Thursday, March 31, 2011

hati dan akal berbicara tentang cinta







Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

 Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?


Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala...

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!


Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...

Artikel iluvislam.com

Wednesday, March 30, 2011

diskusi kitab siri 3

وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab "Al-Quran" yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad) dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya.)

وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ -اي القرءان

yakni yang diturunkan kepada kamu (Nabi Muhamaad) ialah Al-Qur'an.bukan kitab-kitab simawi yang lain seperti kitab taurat,injil dan zabur.

 وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ-اي التورة والانجيل وغيرهما
apa-apa yang diturunkan sebelum kamu (Nabi Muhammad) iaitu kitab Injil,Taurat dan lain-lain.

أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.

الموصوفون بما ذكر-أُولَٰئِكَ 
mereka itu ditujukan kembali kepada orang-orang beriman yang telah dinyatakan pada tafsir ayat 3 yang lepas.sila klik sini 

عَلَىٰ هُدًى مِنْ رَبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ-الفائزون بالجنة والناجحون من النار
yakni orang-orang yang berjaya dengan syurga dan berjaya dari api neraka

tak banyak yang ana sempat grab dalam ayat 4 dan 5 ni
cuma salah satu yang ana dapat mengenai perkataan اولئك

perasan tak dalam ayat 5 tu perkataan اولئك diulang 2 kali.
persoalan-kenapa perlu ulang?kenapa tak sambung je ayat dengan penggunaan dhomir هم?

jawapan: اولئك diulang sebagai tanda untuk memuliakan orang-orang beriman yang disebutkan tadi.jawapan ini dibuat berdasarkan salah satu kaedah bahasa arab yang dipanggel bab الذكر والحزف

iaitu bab tentang sebutan atau tidak menyebut.

kadangkala sesuatu itu disebutkan untuk memuliakan.tapi kadangkala sesuatu itu disebut untuk menghina.

saya bagi contoh yang tiada dalam Qur'an.
sebagai contoh ada sahabat kita telah mendapat kejayaan.maka kita akan menyebut nama dia untuk memuliakannya.
dan sebutan untuk menghina pula,sebagai contoh kawan kita buat satu lukisan yang tidak cantik.Bila cikgu tanya siapa punya lukisan kita sebut nama dia.ini contoh yang agak mudah.

mana kala dr segi hazaf pula,yakni kita tidak menyebut namanya,adakala tidak sebut kerana perkara itu sudah diketahui umum atau masyhur,tetapi adakala kita tidak sebut kerana ingin menyembunyikan.
wallahua'lam.hari tu ustaz syukri ada ulas lagi pasal باب حزف والذكر 
ni.nanti ana cuba rujuk kembali

p/s-kami tak nampak apa ustaz tulis kat whiteboard da sekarang.sebab ada tirai.nampaknya kemahiran mendengar sangat-sangat diperlukan.


Wednesday, March 23, 2011

program adik-adikku

bismillah
dalam masa manusia tenggelam dengan program-program realiti tv yang kurang mengetengahkan unsur kerohanian
alhamdulillah masih ada stesyen tv yang sudi untuk menyediakan sebuah program yang dapat membina kualiti diri bukan dr sudut menyanyi,berlakon,menari atau apa-apa sahaja yang kononya menarik di kaca mata masyarakat
tapi rancangan realiti tv yang cuba mengasah bakat dan menonjolkan pelapis-pelapis daie untuk masyarkat suatu hari nanti

program adik-adikku
keberadaan ana di luar negara boleh dikira menjadi faktor ana kurang ambil tahu mengenai rancangan-rancangan tv di malaysia
tambahan di malaysia sendiri ana tdk mempunyai tv
alhamdulillah,mujur ada blogger-blogger yang berkongsi
maka ana pun berkesempatan untuk menonton episod suku akhir di laman web ini
http://www.jakim.tv/program/38

