Sunday, November 20, 2011

Dah prepare dah?

"Wei,exam biller eh" salah seorang akhowat melontarkan soalan di dalam kelas itu.memecahkan kesunyian kelas yang sejak tadi pelajar-pelajarnya sibuk menelaah buku untuk menghadapi SPM beberapa hari sahaja lagi dari sekarang.

"Lagi seminggu kan?"

"Eh,bukan sebulan lagi ke?"

"seminggu la wei.Ade ke sebulan.Hallo,ko set time n date kan phone betul tak ni?"

"Korang ni,tak kesa la biller SPM tu.Yang penting preparation kite ni da cukup ke belum?Kowt2 la SPM esok,da prepare ke?"

"Haish ko ni,kalau esok SPM mau mati kutu aku dibuatnya.Alat tulis pun takde,slip exam pun ntah mana aku letak,latihan2 addmath pun tak habis buat.Jumpa cikgu pun belum.Serabut la wei"

"So that sediakan semua preparation tu sekarang.Alat tulis,buat latih tubi,jumpe cikgu,jaga kesihatan dan pemakanan,banyyakan qiam tahajjud dan lain-lain"

"Untungla kita ni budak2 KL.Semua kemudahan untuk menghadapi pepriksaan kita dah ada.Tinggal nak manfaatkan untuk tempuh exam besar ni je "

**********************************************************************************

Anda tahu ada suatu hari yang lebih  besar drpd peperiksaan UPSR,SPM,PMR imtihan jamiah dan lain-lain?
Ya,Hari qiamat yang suatu masa dahulu menjadi topik persoalan dan percanggahan antara orang kafir?
Lalu apakah jawaban Allah kepada mereka tentang hari ini?
Allah tidak menjawabnya direct melainkan Allah mulakan jawapan-Nya dengan menyebut kembali nikmat-nikmat-Nya yang tak terkira untuk SEMUA makhluk di muka bumi ini?

Tentang apakah mereka bertanya-tanya? (1) Tentang berita yang besar, (berita kebangkitan manusia hidup semula menerima balasannya). (2) Yang mereka (ragu-ragu dan) berselisihan mengenainya. (3) Jangan! (Janganlah mereka bersikap demikian!) Mereka akan mengetahui (dengan yakin tentang kebenaran hari balasan itu). (4) Sekali lagi jangan! (Janganlah mereka berselisihan!) Mereka akan mengetahui kelak (tentang apa yang akan menimpa mereka). (5) (Mengapa kamu ragu-ragukan kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang telah mati?) Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan? (6) Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya? (7) Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang? (8) Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat? (9) Dan Kami telah menjadikan malam (dengan gelapnya) sebagai pakaian (yang melindungi)? (10) Dan Kami telah menjadikan siang (dengan cahaya terangnya) masa untuk mencari rezeki? (11) Dan Kami telah membina di atas kamu tujuh petala (langit) yang kuat kukuh? (12) Dan Kami telah mengadakan matahari menjadi lampu yang terang-benderang cahayanya? (13) Dan Kami telah menurunkan dari awan, air (hujan) yang mencurah-curah. (14) Untuk Kami mengeluarkan dengan air itu, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan. (15) Serta kebun-kebun yang subur bertaut-taut pokoknya? (16) 

Terlalu banyakkan nikmat Allah yang bukan kita sahaja dapat kecapi
Tapi semua orang tidak kira yang miskin atau kata,tua atau muda,tajaan JAIS atau JPA
Banyak nikmat yang kita kongsikan bersama tapi untuk apa
melainkan untuk dimanfaatkan dan digunakan seoptimum mungkin dalam menghadapi Hari besar itu yakni Hari Qiamat
Jadi,sama-sama kita muhasabah,dah prepare dah? 

Saturday, November 19, 2011

Cerpen : Melepaskan dia untuk DIA | Akhir

Adila menarik nafas panjang sebelum memulakan perkongsian semula daurah yang diterimanya minggu lepas

"Adila cuba share apa yang Dila faham jela ye kak ? "

"Berdasarkan daurah hari itu,Adila faham yang Lafaz syahadah tu bukan suatu lafaz yang hanya boleh dipandang enteng.Itulah lafaz yang menjadi kunci seseorang masuk islam.Tetapi kita yang sudah lahir secara islam ini,inilah kunci kita untuk membuka pintu syurga nanti jika kita faham dan laksanakan apa yang terkandung di sebalik lafaz La Ila Ha Illa Allah"

ukht di hadapan menumpukan sepenuh perhatian kepada Adila.

