Sunday, June 5, 2011

futur


Bismillah
maaf,da lama tidak mengupdate blog
futur,mungkin atas sebab itu ana tidak ada kekuatan untuk menulis
kalau menulis pun dismipan baik-baik dalam arkib blog monolog seorang hamba

FUTUR

kali pertama mendengar perkataan futur adalah seawal usia 18 tahun
ana terdengar dari mulut seorang akak dari PAKSI semasa menyertai salah satu dari program-program yang mereka sediakan

futur
satu keadaan yang kita rasa down,jatuh,hilang punca,tidak kenal personaliti diri
untuk definisi ana sendiri

entah,kebelakangan ini,terasa futur yang amat
sehingga terketuk hati dengan pesanan-pesanan tidak langsung dari Kekasih hearty

"kita kalau berjalan-jalan ni,kena jalan terus,jangan singgah stop lama-lama.sekali stop terus tak larat da nak bangun balik"

kata-kata seorang sahabat,semasa kami sedang merehatkan diri di masjid jamiah
kepenatan,lesu berjalan
biller terberhenti,nak bangun semula masing-masing berkira-kira

sungguh,tersentap juga dengan kata-katanya
ya,begitulah kita dalam jalan dakwah dan tarbiyyah
sekali kite merehatkan diri,susah untuk bangun kembali

dan hari itu menerima mesej dari seorang junior
sungguh!sungguh!sungguh!
seolah mesej itu bukan untuk mengemukakan masalah sahabatnya
tetapi mesej itu adalah untuk menyedarkan diri yang sedang terleka

apa yang menyedarkan ana ialah
kefuturan itu sangat mudah berlaku bila kita jauh  dari Yang Terchinta Kekasih Hearty
bila kita sudah lama tidak ber 'dating' dengannya disepertiga malam
bila kita makin jauh dengan Mr Qur'an yang dihadiahkan untuk kita  dariNya

kalau musim shita'
mungkin kita teruji dengan kesejukan pagi sehingga tidak mampu keluar dari zon selesa di bawah hiram untuk qiamullail
tapi,alhamdulillah,malam lebih panjang
tapi,soifi ini turut menguji
malam terlalu pendek
tidur paling awal pun pukul 1030 memandangkan isyak masuk lewat
tup tap nak qiamullail azan subuh da berkumandang
moga Allah kuatkan kita semua untuk bermujahadah dalam mendekatkan diri kita kepadaNya


ya Allah
semoga hati ini tetap thabat

wallahua'lam

2 comments:

random reader said...

Assalammualaikum,
Selagi awak sedar bahawa awak hampir futur, itu tandanya awak masih lagi dalam perhatian Allah. Dia yang mahu awak rasa sedemikian rupa kerana Dia nak beri sign pada awak yang Dia sangat-sangat rindu pada awak.
Rasa futur selalu terjadi pada mereka yang selalu berada di 'zon selesa'. Mungkin awak belum lagi rasa berdepan dengan masyarakat yang dah corrupt dari segi rohaninya. Itu yang membuatkan awak rasa segala ilmu dakwah dan tarbiah yang diperolehi hanya sekadar teori, bukan praktikal. Benar kata sahabat awak, sekali berhenti dari jalan dakwah dan tarbiah, sukar untuk bangkit kembali. Tapi bila dah berada di jalan dakwah dan tarbiah, penat dan cabaran bukan kepalang! Saya sendiri hampir berputus asa, nak berhenti rehat bimbang susah nak bangkit, nak terus berlari terasa semput di dada. Tapi semua tu lah yang menjadikan diri kita sebagai Muslim hebat. Kental peribadi berdepan masalah. Semoga ini jadi ujian dan kekuatan untuk awak terus bangkit berada di medan dakwah dan tarbiah. Wallahua'lam

-maaf bebel panjang-panjang, blogwalking tadi terjumpa entri ni, menarik minat saya untuk muhasabah sama-sama.. :)

random reader said...

Cuba dengar lagu Berjalan Tanpa Henti - devotees