hampir-hampir menitis air mata melihat kemampuan adik-adik ini cuba menyampaikan mesej dengan menjentik hati-hati masyarakat
seawal usai 13 tahun sudah mampu berpidato,berinteraksi dengan masyarakat
ana yang baru nak mencapai usia 19 tahun nipun masih terkial-kial untuk menyampaikan dakwah T_T
semoga adik-adik ana seramai 5 orang di rumah turut mampu berusaha untuk membentuk diri bagi menjadi seorang daie suatu hari nanti


wallahua'lam


debat cakna


Bismillah
alhamdulillah diberi kekuatan oleh Allah untuk menyertai salah satu dr program sempena current issues and speaking language week walaupun baru sahaja usai menamatkan fatrah imtihan untuk imtihan awal sem 2 ini
terima kasih kak syairah safiyah sebab memberikan saya peluang untuk menyertai anda

bila bercakap mengenai debat saya akan seringkali teringat kepada kedua-dua guru bahasa arab tinggi saya
ustazaah rasyidah dan ustaz najjah 
merekalah dua individu yang telah berjaya menmbuktikan kepada saya bahawa saya ada potensi untuk diketengahkan
dahulu saya rasa saya seorang yang tidak ada apa-apa
sangat rendah diri apatah lagi apabila hidup dalam komuniti kawan-kawan yang hebat
pemidato,pantun,pendebat.segan saya dibuatnya.

namun langkah pertama saya untuk memenuhi permintaan ustazah dan ustaz saya
 telah memberikan kejayaan kepada saya untuk memecahkan tembok rasa tidak mampu di dalam diri

lupakan sebentar kisah lama saya
panjang pula ceritanya

bercakap menegenai program cakna
cakna merupakan salah satu program orator dengan kerjasama pmk permai
pelbagai program telah disediakan seperti kuiz cakna
penulisan berita-berita dalam 3 bahasa
crossword puzzle
dan debat

alhamdulillah gelanggan perdebatan telah memulakan persidangan malam semalam
sebanyak 4 kumpulan sahaja yang datang untuk bertanding
2 syabab dan 2 akhowat
tidak mengapalah,at least ada penyertaan

jujur saya katakan,program cakna benar2 menguji tahap kecaknaan seseorang terhadap da current issues yang baru berlaku atau seumpamanya
sangat2 menguji kerana program ini dibuat semasa masing2 masih lagi sibuk menghabiskan titisan pena untuk menamtakan imtihan awwal

tajuk perdebatan malam tadi ialah
masalah akademik masalah peribadi penuntut dan
bloggers:duri dalam daging

tidak mahu mengulas panjang
sekadar ingin menyatakan tahniah buat semua pasukan!
terutama pasukan saya
walaupun kita kalah kerana salah konsep perdebatan
kita telah membuktikan kita mampu ke hadapan
credits to kelab orator
banyak kata-kata dari ahli kelab orator yang sampai ke telinga saya yang mengatakan keyakinan mereka meningkat setelah diberikan sedikit perkongsian oleh kak nafeesa dan senior ulyah dalam perjumpaan pertama kelab sebelum ini

insya Allah dewan akan bersidang lagi malam ini
dengan usul:-

OPERASI KETENTERAAN DI TIMUR TENGAH WAJAR DITERUSKAN
dan
DEMOKRASI-MAINAN TANGAN LUAR

di tempat yang sama waktu yang sama
insya Allah semangat yang berbeza lebih baik dr semalam =)

maaf kerana belum berkesemptatan untuk update tentang tafsir jalalain ayat 4 dan 5 atas sebab yang tidak dapat dinyatakan di sini.