"Apa yang terkandung di sebalik lafaz La ila Ha Illa Allah ya Adila? "
Soalan dilontarkan oleh ukht yang membuatkan Adila terasa seolah-olah sedang dipyscho .Tanda penerangan Adila mendapat perhatian.

"Lafaz La Ilah,La itu adalah huruf nafi dan Ilah adalah manfi [apa yang kita nafikan].So berdasarkan ayat ini,terhasillah suatu konsep yang dinamakan konsep bara' [berlepas]

Apa yang kita lepaskan adalah semua benda,jahiliyyah,maksiat,hiburan dan apa-apa yang selama ini seolah-olah telah menjadi tuhan kita

Bila kita tinggalkan sesuatu,kita berlepas darinya,for sure la kita akan INGKAR [KUFUR] kepada menda tu kan kak?Contoh bila kawan ajak kita tengok wayang selepas kita sudah faham konsep bara' ni,mustahil la kita akan TAAT untuk menurut kehendaknya.

Selain tu,kalau kita da x nak ngan menda tu,kita pasti akan meMUSUHI menda yang kita dah lepaskan tu.Macam Adila jugakla.Dulu sakan bercinta.Tapi lepas da dapat sentuhan tarbiyah dan sejak clash dulu,rasa mcm semua lelaki da jadi musuh.ehe.

Adila tersengih,pipi merona merah.Malu menceritakan kisah jahiliyyahnya.

"Eh,janganlah sampai semua lelaki jadi musuh.Macam mana nak buat BM nanti?"

Ukht itu mengusik.

"Eh takdelah mcm tu kak.Yakni,syabab-syabab yang cuba mendekati dengan cara yang tak syari3 tu,toksah pikir dua tiga kali,adila da x kan layan da mcm mana adila berkawan dengan laki dulu-dulu"

Ukht itu tersenyum.Betapa hebatnya jahiliyyah telah mengubah seseorang.

"Adila teruskan eh akak.Next bila kita dah berlepas dengan sesuatu yang kita cintai dan menjadi sembahan kita dulu,kita akan pisahkan dia terus dari hidup kita dan akan benci sangat-sangat kat menda tu.Memang sangat signifikan dan tak boleh lari la dengan apa yang Adila da alami baru-baru ni.Lepas clash dan tau kapel tu jahiliyyah,memang benci gilller la kak ikhtilat-ikhtilat ni.Tak kesa la ikhtilat siber ke,apatah lagi ikhtilat alam sebenar.Sensitif ok"

Ya,Ukt itu perasan.Adila yang dahulunya sangat mudah didekati oleh syabab-syabab kacak di luar sana,hari ini selepas sentuhan tarbiyah itu,Adilalah kuntuman mawar yang paling susah untuk didekati.Dan dia jugalah yang sangat sensitif dengan keadaan mahasiswi di universiti J yang makin hari masalah ikhtilatnya semakin melampau.Tiada etika dalam pergaulan.Bahan picisan menjadi topik perbualan.Semua ini merunsingkan pemikiran Adila.

"Lepas La Ilah,Illa Allah kan Adila?Apa pulak maskdunya yang Adila faham?"

Ukht itu bertanya lagi.Cuba untuk menilai kefahaman mutarabbinya itu.

"Illa Allah pula,kalimah Illa tu adawatul Ithbat dan Allah tu apa yang kita ithbatkan [tetapkan].Dan dari dua kalimah ini pula terhasilnya konsep wala' [setia].

Akak taukan apa mcm mana seseorang yang sangat setia dengan orang yang dicintainya?Bila kita da pilih untuk setia pada orang tu,kita mesti akan TAAT ke dia.Tengok jela muda-mudi zaman sekarang.Bajet nak buktikan kesetian la konon.Bila diajak untuk membuktikan kesetiaan melalui hubungan seks bebas,RELA dan REDHA je untuk menjual tubuh.Nauzubillah"

Ya,masyarakat makin tenat.Hari-hari isu zina,buang bayi,seksa manusia,dan macam-macam berlaku.Itulah kesan lantaran terlupa matlamat hidup dan siapakah yang selayaknya menjadi puncak kecintaan setiap manusia di dunia ini.Adila meneruskan perkongsiannya lagi.

