Sunday, October 23, 2011

menumbuhkan kecintaan



"Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (8:63)


permainan emosi
terkadang menguasi diri
lantas terkadang larian pecut itu seakan-akan pancit di tepian lorong-lorong sepi
serasa pudar cinta yang aku beri
apakah aku selama ini hanya menyakiti

Cinta ini,semoga cinta yang mendekatkan diri pada  illahi
cinta ini semoga cinta yang kekal abadi
cinta ini semoga cinta yang selamanya terpateri
sehingga saat suatu ketika nanti
Tiada naugan kecuali dari Illahi
hanya untuk kita,kerana cinta yang kita bina

Kamu yang aku cinta
aku belum pernah merasakan seindah dan semanis cinta yang aku terima dan beri
seindah cinta yang kita jalin ini
aku pohon janganlah engkau melarikan diri
andai ada silap salah yang membuatkan hatimu terlukai oleh diri

aku hanya ingin menyayangimu
untuk membolehkan kita menyayangi yang lebih Maha Penyayang
izinkan aku,menumbuhkan kecintaan itu kembali

sincerely: me for you

Saturday, October 22, 2011

zaman makkah |episod rahsia


Bismillah
kesinambungan dari entry saya dalam episod awal penurunan wahyu | awal permulaan episod dakwah dan tarbiyah
from that episode we knew that antara orang yang terawal memeluk islam adalah isteri baginda sendiri Khadijah Khuwailid
sangat sweet kan Khadijah,menjadi sweetheart Rasulullah yang sentiasa setia menyokong apa jua yang Rasulullah lakukan

Selain Khadijah antara yang terawal memeluk agama islam adalah bestfriend Rasulullah sendiri iaitu Abu Bakar As-Siddiq
Betapa tingginya thiqah Abu Bakar terhadap Rasulullah
sehingga tanpa banyak soal terus menerima dakwah Rasulullah
cuba renung sebentar ke dalam diri kita
bila diajak menyertai bulatan yang membantu kita mengenal Allah
kita lantas terus bertanya
"Akak dari jemaah manakah?"

Eh.Ok,ketepikan soal itu sebenatar,hadaf  penulisan saya kali ini bukan ingin bercakap mengenai kelompok-kelompok kumpulan melayu itu
Kita terus kepada penjelajahan episod dakwah secara rahsia nabi
Selain dari abu bakar dan Khadijah Rasulullah juga telah memasukkan Saidina Ali yang merupakan sepupu baginda dan orang paling muda memeluk islam dalam radar mad3u baginda
Tidak lupa juga Zaid Bin Harithah yang merupakan seorang hamba yang dibebaskan oleh baginda dan menjadi anak angkat baginda

Pada awal permulaan dakwah Rasulullah
Rasulullah s.a.w hanya memilih untuk berdakwah secara rahsia
bukanlah atas sebab Rasulullah pengecut atau nak mengatakan ajaran Rasulullah tidak benar
Tetapi hal ini demikian kerana Rasulullah tidak lagi menerima perintah dari Allah untuk berdakwah secara terang-terangan
So mengapa perlu hilang keyakinan dalam menempuh jalan kita  yang memilih untuk merahsiakan nama kita?eh..

Tambahan bukankah kita pernah belajar dalam buku sirah masa sekolah rendah dan sekolah menengah dahulu
antara sebab Rasulullah berdakwah secara rahsia adalah kerana bilangan mereka masih sedikit
kalaulah Rasulullah terus ingin membuat tindakan drastikan tanpa panduan dariAllah
boleh jadi Islam lenyap saat itu juga kerana dipupuskan oleh orang-orang arab yang majoriti masa itu menyembah berhala lantaran taqlid membabi buta terhadap tinggalan nenek moyang mereka
Bukan setakat buku teks sirah kita cakap begitu,malah Allah juga ada berfirman dalam surah Al-Baqarah :87
Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kepada Nabi Musa Kitab Taurat dan Kami iringi kemudian daripadanya dengan beberapa orang Rasul dan Kami berikan kepada Nabi Isa Ibni Mariam beberapa mukjizat serta Kami teguhkan kebenarannya dengan Rohulqudus (Jibril). Maka patutkah, tiap-tiap kali datang kepada kamu seorang Rasul membawa sesuatu (kebenaran) yang tidak disukai oleh hawa nafsu kamu, kamu (dengan) sombong takbur (menolaknya), sehingga sebahagian dari Rasul-rasul itu kamu dustakan dan sebahagian yang lain pula kamu membunuhnya? 