Tuesday, March 15, 2011

diskusi kitab siri 2



alhamdulillah
seperti biasa akademi tahfiz az zikr meneruskan program mingguan kami
iftar cinta + diskusi kitab
dengan menu baru,tajuk baru di tempat yang sama dan pada waktu yang sama dan kitab yang sama serta penceramah yang sama.
katanya malam ini ada kelainanan sebab ada kamera,dan ustaz nasihatkan kitorang jangan banyak ketawa sangat sebab banyak ketawa hati mati
kalau boleh banyakkan zuk tyme tafsir ayat2 berkaitan neraka,syurga dan sebagainya
tapi ustaz tetap buat lawak sampai kitorang ketawa terbahak-bahak T_T

alhamdulillah hari ini kami sempat mendengar penerangan dr ustaz syukri ali mengenai tafsir surah al-baqarah ayat satu hingga lima berdasarkan kitab tafsir jalalain
ana cuba kongsikan sedikit apa yang ana dapat


Ayat 1-الم


Penerangan-الله اعلم بمراده
huruf-huruf alif lam mim ini juga dipanggil huruf muqata'ah.
tiada siapa yang tahu maknanya melainkan Allah
ada orang pernah bagi tau yang alif=Allah,Lam=jibril dan mim=Muhammad tetapi sebenanrnya kenyataan itu salah sama sekali.jangan percaya ya tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Ayat 2-ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

maksud: Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa

ذلك-اي هذا  

Penerangan:-

ذلك kalau berdasarkan apa yang kita fahamkan maksudnya itu.tetapi Jalalain telah mentafsirkannya dengan perkataan ini.


persoalan:
 mengapa kita guna kalimah itu?
apakah kerana Al-Qur'an itu jauh atau bagiamana?


Jawapan: 
Itu sebenarnya menunjukkan sesuatu itu penting.


contoh:
kalau kawan kita dekat then kita panggil dia dengan suara yang kuat.Dia bukan jauh pun,tapi kita panggil kuat-kuat sebab nak kasik alert [mcm tulah lebih kurang]

الكتاب-الذي يقرؤه محمد صلى الله عليه وسلم

Penerangan;-

iaitu kitab yang dibaca oleh nabi Muhammad s.a.w.So mestilah Al-Qur'an kan.bukan kitab Taurat atau Injil dan sebagainya.

 لا ريب-لا شق

Penerangan :-

tidak ada keraguan.ayat ini menggunakan kaedah nahu النكرة بعد النفي تفيد العموم/ القصر yang membawa maksud HANYA/LANGSUNG.Maksudnya kitab Al-Qur'an memang langsung tiada keraguan di dalamnya.

فيه-انه من عند الله

Penerangan: bermaksud-ianya daripada Allah

هدى-اي هاد

Penerangan:-

هدى-sebenarnya adalah masdar [kata terbitan] yang membawa maksud fa'il [pelaku].Maksudnya Al-Qur'an bersifat memberikan petunjuk.

للمتقين-الصائرين الى التقوى بامتثال اوامره واجتناب اانواهي لاتقائهمبذالك النار


Penerangan:-


untuk orang-orang yang bertakwa-yakni orang yang istiqamah kepada takwa dengan mengamalkan perintah Allah dan menjauhi larangan Allah kerana takut akan api neraka.


Ayat 3-الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

maksud-Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

الذين يؤمنون-يصدقون


Penerangan- يصدقون  bermaksud membenarkan.t


Persoalan:


mengapa Jalalain mentafsirkan sendiri definisi orang-orang beriman dengan maksud yang membenarkan?


Jawapan:


sebenarnya Jalalain menggunakan kaedah yang diberi nama لولا حيثيات لبطلت الحكمة yang bermaksud "kalaulah tidak dari satu sudut atau satu segi nescaya terbatallah hikmah [kebijaksanaan]. 


Penjelasan:


Actually kaedah ini boleh juga menjadi prinsip hidup tuan-tuan dan puan-puan sekalian ya di mana dalam hidup kita mestilah memandang setiap benda dari beberapa sudut.Bukan sudut negative sahaja tapi crk jugak sudut2 yang negatif.Sebagai contoh musibah.Bagi orang yang mempunyai pemikiran yang cetek atau sudut pandang yang terhad,pasti dia hanya akan melihat musibah sebagai satu bala,bencana dan kesengsaraan.sedangkan orang yang memandang musibah dengan pelbagai sudut dia akan merasakan bahawa musibah adalah satu bentuk ujian,hadiah dr Allah sebagai peringatan buat diri yang lalai dan untuk meningkatkan lagi iman.jelas?