"Dan bila kita setia kat seseorang itu,kita mesti akan sentiasa ingin menjadi penolongnya.Bila kita sayang Allah,kita sangat-sangat ingin menjadi salah seorang yang akan mendukung agama Allah.Kitalah Ansorullah"

Ukht itu tersentuh.Sekilas teringat saat-saat di sekolah yang dahulu menjadi medan untuk memimpin ratusan pelajar yang banyak ragam.Menjadi seorang pengawas sekolah dalam menegakkan yang hak bukanlah sesuatu yang mudah,apatah lagi mengislah pelajar-pelajar sekolah yang punya latar belakang yang berbeza-beza melalui medium usrah dalam.Dan lafaz 'Nahnu Ansorullah' la yang menjadi motivasi saat barisan kepimpinan terasa jatuh,futur dan letih.

"Bila kita sayangkan seseorang mestilah kita nak dekat dengan orang tukan kak?Nak mesej selalu,chatting 24 hours.Macam tula bila kita jadi hamba Allah yang setia.Kita nak Allah selalu dekat dengan kita.Dan sebenarnya Allah sangat dekat dengan kita kan kak.Macam dalam surat cintaNya,Dia kata :-

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. "
Tiba-tiba air mata ukht itu menitik.Bergetar hatinya mendengarkan bacaan ayat Al-Qur'an itu.Allah itu sangat dekat dan Dia sangat mahu hambaNya tahu tiada perantara antara Dia dan hamba-Nya.Melalui kalamNya yang menakjubkan,apabila ada ayat-ayat berkisar persoalan seperti

 يسئلونك مَاذَا يُنفِقُونَ‌ۖ قُلۡ مَآ أَنفَقۡتُم مِّنۡ خَيۡرٍ۬ فَلِلۡوَٲلِدَيۡنِ وَٱلۡأَقۡرَبِينَ وَٱلۡيَتَـٰمَىٰ وَٱلۡمَسَـٰكِينِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِ‌ۗ

atau pun

 يسئلونك عَنِ ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِ‌ۖ قُلۡ فِيهِمَآ إِثۡمٌ۬ ڪَبِيرٌ۬ وَمَنَـٰفِعُ لِلنَّاسِ وَإِثۡمُهُمَآ أَڪۡبَرُ مِن نَّفۡعِهِمَا‌ۗ 
[2:186]
dan banyak lagi ayat-ayat pertanyaan dalam Al-Qur'an,pasti dipisahkan oleh kalimah قل.Sedangkan bila ditanya tentang diri-Nya,Allah lantas menjawab tanpa dipisah dengan mana-mana lafaz lain.

 وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ

Apatah lagi dalam doa hari-harian juga,Allah mengajar kita untuk menyebut اللهم  bukan يا الله.kerana Allah ingin agar hamba-Nya terus menyebut nama-Nya tanpa dipisahkan dengan mana-mana lafaz lain.Indah bukan?

"Kak Ainul,akak ok ke?"

Adila bertanya, melihat air mata mengalir membasahi pipi murabbinya itu.

"Eh,ok je.Akak cuma terkesan dengan ayat tadi.Adila teruskan la "

Adila meneruskan.Katanya,yang terakhir,bila kita setia pada seseorang,sudah tentu kita sangat-sangat mencintai orang tersebut.Begitulah dengan Allah.Konsep setia yang terhasil dari kalamah syahadah telah menumbuhkan kecintaan kepada Dia sehingga tegar melepaskan dia. yang mana cinta itu akan pula membina sebuah keikhlasan dalam mentaati Allah.

Itu baru lafaz syahadah pertama.Dan bukankah lafaz syahadah yang kedua pula ialah Muhammad Rasulullah?
Maka berapa ramai yang mengertikan dan menghayati makna lafaz syahadatain yang kedua ini?
Berapa ramai antara kita yang bersaksi atas kebenaran risalah yang dibawa Rasulullah .

"Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). "[22:78]"

Rasulullah diutus menjadi pembawa kebenaran,dan memberi keterangan kepada  supaya kita  juga suatu hari nanti akan melakukan perkara sunnah terbesar Rasulullah kepada orang lain.Namun berapa ramaikah yang memikirkannya?

Cukupkah sekadar mencontohi Rasulullah dengan menyedekahkan senyuman?
Cukupkah sekadar melaksanakan sunnah Rasulullah dengan mengumpul janggut sejemput di dagu
tanpa pernah memikirkan bahawa sunnah terbesar baginda adalah menyampaikan dakwah kepada orang-orang-orang di luar sana?