Ya Allah,bersyukurlah kita dengan keislaman yang sampai ke kita saat ini
Tanpa panduan Allah,strategi bijaksana Rasulullah,mungkin kita masih sedang mencari-cari siapakah Rabb yang menciptakan dunia ini

Semasa dakwah secara rahsia ini Rasulullah lebih fokus pada pembinaan generasi awal
so Rasulullah target kepada orang-orang yang sangat berpotensi seperti Mus.ab,saad bin abi waqas,Abu Ubaidah,Uthman dan lain-lain

Jadi,kalau betullah Rasulullh sedang membawa suatu ajaran yang benar,bila Rasulullah mula start dakwah secara terang-terangan ?

Friday, October 21, 2011

liqa' orator | hearty

bismillah
alhamdulillah,walaupun ana baru sahaja membaca iklan perjumpaan kelab orator dalam keadaan last minute
dan tak pernah merancang pun untuk turun padang hari itu
rupanya Allah telah aturkan sesuatu yang saat indah dalam pertemuan dengan ahli kelab orator kali ini

Thank you my lovely naqibah orator, kak nafeesa
she had shared lots of thing yang bukan sekadar memotivasikan dan meningkatkan semangat untuk kita bercakap dengan manusia
tetapi liqa' kali ini benar-benar sebuah liqa' yang mengingatkan kita
apa sahaja yang mahu kita sampaikan pada manusia semuanya perlulah dari hati
walaupun sekecil-kecil perkara seperti taaruf

we played some simple games such as taaruf
simple bukan,tapi bagaimana kita ingin mempengaruhi manusia seawal bicara kita melalui taaruf sahaja
Taaruf la dengan seseorang melalui hearty
Dan apabila datangnya dari hearty,nescaya insya Allah jambatan hearty kita akan terbina dengan mudah
Bukankah itu salah satu yang boleh memperkasakan dakwah

Then we played the second games where we need to read some articles continously and when kak nafeesa touch us we need to stop immediately
macam main ice and water
so what can we get from that such game was apa yang penting semasa kita bercakap dengan orang ialah
kita perlu faham apa yang kita cakap,bercakap melalui hearty
bukan sampaikan fikrah bertubi-tubi dan rasa relief kita habis bercakap apa yang mahu kita sampaikan
tapi orang yang mendengar langsung tak dapat apa-apa
seriusly masa ni teringat salah satu dari risalah Hasan Al-Banna yang berbunyi :
"Anda telah kerap kali berucap kepada orang ramai dalam pelbagai tajuk dan anda yakin anda benar-benar telah sampaikan ucapan anda sejelas-jelasnya dan sedalam-dalamnya .Anda merasakan anda telah lakukan segala-galanya  untuk meluahkan apa yang ada dalam hati anda hingga anda yakin anda telah membawa sidang pendengar melalui jalan lurus.anda juga telah bentangkan segala yang anda inginkan dengan jelas seperti kata orang secerah pagi dan seterang cahaya matahari di tengahari.Malangnya tidak lama kemudian anda amat terkejut apabila menyedari sidang pendengar tidak sedikit pun memahai apa yang anda ucapkan."

And last game it was like
trying to explain to a teletubies rukun islam
Can you imagine a teletubies yang just can say "aaaaaaa"."oooooo"
n we are going to explain semething to them with our own words,our own plan,and our own style



But at the end kak feesa said,pernah tak terfikir
kalau kita berbicara dengan orang-orang tertentu kita akan automatically tunduk dengan cara dia bercakap
kalau dia orang-orang kehormat bahasa akan bertukar sopan
kalau dia orang-orang yang otai,bahasa akan bertukar jadi slumber brutal
kalau dengan baby lagila,semua orang pun terus bertukar pelat!

Tapi kenapa seringkali orang yang mendominasi komunikasi kita, bukan kita?
Macamla dalam kita cuba menyampaikan sesuatu untuk mad3u-mad3u kita
kita merancang untuk menyampaikan tentang islam
tapi akhirnya kita tewas dan mengikut flow dia untuk berborak-borak perkara yang picisan dan akhirnya matlamat kita tidak tercapai