Macam tu la jugak Jalalain menafsirkan ayat الذين يؤمنون dengan perkataan يصدقون.Hal ini demikian kerana Jalalain memandang melalui sudut definisi iman.Apa dia maksud iman tuan-tuan dan puan-puan sekalian.Dalam versi bahasa arab iman bermaksud 

التصديق بالجنان,واكرار باللسان,وعمل بالاركان.

Dalam versi bahasa melayu pulak membenarkan dengan hati,melafazkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota badan.Kenapa pakai kalimah يصدقون sahaja sedangkan definisi iman tadi ada kalimah اكرار  dan عمل.Hal ini demikian kerana merujuk kepada kalimah seterusnya ialah kalimah  بِالْغَيْبِ.Yakni perkara-perkara ghaib.Perkara-perkara ghaib [menda yang tak nampak ]hanya boleh dipercayai dengan iman bukan dengan kata-kata atau perbuatan.wallahua'lam

 بِالْغَيْبِ- بما غاب عنهم من البعث والجنة والنار


Penerangan-apa-apa  yang ghaib dari mereka [orang-orang beriman] daripada hari kebangkitan,syurga dan neraka.



يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ-ياتون بها بحقوق

ana tak dapat sangat part ni.Yang ana faham ustaz ada kongsikan beza perkataan قام dan اقام.
قام bermksud berdiri dan اقام  bermaksud mendirikan.Sangat berbeza makna orang yang solat dan mendirikan solat.orang yang solat,solat seperti biasa,a'di kata orang arab.manakala orang yang mendirikan solat dia sentiasa menjaga solatnya sejak dari cara beristinjaknya,cara wudhuknya,duduk dekat tempat soalan setengah jam sebelum solat,baca qur'an dan masa solat jaga rukun dan syarat-syarat sah solatnya dan juga jaga khusyuk.Agak-agak kita tergolong ke dalam golongan orang yang يقيمون الصلاة yang ALLAH sebutkan tu ye?erk,tepuk dada tanya iman.

selingan-macam tula jugak kalau kita nak dapat anak yang baik-baik.Ustaz cerita Dr.Mahmud Kholidi pernah bertanya apakah langkah pertama untuk mendidik anak.Ada yang sebut azankan kat telinga la bagai.Tapi Dr.Mahmud Kholidi kata jawapan sebenarnya ialah pilihkan mak untuk anak dia.Nampak tak mcm mana kita nak buat persiapan untuk dapatkan yang terbaik kena mula dr awal-awal lagi.

ومما رزقنهمم-اعطيناهم

Penerangan-apa yang diberikan Allah kepada mereka.

 ينفقون-في طاعة الله


Penerangan-menginfakkan- yakni menginfakkan [membelanjakan ke jalan Allah]


ayat 4 dan 5 insya Allah ana sambung bila ada kesempatan.3 ayat pun da banyak kita boleh explore kan.Sangat menarik Al-Qur'an ni.










Ibrah dari diskusi kitab dan iftar cinta az-zikr


alhamdulillah sangat banyak ibrah yang kami peroleh semalam dari ustaz

antaranya:-

1.Kaedah لولا حيثيات لبطلات الحكمة tu actually mengajar kita untuk menjadi seorang yang optimis.Setiap masalah kita pandang dr sudut yang berbeza.Ana banyak kali pernah rasa teruji dengan pelbagai benda.Tapi alhamdulillah jika kita gunakan mata hati kita tak pernah rasa ujian itu menyusahkan tapi actually ujian itu hadiah dan peringatan.Al-maklumlah,manusia itukan pelupa.Kata ustaz syukri semalam kita hafal SEDIKIT,tapi lupa BANYAK.Kalau yang sikit kita hafal tu pun terlupa tak taulah nak cakap apa dah.

