama ana tu kepada link baru, myilham.com utk dapat update. syukran..
Post a Comment