Tidak salahpun,sebab kadang-kadang borak-borak picisan itulah yang insya Allah mampu membina jambatan hearty dengan mad3u kita
cuma we need to make sure,dalam keindahan berborak tentang dunia,kita perlu kreatif untuk menyelitkan nasihat-nasihat yang membangkitkan keimanan
biar hanya sebaris ayat,tapi bisa menggugah jiwa yang sedang tertidur lena
Dan paling penting,sentiasa meletakkan objektif dalam setiap perbualan kita
selain itu,selalulah bergaul dengan orang-orang yang bercakap dengan cara yang sopan
supaya orang-orang seperti ini bisa merangsang kita untuk berkomunikasi dengan baik
bercakap perihal-perihal yang bermanfaat dan sebagainya

wallahua'lam


Thursday, October 20, 2011

Awal penurunan wahyu | Awal episod tarbiyyah dan dakwah

Subhanallah,indahnya belajar subjek-subjek syariah
apatah lagi bila fikrah islam kita itu dibawa bersama dalam pelajaran
terasa inilah sebenarnya kaedah pembelajaran yang paling muntij yang seharusnya kita tahu dan praktiskan untuk menjadi ummah yang intelek dan berjaya
Fikrahkan ilmu kita!


Semalam belajar pasal yang pertama turun dari Qur'an [baca awwala ma nazala minal Qur'an]
Terpegun dengan ketelitian Dr Ridho Huwari menafsirkan satu-satu ayat dari baris ke baris yang terkandung dalam Hadith ini:
**********************************************************************************
 Penurunan Wahyu: Permulaan Misi Dakwah 
 
Apabila Muhammad s.a.w. menghampiri umur 40 tahun. Baginda mula pergi ke Gua Hira’ di 
Bukit Nur. Kisah penurunan wahyu diterangkan dalam hadith diriwayat Aisyah r.a.: 
 
…Jibril  menemui  baginda  dan  memerintah  baginda  membaca  dengan  katanya:  Bacalah  
jawab  baginda:  Daku  tidak  tahu  membaca ,dipeluknya  baginda  sehingga 
kepenatan  dan  diperintah  sekali  lagi  dengan  katanya:  Bacalah,  jawab  baginda:  Daku  tidak  tahu membaca, maka dipeluknya hingga baginda kepenatan, diseru lagi dengan katanya, bacalah! dan jawab  baginda  daku  tidak  tahu  membaca,  dipeluknya  Baginda  kali  ketiga  kemudian  dilepaskan 
dengan katanya:  
 
       “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” 
(Surah Al-'Alaq 96: 1-5)...” 


Rasulullah s.a.w kemudian pulang dalam keadaan gementar.Baginda mendapatkan Khadijah seraya berkata: 'Selimutkan aku,selimutkan aku"Dengan segera Khadijah menyelimutkan baginda sehingga hilang rasa takut.Baginda menceritakan apa yang berlaku dan berkata, "Aku bimbang akan diriku"


Betapa Khadijah begitu yakin dengan suaminya sehingga tiada kata yang lahir dari mulutnya kecuali kata-kata yang mampu menenangkan dan meneguhkan suaminya yang sedang kebimbangan itu.Inilah kata-kata Khadijah selepas mendengarkan cerita Nabi yang pulang dari Gua hira dalam keadaan gementar,'Tak mungkin,Demi Allah,Allah tidak sekali-kali akan mengina kamu.Kamu menyambung silaturrahim,menanggung pihak yang lemah,memberi pendapatan kepada yang tidak berharta,memuliakan tetamu.dan menolong mereka yang hak."
Inilah perakuan yang dibuat Khadijah berdasarkan pengamatan beliau terhadap Rasulullah.


Setelah itu,Khadijah [bersama Rasulullah] pun berangkat menemui Waraqah Bin Naufal bin Asad Bin Abdul Uzza.Waraqah adalah sepupu Khadijah.Dia seorang lelaki yang menganut agama Nasrani semasa Jahiliyyah.Dia juga boleh menulis dalam bahasa Ibrani.Dia telah menulis Injil dengan bahasa Ibrani setakat yang dikehendaki Allah.Ketika pertemuan ini,dia telah tua dan buta.


Khadijah berkata " Wahai sepupuku,dengarlah kisah daripada anak sahabatmu ini"


Maka Warqah bertanya pada Nabi s.a.w:"Wahai anak sahabatku,apa yang telah kamu lihat?"
Lantas Rasulullah s.a.w mencertitakan apa yang dilihatnya.Waraqah berkata "Ia adalah Namus [pembaca wahyu yakni Jibril] yang pernah turun kepada nabi Musa a.s.Alangkah baiknya kalau aku masih muda.remaja kuat.Semoga aku masih hidup ketika kaummu mengusir keluar."


Lantas Rasulullah s.a.w bertanya "Adakah mereka akan mengusir aku keluar?"


Dia berkata ."Ya.Tiada seorang lelaki yang akan datang membawa seperti apa yang kamu bawa,pasti akan dimusuhi.Sekiranya aku sempat dengan hari itu,aku akan menolong kamu semampuku."