Selain itu kita juga boleh guna kaedah itu untuk hubungan sesama manusia.Kalau kita sedang berkawan atau berkenalan atau bersahabat atau apa-apa sahajalah,jangan la pandang manusia tu dari satu sudut sahaja.Kalau dia baik jangan pandang dia dari sisi atau sudut malaikat.Sebab bimbang nanti silap sikit je kita dah tak boleh nak terima.Dia pun manusia biasa,lupa.

2.Ustaz ada pesan jangan belajar kerana exam.Tapi examlah kerana nak belajar.Yep,exam banyak ajar kita banya benda.Belajar untuk hargai masa,belajar untuk manage masa,belajar untuk belajar smart,belajar untuk tolong kawan-kawan,belajar untuk berkorban,belajar untuk kuat dan sebagainya.Dan paling penting belajar untuk menjadi hamba.Sebab tyme2 exam nila kita semangat doa atas sejadah lama-lam.Qiam tak tinggal dan sebagainya.Sama-samalah kita doa supaya Allah kekalkan semangat yang ada masa fatrah exam ni untuk selama-lamanya dalam hidup kita.

3.Selain itu ustaz ada jugak share satu syair berbunyi:-

حيثما تستقم يقدر الله نجاحا

Maksud-selagi mana kamu berterusan Allah akan mentakdirkan kamu dengan kejayaan.
Macam dalam belaja,kalau kita berterusan study mantain,Insya Allah,kejayaan milik kita.


p/s-kawan-kawan mesir saya otw nak pulang ke mesir.Selamat menyambung semula pengajian kawan-kawan ^^.


Thursday, March 10, 2011

HARI INI MILIK ANDA- Dr Aidh Al Qarni "La tahzan"


ok.ana da jumpe da video tu.
enjoy it!

kelas az~zikr-sesi menghabiskan juz 2



bismillah
alhamdulilah dapat menghabiskan juz 2 semalam
tupun x lancar sangat
jeles biller dengar syabab gen 6 dalama habis juz 2
ana masih la terkapai-kapai nak habeskan
xpe2,...yang penting kualiti bukan kuantiti

lepas habis menghafal semalam
tok guru kak munirah share kan lagu ni
and satu video motivasi ni
tapi ana x dapat nak share sekali video motivasi tu sebab tak ingat tajuk dia

cuma nak kongsi mesej yang dia sampaikan
HARI INI ADALAH HARIMU
satu ayat yang perlu ada dalam kamus hidup kita
hari2 yang kita peroleh adalah hari kita
maka setiap hari ,perbaharuilah niat dan azam
buat semua benda bersungguh-sungguh
sebab hari ini adalah hari kita
mungkin esok tiada lagi
semalam yang da berlalu anggapkanlah ia umpama matahari yang terbenam dan tidak akan datang-datang lagi kecuali terbit pada hari yang baru
disebabkan hari ini adalah hari kita
hargailah,buat semua benda bersungguh-sungguh,anggap esok tiada
dan hari ini sahajalah peluang kita nak upgrade ibadah,top up iman,blaja sungguh2,buat baik kat semua orang.betul tak?

pasal lagu sami yusuf tu

know I’m waiting
Waiting for something
Something to happen to me
But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free
And try renung sebentar surah maryam ni