Fikirkanlah.Dan bukanlah tujuan kita diciptakan di muka bumi ini melainkan untuk menjadi Abid dan khalifah-Nya.

wallahua'lam

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi." [2:30]


Cerpen : Melepaskan dia untuk DIA



asap kelabu berkepul-kepul di awanan.Kelihatan sesusuk tubuh sedang duduk termenenung di hadapan unggunan api yang sedang menjilat kepingan kertas-kertas putih.Adila mengalirkan air mata.Merenung surat-surat cinta yang pernah dia terima semasa zaman jahiliyyahnya yang pekat dahulu.sepekat asap kelabu yang berada di hadapannya.Asap yang meyakitkan mata menyesakkan nafas orang-orang di sekelilingnya.Hari ini,surat-surat cinta yang pernah melakarkan episod jahiliyyahnya dibakar satu-persatu.Sayonara jahiliyyah yang selama ini membelengu diri aku!Getus hati kecil Adila.

Ya,Adila tidak dapat menafikan,betapa indahnya saat menikmati cinta manusia yang dirasakan mampu membahagiakan.KESETIAAN sepenuhnya diberikan buat dia yang dicintai.Bila diajak keluar berdating melepaskan rindu,Adila turutkan dengan rasa TAAT demi CINTA untuk si dia.Bila diminta melakukan sesuatu untuk MEMBANTU si dia sekalipun mungkin permintaan itu kurang logik untuk diterima akal,Adila REDHA untuk memBANTUnya.

Adat orang bercinta.Masakan bisa Adila berenggang dengan si dia.setiap saat mahu terus DEKAT.tidak cukup sekadar melepaskan rindu melalui skype,sms,fb,dan chatting,dating setiap minggu sebolehnya diusahakan.Cinta yang membinasakan.Hasil godaan nafsu dan syaitan.Keindahan yang dibuat-buat mengaburi mata seorang pencinta buta.

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). (3:14)"

Namun,hari itu telah mengubah segalanya
saat Adila diberikan sentuhan tarbiyah oleh seorang akhowat yang faham akan matlamat hidup sebagai abid dan khalifah
Adila menjumpai sesuatu yang telah menukarkan dirinya 180 darjah

 "Assalamualaikum awak,kita clash ya?"
Berat mengenangkan mesej terakhir yang diberikan kepada insan yang pernah menjadi sanjungan,pujaan hati,pengarang jantung
namun,sentuhan tarbiyah menyedarkan hakikatnya,insan itulah yang membunuh jantung yang menghidupkan dirinya berlandaskan keimanan
Dan sejak hari itu,Adila melepaskan seorang lelaki yang pernah dicintainya separuh mati
Tiada lagi istilah untuk taat kepada lelaki yang bukan miliknya
kenangan Jahiliyyah itu kini menjadi MUSUH ketat buat adila
Pantang bila ada lelaki lain cuba masuk jarum,Adila pasti akan menjauhi tanpa berfikir dua kali


 "Adila....."
Tiba-tiba belakang badan adila disentuh oleh tangan putih yang mulus lagi bersih.Adila menoleh sambil berusaha mengelap air mata yang bercucuran jatuh ke pipi.


"Kak Ainul........" 
Mata yang basah tadi seolah-olah bersinar melihat susuk tubuh di hadapannya.seorang ukht,seorang murabbi,seorang yang telah menjadi wasilah menyampaikan keindahan di sebalik lafaz agung yang diucapkan olehnya saban hari.

Lafaz Syahadatain.لا اله ال الله, محمد رسول الله"

"Adila teringat kenangan dulu ya?"
Ukht itu bersuara,berusaha menghilangkan duka di hati Adila
Adila hanya mampu mengangguk kecil

"Akak,terima kasih untuk tarbiyah ini.Terima kasih untuk bulatan gembira ini.Terima kasih untuk daurah hari itu.Adila baru tahu betapa indahnya makna di sebalik lafaz agung لا اله ال الله محمد رسول الله.patutlah mengucap dua kalimah syahadah tu letak number satu dalam rukun islam  kan kak?Selama ini Adila ingat,ianya semudah mengucap tanpa sebarang pelaksanaan.Rupanya di sebalik lafaz agung ini terkandung 1001 rahsia yang tidak semua orang tahukan kak?"