Tidak lama kemudian Waraqah meninggal dunia.Sementara wahyu telah terhenti sementara waktu.


*********************************************************************************



Dr cuba menjelaskan kepada kami mengapa Malaikat jibril memeluk Rasulullah
kerana sebagai tanda bahawa apa yang Malaikat jibril sedang bawa pada nabi itu adalah suatu yang benar
bukan main-main dan Malaikat jibril juga sedang menyedarkan nabi
Ibarat  kita apanila tidak percaya dengan apa yang berlaku pada diri lantas meminta orang2 terdekat mencubit untuk mensohihkan bahawa kita bukan sedang bermimpi
tetapi sedang menghadapi realiti!

Dr juga menjelaskan kepada kami mengapa nabi ade meriwayatkan hadith tentang penurunan wahyu pada awalnya
tetapi nabi tidak pernah pula meriwayatkan hadith tentang apa yang terakhir turun dr Al-Qur'an pada Baginda
Kata Dr Ridho,Hal ini kerana memang setelah nabi mendapat wahyu berupa awal surah Al-Alaq
menjadi kewajipan secara rasmi untuk nabi terus menyampaikan kepada manusia bahawa dia telah dilantik menjadi Rasul
Lihatlah bagaimana nabi menyampaikan tanpa teragak-agak atau bertangguh!

Dan lihatlah siapa sasaran pertama yang menjadi tempat Nabi menyampaikan risalahnya kalau bukan Khadijah
Bukan itu sahaja,malah berdasarkan ayat hadith itu,memaparkan bagaimana Nabi mengajar kita tentang peranan dalam baitul muslim
Suami menjadikan isteri la tempat pertama meluah rasa,berkongsi masalah
Dan isteri pula terus sahaja menuruti dan menjadi penang jiwa buat suami yang resah gelisah
Bukankah itu hakikatnya apa yang difirmankan Allah dalam surah Ruum :

 Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (30:21)
Banyak sebenarnya ingin dikupas berdasarkan hadith ini sahaja
Tetapi dari hadith ini kita juga dapat tahu antara orang pertama yang menjadi sasaran dakwah nabi adalah isteri baginda Muhammad s.a.w sendiri
Khadijah juga telah memaikan pernan yang sangat besar dalam menjadi pendukung dakwah yang dibawa suami tercinta
Dialah yang pertama membenarkan nabi saat orang lain mendustakannya
Dialah orang pertama yang mengambil wudhuk dan solat bersama nabi saat perintah itu diturunkan Allah
Subhanallah,inilah hakikatnya peranan sebuah bait muslim
Suami,isteri dan anak-anak saling menguatkan
untuk melaksanakan taklifan sebagai abid dan khalifah

Ini baru belajar pasal permulaan penurunan Al-Qur'an
Ini baru sedikit tentang permulaan episod dakwah dan tarbiyyah nabi
Doakan ana dilapangkan masa,dipermudahkan urusan,dikurniakan idea mencurah-curah
untuk jari-jemari terus menari di atas papan kekunci 
menyampaikan sebuah fikrah
Bahawa semua ini sejarah kita!




Wednesday, October 19, 2011

Puncak kecintaan KITA | ALLAH

Subhanallah,indahnya bila hidup  dinaungi Allah
Kalau celcom kata ada celcom ada segalanya
Moleklah kiranya ana katakan ada Allah,kita ada segalanya

Terketuk,tersentuh,terkesan lagi dalam perjumpaan yang bukan kita merancang,tapi Allah jualah yang aturkan
Saat ana merasa ke arah mana ana sedang bawa adik-adik tercinta,dan terkadang langkah tidak selaju seawal hearty berbunga melihat  mereka
Kakak itu mengingatkan secara tidak langsung
Hakikatnya,Allahlah yang sedang mengingatkan aku

Sedih melihat manusia zaman sekarang,yang cintanya hanya untuk insan bernama lelaki/wanita
Sampai rela untuk menggadaikan maruah
Akhirnya,baru-baru ini,bayi yang dilahirkan kerna perbuatan zina menjadi mangsa kelaran wanita yang hilang cinta Allah kerana memberi cinta kepada seorang bernama jejaka


Beginilah manusia Apabila puncak kecintaan manusia bukan lagi Allah,maka inilah yang terjadi
Manusia mencintai Allah sebagaimana cinta yang biasa
Wanita ini menjadikan lelaki untuk dicintai sepenuh jiwa
Ttetapi malangnya Allah dicintai biasa-biasa,seperti cintanya terhadap bayi ini
Terabai!terbunuh!

ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (2:165)
Bukankah sepatutnya saat kita melafazkan dua kalimah syahadah itu
seharusnya Allah la yang kita letakkan sebagai puncak kecintaan kita
Apabila Allah yang kita kasihi,dan sangat cintai maka kita akan redha untuk melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangannya
Macam kita dengan ibu kata,Ibu kata jangan kita tak buat,Ibu kata buat kita turutkan

Kerana cinta kita jadi redha  Islam sebagai deen dan cara hidup kita
Apakah ada agama yang lebih baik untuk dibandingkan dengan islam
sedangkan makhluk-makhluk lain memilih untuk berserah diri kepada Allah
mengapa kita perlu memilih untuk mencari yang lain?
Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain dari agama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepadaNyalah mereka dikembalikan. (3:83)
Dan kerana cinta kita jadi redha Nabi Muhammad sebagai rasul kita
Kita rela nabi Muhammad yang menentukan gaya hidup kita seharusnya bagaimana
Kita akur dengan tunjuk ajar dan sunnah nabi yang ditinggalkan untuk kita 
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (4:65)

Bila Allah kita redha sebagai rabb,Islam kita redha sebagai deen,dan Nabi Muhammad kita redha sebagai Nabi kita
Maka secara tidak langsung,tenggelamlah kita dalam celupan [sibghah] Allah itu
Bukankah biskut merry yang dicelup di dalam air teh,keluar menjadi biskut yang sangat lembik
Yakni air teh meresap ke seluruh permukaan biskut

Begitulah seharusnya kita apabila dicelup ke dalam celupan Allah
seharusnya kita keluar menjadi seseorang yang islam meresap ke dalam dasar hati
sehingga mantap aqidah lantas menjadikan niat kita semuanya adalah untuk Allah

Begitulah seharunsynya kita dalam celupan Allah
seharusnya kita keluar menjadi seseorang yang aqalnya basah diresapi fikrah-fikrah islam yang syumul
lantas menjadikan manhaj yang kita ikut dalam hidup semuanya manhaj berteraskan agama islam yang sebenar

Begitulah seharunya kita dalam celupan Allah
seharunya kita keluar,islam itu meresap ke segenap jasad kita
sehingga tubuh itu membuahkan amalan yang dibuat berdasarkan pelaksanaan yang digariskan islam

sedar tidak sedar,melalui celupan Allah yang memandu hati,akal dan jasad kita untuk melakukan semuanya yang berteraskan islam dan Lillah taala
kita sedang mengubah diri kita yang dulunya sarat dengan chewing-gum-chewing gum jahiliyyah
kepada seorang yang lebih makrifah,punya fikrah dan akhirnya terdorong untuk berharakah

Jahiliyyah sentiasa meyebabkan langkah kita terasa payah


Dan dimana lagi harusku cari puncak cinta itu jika bukan melalui Dakwah dan tarbiyah
kerana diatas jalan inilah aku mula merasai indah mentadabbur ayat-ayat cinta-Nya
Bukankah kalau kita membaca surat dari kekasih hearty yang disayangi,hati kita akan berbunga-bunga terawang-awangan dan hearty bergetar mengingatkan dia
Jadi mengapa tidak rasa itu kita alihkan untuk Dia yang lebih layak dari dia?





wallahua'lam




Tuesday, October 18, 2011

zaman jahiliyyah


bismillah
Tidak tahu bagaimana ingin bermula
namun saat rasukan itu meresap ke dalam jiwa,iman meronta,jari membentak meminta menulis sesuatu
moga-moga Allah redha dengan penulisan ini

Menyingkap kembali sejarah umat islam yang hakikatnya bermula semenjak nabi Adam
Namun,mari kita kecilkan skop untuk terus fokus pada sejarah sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul yang dilantik Allah
Anda pernah belajar tentang Arab jahiliyyah dalam buku teks sejarah tingkatan 4 bukan?
Bagaimana penulis sejarah mengolah tentang kejahilan orang arab yang jauh dari norma-norma kehidupan berteraskan nilai hidup yang murni
bunuh anak,judi,arak,hiburan dan sebagainya

cukupkah anda sekadar tahu tentang itu
tentang kebodohan dan kejahilan mereka yang tiada ilmu
adakah mereka sahaja selayaknya digelar jahil tidak tahu
sementelah kepulauan arab itu dikelilingi embrator Rom Dan Parsi yang gah dengan falsafah serta perkembangan ilmu
Namun malang seribu kali malang,mereka juga hakikatnya jahil
Kerana jahil itu tidak cukup sekadar dedefinasikan sebagai bodoh dan tidak tahu
Namun semuanya,yang dikatakan bertentang dengan Al-Qur'an itulah yang dikatakan jahil!