1.Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad
2. (Ini ialah) perihal limpahan rahmat Tuhanmu (wahai Muhammad), kepada hambaNya Zakaria.
3. (Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan.
4. Dia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang-tulangku dan telah putih melepaklah uban kepalaku dan aku wahai Tuhanku tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.
5. Dan sesungguhnya aku merasa bimbang akan kecuaian kaum kerabatku menyempurnakan tugas-tugas agama sepeninggalanku dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.
6. Yang layak mewarisi daku, juga mewarisi keluarga Nabi Yaakub dan jadikanlah dia wahai Tuhanku seorang yang diredhai serta disukai.
7. (Nabi Zakaria diseru setelah dikabulkan doanya):Wahai Zakaria! Sesungguhnya Kami memberikan khabar yang menggembirakanmu dengan mengurniakan seorang anak lelaki bernama Yahya, yang kami tidak pernah jadikan sebelum itu, seorangpun yang senama dengannya.
8. Nabi Zakaria bertanya: Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?
9. Penyeru itu menjawab: Demikian keadaannya janganlah dihairankan; Tuhanmu berfirman; Hal itu mudah bagiKu kerana sesungguhnya Aku telah menciptakanmu dahulu, sedang engkau pada masa itu belum ada sebarang apapun.






berdasarkan  petikan dari lirik
kalau aplikasi dalam kelas hafazan samalah
nak jadi hafizah,nak hafal 30 juz banyak cabaran kan?
so kita kena banyak doa supaya Allah kuatkan kita
insya Allah,kita doa sikit Allah beri lebih
macam kisah nabi Zakaria dalam surah maryam


see.Nabi Zakaria minta kat Allah agar diberikan zuriat
Allah bagi masa nabi dah berusia,tapi Allah bagi lebih dari yang nabi Zakaria expect
di mana zuriat yang dikurniakan telah dilantik untuk menjadi nabi
subhanallah.masya Allah.

enjoy the song ^^.

p/s-hari-hari mula merasakan hikmah atas apa yang telah berlaku pada diri.sejengkal kita mencintai Allah,sedepa Allah meyambut cinta kita.semoga tetap thabat ^^.

Wednesday, March 9, 2011

Pasaran Modal Islam dan Sukuk

Bismillah
sedikit perkongsian daripada pembentangan kertas kerja semasa seminar kewangan yang lalu
Pasaran Modal Islam dan Suku dibentangkan Oleh : Ustaz Ahmad Jamil bin Jaafar [Masters of Shariah,Yarmouk University]

Dalam ekonomi sebenanya ada dua jenis pasaran modal:-


  • Pasaran modal Islam
  • Pasaran modal konvensional
Definisi Pasaran Modal Islam:-

Pasaran untuk aset kewangan jangka masa panjang dan jangka sederhana yang menepati syariah

Fungsi Pasaran Modal Islam:-

  • Memberi bantuan ekonomi 
  • Penyediaan modal
Perbezaan Pasaran modal Islam dan Pasaran konvensional:-

Bebas unsur riba,penipuan dan judi

Kepentingan Pasaran Modal Islam:-

  • Menjamin kekuatan ekonomi
  • sebagai salah satu alternatif pelaburan
  • pelengkap kepada bank  takaful
SUKUK
Definisi:-nama untuk sijil kewangan namun pada umumnya merujuk kepada bon yang halal di sisi Islam.Yakni ianya merupakan satu bukti pemilikan ke atas aset atau projek atau kegiatan pelaburan tertentu

Beza SAHAM dan SUKUK

saham:pemilikan syarikat
sukuk:pemilikan projek

Contoh-contoh sukuk:-

Sukuk ijarah
Sukuk Mudharabah

Unsur-unsur sukuk:-

  • Syarikat
  • SPV
  • Pelabur
  • Portfolio tasyrik
Syarat-syarat sukuk:-

  • Jenis aset halal di sisi Islam
  • nilai aset sama dengan nilai ekuiti syarikat
  • sukuk berlandaskan kaedah syariah
SPV:-

  • Merupakan medium perantaraan antara syarikat dan pelabur untuk menerbitkan sukuk
  • Orang tengah
  • Ditubuhkan sebagai syarikat baru yang bebas dari sebarang hutang untuk menambahkan keyakinan kepada pelabur melabur dalam projek syarikat
  • Jaga kemaslahatn pelabur kerana bimbang syarikat utama mengalami muflis

Insya Allah kenyataan di atas hanya gambaran ringkas
ana akan cuba sampaikan lebih detail nanti,biiznillah =)