Terasuk dengan daurah yang Adila dapat sepanjang percutiannya minggu lepas.Lantas segera meluahkan.

"Masya Allah alaik,hebatnya tarbiyah merasuk awak.Share la siket kefahaman Adila dengan akak"
Ukht yang sentiasa murah dengan senyuman,memberikan respon.

Bersambung.....................





Thursday, November 10, 2011

Baling selipar | Pemuda dan perubahan

"(Lalu dikatakan kepada mereka setelah ditimpakan dengan azab seksa): Balasan buruk yang demikian ini disebabkan kamu dahulu bersukaria di muka bumi dengan cara yang salah (pada hukum Tuhan) dan disebabkan kamu bersenang lenang dan bermegah-megah dengan berleluasa (dalam maksiat).  Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam kekallah kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah Neraka Jahanam. (40 :75-76)"
bismillah
alhamdulillah,diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas dalam atmosfera dakwah dan tarbiyah
diberi peluang oleh Allah untuk mengecapi nikmat kubra sebagai khairu ummah
Bukan mudah menjadi hamba yang bersyukur berbanding hamba yang bersabar
bersabar ada saatnya untuk dieskpresikan tatkala kita teruji
tetapi bersyukur,setiap masa kita dilimpahi nikmat dariNya
namun sejauh mana kita mampu mengekpresikan kesyukuran kita terhadap nikmat yang Allah beri?

Anda pernah bermain baling selipar?
suatu permainan tradisional yang melibatkan 2 team
satu team akan membina selipar yang telah mereka jatuhkan dan satu team lagi akan menyerang team yang cuba membina semula binaan selipar mereka yang telah mereka jatuhkan sendiri



Dahulu. kita bermain permainan ini semasa zaman kanak-kanak
yang kita dapat hanyalah sekadar bersuka ria
tetapi,pernahkah anda tahu ibrah [pengajaran] di sebalik permainan tradisional ini
Tersentuh dan terkesan melihat sahabat-sahabat yang sudah remaja,punyai hammasah yang tinggi bermain permianan ini dengan begitu bersemangat
strategi diatur dengan teliti,besungguh-sungguh membina dan pihak lawan bersungguh-sungguh menghalang usaha pembinaan semula selipar

kalau kanak-kanak adakah sesungguh ini kita bermain?
silap hari bulan ada yang menangis apabila terkena rejaman selipar dari pihak lawan
bagaimana pula kalau permainan ini dianggotai oleh nenek-nenek dan atauk-atuk tua
laratkah mereka untuk berlari,mampukah mereka untuk mengejar lawan
dan terfikirkah mereka untuk membina semula apatah lagi bermain dengan permainan yang lagaknya hanya membuang masa

Kitalah pemuda yang pastinya apabila bermain punya hammasah yang tinggi
tetapi cukupkah hammasah yang tinggi,keikhlasan untuk membina,keimanan terhadap strategi untuk mejatuhkan pihak musuh dan mengamalkan strategi itu terbatas hanya untuk permainan sahaja?

Ana,anta,anti,kamu awak dan mereka
Kitalah pemuda yang punyai kemampuan untuk mengubah dunia
Bagaimana saat kita bermain kita sendiri melihat kejatuhan selipar itu di hadapan mata
begitulah saat hari ini kita melihat kejatuhan khilafah yang sangat dahsyat semenjak tahun 1924
Dan apakah kita hanya ingin melihat ia terus jatuh sehingga menjatuhkan moral dan akhlak manusia di tahap zero dan mungkin kurang daripada itu?

Binaan itu kita sendiri yang jatuhkan,Islam itu umatnya sendiri yang menjatuhkan
kerana terlupa hakikat matlamat hidup adalah untuk menjadi khalifah dan abdillah
Lantas islam yang beratus-ratus tahun dahulu gemilang dengan kesyumulan,kekamilan dan saling melengkapi jatuh menjunam oleh hentaman dan serangan jahiliyyah dan kafir laknatullah

Dan apakah semangat kita yang  membara itu tidak terjentik untuk membinanya semula?
Realitinya,anasir-anasir luar sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menyerang kita bukan?
laganknya team penyerang dalam permainan baling selipar tadi
Dan kerana itulah kita sangat-sangat memerlukan seorang ketua persis murabbi untuk mendidik kita cara yang paling muntij dalam usaha pembinaan semula diri yang sedang mengalami kejatuah moral oleh anasir jahiliyyah
dan kerana itu jugalah kita sangat memerlukan sebuah team yang ramai persis akhowat-akhwoat yang sentiasa berusaha bersama-sama membina dan berkorban untuk menaikkan semula khilafah yang telah jatuh