Kelihatannya masyarakat arab saat itu tidak semaju negara-negara besar di sekeling mereka
hanya sekadar menyembah berhala,menjadi pengembala,memberi makan unta,buta huruf tidak mampu menulis membaca
Maka dengan itu Allah telah memilih untuk melantik seorang rasul dalam kalangan mereka
Jika Allah memilih orang Rom dan Parsi yang sangat masyur dengan falsafahnya
Bukankah nanti ada orang mengatakan nabi mereka mencipta agama baru dengan ilmu sedia ada



Kehadiran Rasulullah yang dilantik menjadi rasul itu telah menerbitkan Nur yang menerangi seluruh alam
Namun,apakah penerimaannya oleh orang arab yang mana budaya menyembah berhala telah berakar umbi di dalam hidup mereka,seindah cahaya yang terpancar itu?

Teruskan bersama ana .Kita singkap sejarah di sebalik zamman makkah itu ^^

Monday, October 17, 2011

Siapa KITA

Ukti Filllah
Tahukah kamu siapa kamu dan aku?
Kita serupa muslim bersaudara
Dan sesungguhnya makna islam itu adalah berserah diri tunduk dan patuh pada yang Esa
Apakah selama ini kita hanya sekadar menjadi muslim pada nama  sahaja
Atau apakah sebaliknya?

Mari duduk bersama aku,kita beriman sejenak
memikirkan analogi di sebalik sebuah abjad i dalam kalimah ISLAM itu
Cukupkah kita sekadar menjadi Islam hanya pada nama
Lagaknya seorang yang bernama Islam
tapi tahukah anda kalimah islam itu seharunya menjadi sebuah kerja yang harus kita laksanakan
Anda yang menentukannya

Ukti fillah,pernahkah engkau tahu siapa kita sebenarnya
Ingatkah engkau Nabi pernah bersabda

Aku dan kamu itu logam teman
Mungkin kita dulu sangat hebat semasa jahiliyyah kita dengan keberanian,keperkasaan dan sebaginya
Namun bukanlah dengan berintima3 dengan islam itu akan menghapuskan 1001 bakat kita
tetapi Rasulullah sendiri berkata
kiranya kita sangat hebat semasa jahiliyyah
hebatlah kita juga semasa islamnya
Itupun seandainya kita seorang yang faquhu
Sebagaimana Umar Al-Khatab yang tegas,berani dan garang semasa jahiliyyahnya
Begitulah dia saat islam itu menyentuh hidupnya

Dan tahukah engkau apakah itu Faquhu
Faquhu itu adalah bukan cukup sekadar faqih dalam sesuatu perkara itu
tetapi benar-benar faham dengan apa yang kita tahu
Seperti sumayyah yang sangat faham tentang siapakah dia Allah yang satu
Lalu syahid itulah yang dia buru

Namun,terfikirkah engkau sejenak, apakah yang kita perlu kita fahami
Jika bukan Deen yang syumul ini
Dan fahamilah ia dengan hati
Bukankah Allah berfirman bunyinya begini

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai. (7:179)


Ukhti fillah
Pernahkah engkau sejenak berfikir siapa kita?
Tahukah engkau kita adalah hamba
hidup hanya untuk mengabdikan diri kepada-Nya

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (51:56)

Ukhti Fillah
Kita bukanlah ahli ibadah yang bermain-main itu
Cukup sekadar menjadi hamba dan beribadah dalam masjid itu
Tetapi kitalah khalifah lagaknya seorang Daie memandu mad3u
Membawa manusia menganal erti Allah yang satu

 Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi...[2:30]

Dan tahukah engkau bagaimana bisa kita melaksanakan tugas khalifah itu
Mari terus bersama aku
Kelak akanku bongkar sejarah itu
Saat islam menjadi yang nombor satu!



Sejarah bukan sekadar untuk kita tahu,Kajilah dan renungilah serta laksanakanlah langkah-langkah perubahan itu. 

