Bismillah
semoga Allah redha dengan masa yang ana isi dengan menonton filem-filem yang insya Allah bermanfaat
alhamdulillah baru sahaja usai menonton satu lagi filem indonesia
Kun Fayakun
بَدِيعُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِۖ وَإِذَا قَضَىٰٓ أَمۡرً۬ا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ ۥ كُن فَيَكُونُ
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia. (2:117)
Filem ini mengisahkan kehidupan seorang miskin penjual cermin yang sangat-sangat berusaha dengan bersungguh dalam mencari rezeki untuk keluarganya
mesej utama yang ingin disampaikan ialah betapa peri pentingya tawakkal,usaha dan ikhtiar dalam usaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahukan
ana lihat cerita ini sangat padat dengan pengajaran
pengorbanan dan rasa tanggungjawab seorang ayah
isteri solehah yang menjadi tulang belakang kepada suami
anak soleh yang sentiasa mendoakan ayahnya
tasammuh [berbelas kasihan] sesama jiran tetangga
peri penting amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah seperti qiamullail,solat2 nafilah [sunat],solat dhuha dan lain-lain
kepentingan memberi maaf kepada orang lain dan macam-macam lagi ibrah yang ada dalam cerita ini
plus,insya Allah filem ini bersih dari sebarang adegan-adegan yang kononnya 'pengajaran' untuk dijadikan sempadan
p/s-Hakikatnya,kesempitan dan ujian itu lah yang lebih mendekatkan diri kepaada Allah.Mari belajar bersyukur menerima ujian =)
1 comment:
mcm best je.hehe.nak tgk la...;)
Post a Comment