Ayuh pemuda,kitalah pemuda itu,yang insya Allah beriman dan moga-moga Allah tambahkan keimanan kita
Gunakanlah hammasah,ikhlas,iman dan amal yang ada dalam diri untuk berubah
menjadi seorang pemuda yang zero kepada pemuda yang hero
Dan bagaimana caranya,jika bukan melalui Dakwah dan Tarbiyah,yang datangnya dari Rasulullah,diperoleh dari Allah



wallahua'lam

"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat petunjuk. (18:13)"

Saturday, November 5, 2011

Refreshing ;) :Masa yang berlalu dan pergi



Bismillah
masya Allah,sudah lama tidak menulis
penangan bahang peperiksaan dan banyak perkara yang berlalu dan pergi sepanjang hari-hari yang lepas
bila bercakap tentang masa berlalu dan pergi
teringat salah satu subtopik dalam madhkal ila aqidah [prinsip aqidah] yang ana pelajari di jamiah
salah satu tajuknya berkisar tentang ahli-ahli yang menentang tauhid / beriman kepada Allah
mereka mendakwa masa yang menyebabkan terciptanya makhluk
tetapi betapa rapuhnya dakwaan mereka yang tidak masuk akal ini
kerana masa itu datang dan pergi
mengapa perlu kita menisbahkan yakni menjadikan masa itulah pencipta pada makhluk-makhluk ini

"Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. "[9:38]

Dan semalam,dalam pertemuan riang yang kita merancang Allah jua yang aturkan ;)
ana mendapat satu anologi menarik tentang masa dan hidup kita
tertarik dengan kisah seorang penjual ais
dia menjual ais,tetapi aisnya banyak yang telah mencair,sedangkan masa terus berlalu dan tiada sesiapa yang membeli aisnya
dan hasilnya,masa pergi dan dia tidak memperoleh apa-apa
betapa sungguh,hakikatnya sangat rugilah kita sekiranya hidup kita ini terlupa hala tuju dan matlamatnya sebagai abid dan khalifah
umpama penjual ais itu,yang tidak melakukan apa-apa ,dan masa terus berlalu sedang kita memperoleh kerugian yang nyata

Anda pernah belajar matematik?
Anda tahukan apa akan jadi pada angka yang dibahagikan dengan nilai infiniti
jawapanya zero,kosong,sifar,tiada sebarang nilai
Cuba scroll ke atas semula dan sama-sama kita muhasabah ayat-ayat chenta Allah yang terdapat dalam surah Taubah
Kehidupan di dunia itu sangatlah sedikit
kebanyakan orang paling typical pon hidup around 60 tahun
tetapi tahukah anda hidup kita diakhirat nilainya selama-lamaya.mala nihaie [baca:infiniti]
Dan cuba kita bahagikan 60 tahun dengan nilai infiniti untuk membandingkan sejauh mana nilai hidup kita dengan dunia [60/infiniti] x 100%
dan hasilnya = sifar

Moga-moga cuti pendek sempena raya hari raya Haji Aidil Adha ini kita manfaatkan sebaiknya
Susun priority anda apa yang perlu anda isi dengan hari-hari yang datang dan pergi
cukupkah sekadar membalas dendam keperitan menempuhi exam dengan melayan movie-movie korea
Bersyukurlah sekiranya anda hidup dalam atmosfera tarbiyah yang akhowatnya dan ikhwahnya sentiasa menyediakan sesuatu dalam proses membentuk diri untuk menjadi daie
Moga-moga program pembinaan diri bukan sekadar dihadam,telan dan sendawa dengan nafas lega
tetapi berdoalah agar konferens-konferens riang kita,bulatan gembira kita,sukan kita dan sebagainya membuahkan iman yang menggerakkan kita untuk menjadi muharik dan muharikah dakwah insya Allah

wallahua'lam

"Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)"

Di kesempatan ini,ana ingin mengucapkan selamat hari Raya Aidil Adha kepada semua
Sama-sama kita menghayati erti sebuah pengorbanan
Korbankanlah perkara-perkara kecil,moga-moga Allah ganjarkan kita dengan perkara yang besar insya Allah