Tuesday, October 11, 2011

Semoga tetap thabat

subhanallah,duduk dalam tarbiyah bersama akhowat-akhowat lain yang sefikrah
sepertinya hati-hati ni saling berkomunikasi antara satu sama lain
saat ana sedang runsing memikirkan masalah,Allah gerakkan hearty sahabat tercinta untuk berkongsi sesuatu yang sangat terkesan pada diri semalam

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). (45) Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (46) 
                                                                                                                       [Surah al-Anfaal]

Alhamdulillah,hari ini masih mampu bernafas sebagai akhowat yang sedang ditarbiyah
dan mudahan-mudahan sentuhan tarbiyah itu bukan sahaja untuk diri sendiri
tapi sangat berharap diri sendirilah yang menjadi penyebar cahaya Allah yang sangat-sangat susah untuk diperloleh
tetapi sekali terpancar melalui satu sudut terus
cahayanya menerangi seluruh hearty yang gelap itu

Allah [pemberi] cahaya [kepada] langit dan bumi.Perumpamaan cahaya-Nya seperti sebuah lubang yang tidak tembus [mishkaat] yang di dalamnya ada pelita besar....[24:35]


mishkaat,berdasarkan terjemahan Al-Qur'an keluaran Darul Naim hanya mampu menafsirkan ia sebagai sebuah lubang yang tidak tembus
Alhamdulillah,dalam kelas tambahan bersama kakak tercinta semalam, ana mendapat ilmu baru
Katanya,mishkaat tu umpama sebuah lubang kecil pada sebuah kotak yang sangat-sangat gelap dan tidak ade sumber cahaya langsung melainkan lubang mishkaat itulah sumber cahaya yang menerangi segenap bilik gelap itu

Cumanya,ada orang di dunia ini tidak menghargai kewujudan lubang sumber cahaya
ditutupnya dengan tirai,dihadangnya dengan kertas hitam
Sedang ramai manusia sedang berusaha mengejar mereka dan mendapatkan mereka untuk memberikan sinar cahaya Allah melalui sentuhan tarbiyah
Mereka sendiri memilih untuk melarikan diri
Tidak kurang juga orang-orang yang menutup lubang itu dengan momokan-momokan dan lemparan berbaur negatif terhadap sebuah bulatan yang membekalkan kasih-sayang dan tarbiyah,bulatan usrah

[iaitu] orang yang lebih menyukai kehidupan dunia daripada [kehidupan] akhirat ,dan menghalangi manusia dari jalan Allahdan menginginkan jalan yang bengkok.Mereka itu berada dalam kesesatan yang jauh. [14:3]

Sangat kecewa dan sedih pada mereka yang melakukan seperti itu terhadap sahabat-sahabat ana
Andainya mereka membawa sahabat ana kepada sebuah bulatan yang lebih muntij [efisien] dan sarat komponen-komponen yang dapat membantu sahabat ana untuk mengislahkan diri ,ana redha
kerana biar kita berbeda manhaj namun hadaf kita sama,untuk mencapai mardhatillah
tapi bagaimana dengan orang yang telah tune pemikiran sahabat-sahabat ana daripada menjadikan diri sebagai abid dan khalifah itu adalah matlamat hidup mereka
kepada menjadikan diri sebagai  ahli ibadah yang bermain-main
hidup hanya melalui sebuah kitaran bodoh
belajar sungguh-sungguh,pergi kuliyyah,balik kuliyyah tengok cerita korea,gelak huhahuha
ke arah mana anda bawa kawan-kawan ana sebenarnya
Hanya dengan beralasankan bahawa bulatan-bulatan gembira itu menyekat diri dari bermuamalat dengan masyarakat
Pulang tidak mampu mendekati masyarakat kerana kami sedang mewujudkan zon selesa dalam kalangan akhowat yang tidak realisitik
Dari mana anda reka hujah-hujah yang mencampakkan ragu ke dalam hati sahabat-sahabat ana

Ya Allah,semoga kita tetap thabat dalam jalan Allah
Biar diserang dengan tohmahan dan fitnah orang terhadap jalan kita
Janganlah pernah kita lupa untuk untuk menyebut nama Allah dan mengingati-Nya banyak-banyak
Janganlah pernah kita lupa untuk terus mentaati Allah dan Rasulullah yang hidupnya hanyalah sekitar dakwah dan tarbiyyah untuk kita semua
Maka apakah jika kita mencintai Rasulullah kita ingin memilih untuk memutuskan risalah nubuwwah ini?
Dan semoga kita juga bukanlah dalam kalangan orang yang berbantahan siapakah yang membawa pendekatan lebih baik dalam menempuh jalan ini
Bimbang pertelingkahan yang tidak membawa faedah untuk ummah itu akhirnya menghilangkan keyakinan dalam diri
Dan ingatlah,teruskanlah bersabar  dalam menempuhi jalan yang sumpah panjang
Kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar


Jalan lurus yang sumpah panjang!













