Jikalau baris-baris kata yang menjadi manifestasinya,belum tentu ia akan ditatap dan diamal oleh pembacanya,
Boleh jadi ayat-ayat tersusun hasil rentak jari –jemari di atas papan kekunci hanya tinggal ayat-ayat yang tersusun rapi dalam arkib ruang maya,tanpa menghasilkan pahala berganda buat penyampainya
Jikalau foto-foto yang memanifestasikan 1001 bahasa dari permusafiran itu,belum tentu mampu tergambar segunung fikrah dan ilmu serta Tarbiyah yang diperoleh dari Negara itu
Allah,aku impikan buah amal yang dapat mempraktiskan makna mujahadah yang aku peroleh dari kata-kata seorang akhowat di Masjid itu,
Allah,aku dambakan buah amal yang dapat membuktikan Tajarrud diri ini hanya untukmu,Menanggalkan ideology-ideologi jahiliyyah,biar fikrah islam kita menjadi laksana darah,memberi nutrisi dan membersih jiwa
Allah,aku harapkan buah amal yang dapat mendorong aku untuk istiqamah dengan tarbiyah Dzatiyah.Kerana tarbiyah usrah hanya mampu menunjuk jalan ke arah pintu itu,dan akulah yang memegang kunci dan membukanya sendiri
Tarbiyah Dzatiyah yang menjadi rahsia thabat di jalan ini,Tarbiyah Dzatiyah yang syumul merangkumi aspek Ruhiy,Maidaniyah,Harakiah,Maliyah dan fikri
Tarbiyah Dzatiyah yang terus memastikan diri ini terus teguh berdiri,kerana murabbi kita juga manusia biasa,mungkin terleka seketika,futur di saat menghadapi ujian-Nya,kekangan masa yang hanya 24 jam tidak ubah sama seperti masa-masa yang kita ada
Allah,aku pohonkan kemurniaan niat yang suci dan ikhlas dalam menapaki jalan dakwah ini
Biar rasa izzah itu menjadi bukti,mengapa aku terus berjalan di jalan dakwah dan tarbiyah ini
Allah,aku mahukan buah amal yang dapat membina sebuah rumah islam yang menepati perintah-Mu,
“Dan Kami wahyukan kepada Musa dan saudaranya,”Ambillah beberapa rumah di Mesir untuk [tempat tinggal] kaummau,dan jadikanlah rumah-rumahmu itu tempat ibadah,dan laksakanlah salat serta gembirakanlah orang-orang mukmin” [10:87]
Aku tidak mahu sebuah tempat teduh yang persis sarang labah-labah,lemah,saling memakan diri antara pasangannya,penghuninya ramai bersepah di sekitar benang-benang halus terbentuk itu,lalu jadilah sarang labah-labah porak-peranda kerana penghuninya sendiri
Semoga rumah yang kami binakan itu,mampu menjadi rumah yang berdiri atas dasar Taqwa,masing-masing bersedia dinasihati,menasihati untuk berubah,masing-masing berusaha menghidupkan roh-roh dengan sunnah Rasulullah dan ketaatan total kepada Allah.
Allah,aku inginkan buah amal untuk menjadi dalam kalangan orang terasing itu,Yang tetap mentauhidkanMu dalam celah-celah manusia yang tanpa sedar mensyirikkan mu dengan berhala-berhala moden jahiliyyah dan hedonisma
Aku ingin menjadi orang terasing itu,yang tetap setia menapaki sunah Rasulullah dari sekecil-kecil senyuman yang bisa membina Tamadun Dunia,sehinggalah Dakwah dan Tarbiyah yang bisa mengubah manusia penghuni bumi seluruhnya
Aku ingin menjadi orang terasing itu,yang tetap sabar walau diuji dengan ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa,buah-buahan dan sebgainya
kerana aku yakin dengan FirmanMu bahawa kesabaran tanpa batas itu akan digantikan dengan pahala yang disempurnakan tanpa batas.
“Hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas” [39:10]
Aku ingin menjadi orang terasing itu,yang menyayangi satu sama lain,dalam sibuk manusia mementingkan diri sendiri mengejar dunia tanpa henti,Kerna aku tahu telah Engkau Nyatakan dalam kitab mukjizat itu,aku dan muslim-muslim itu bersaudara
Allah,Alhamdulillah,segala puji-puji hanya untukMu,terima kasih untuk Jaulah sarat tarbiyah itu,Meski mencabar kerana terkadang leka dengan dunia yang sentiasa memukau mata,namun banyak yang aku peroleh
Pengalaman baru,seorang Harun yang menguatkan aku dengan adanya dia,yang menjadi pembantu dalam urusanku,mengingatkan aku agar banyak bertasbih kepada Mu
Sebuah ukhuwaah yang indah untuk disenandungkan,satu kekuatan buat bekalan meneruskan perjalanan,sebuah pertemuan dan peperpisahan yang moga-moga kerana-Mu, agar layaklah kami tergolong dalam golongan orang-orang yang memperoleh naunganMu pada hari tiada lagi naungan
Semoga cinta yang diperoleh dari Bumi Dublin dan UK itu kekal tersemai di dalam kalbu,buat jadi peniup
semangat berlari menjadi insan baru,membawa panji-panji agama-Mu dalam menggapai redha untuk ke Jannah Firdausi itu.
Allahumma solli 3la Muhammad,salam mauled Nabi,manifestasikan cinta kita pada kekasih Illahi,dengan meneruskan rantaian dakwah ini.
wallahua’lam
2 comments:
Allahu Allah. Sangat terkesan dengan doa itu. Walau siapa pun saya. Doakan supaya dakwah itu terus jadi genggaman bersalut tarbiyyah.
sayangku ali,pergi dublin ker? saye juga ;)
Post a Comment