Friday, October 7, 2011

Aku,pelajar syariah dan ayat terkesan

Subhanallah,rasa bersyukur kerana ditakdirkan Allah untuk menjadi seorang pelajar syariah
Dalam era manusia yang hanya memicingkan mata kepada graduasi ijazah syariah yang hanya dijangkakan akan memenuhi kekosongan-kekosongan guru-guru agama di Malaysia
tetapi rupanya bila dilihat dari kaca mata tarbiyah,pelajar syariah hakikatnya memegang tanggungjawab lebih berat
Biarlah manusia memandang diri sebelah mata,asal pandangan Allah berkali-kali berganda dari pandangan hamba-Nya ,insya Allah

Suatu saat sebelum terkena sentuhan tarbiyah,mentadabbur ayat usai tilawah itu bukanlah satu kebiasaan
Apa yang ana tau,nak khatam Qur'an berkali-kali dalam hidup
Baca dengan laju,berlumba-lumba merebut pahala yang dikatakan 1 huruf bersamaan 10 kebaikan tanpa langsung meluangkan masa untuk mentadabbur ayat-Nya,memahami dan menghayati-Nya
Dan alhamdulillah,melalui ilmu ulum Al-Qur'an yang ana pelajari
Ana tersentuh sendiri saat ana membaca bab 1 dalam buku itu



"Apalah sangat orang yang mungkin membaca Al-Qur'an bermuka-muka banyaknya,tetapi langsung tidak menghayati makna yang terkandung dalam Al-Qur'an itu"

Dan alhamdulillah,lingkungan Dakwah dan tarbiyyah menggerakkan iman untuk mentadabbur ayat-ayat Allah yang sangat indah
Dan baru-baru ini berkali-kali ana mentadabbur muka surat akhir-akhir surah At-Taubah
sekali mentadabbur sendiri,kedua dengan kakak dan sahabat-sahabat tercinta dan akhir sekali dengan adik-adik yang disayangi
betapa boleh dikatakan semuanya sangat terkesan di hati
Dan paling terkesan mula-mula adalah pada ayat ini

Dan tidak sepatutnya orang-orang mukmin itu semanunya pergi [ke medan perang].Mengapa sebahagian dari setiap golongan mereka tidak pergi untuk memperdalam ilmu pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya

Saat membaca ayat ini,ana terhenti agak lama
Cuba menginterprestasikan mesej dari Kekasih Agung
Sungguh terketuk pada hati,terkesan pada ruhi
Betapa keberadaan ana di sini dalam memperdalam ilmu agama bukanlah sekadar untuk dibawa pulang dan disampaikan sebagai ilmu kepada masyarakat
Tetapi hakikatnya,ilmu-ilmu agama ini perlu diperdalamkan dan difikrahkan untuk dijadikan peringatan kepada masyarakat agar semua manusia terselamat dari kemurkaan Allah dan kesesatan

Saat mentadabbur sekali lagi dengan sahabat tercinta
ana terkesan pula dengan ayat 111 dan ayat 112 surah At-Taubah

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (111)

 (Mereka itu ialah): Orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian). (112)

See ayat 112 tu,Allah jelaskan siapakah orang beriman yang sedang menjalankan urusniaga paling menguntungkan dengan Allah
Antaranya adalah orang yang mengembara [untuk menuntut ilmu dan mengembangkan islam]
Bukankah kita sedang berada dalam situasi itu

Moga-moga kitalah orang yang sedang bertaubat,berubah melalui medium jalan dakwah dan tarbiyah ini
Moga-moga kitalah orang yang sedang berusaha melaksanakan taklifan Allah ke atas diri sebagai abid itu
Dan setelah kita menjadi dalam kalangan orang yang mengembara untuk ilmu dan islam
Moga-moga kitalah orang yang pulangnya nanti untuk melaksanakan taklifan seterusnya sebagai khalifah
Khalifah yang menyuruh manusia ke arah kebaikan
Khalifah yang mencegah kemungkaran
Khalifah yang menjaga batas-batas hukum Allah
Dan menggembirakan manusia betapa kerja-kerja dakwah dan tarbiyyah yang sedang kita lakukan ini
Imbalannya adalah syurga Allah abadan abadaaaa...

Wallahua'lam



 

Sunday, October 2, 2011

perubahan | Ke Arah mana?

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi

Bismillah
pasti anda familiar dengan hadith di atas kan?
Hadith pertama dalam himpunan hadith arba3ien
pernah terfikir mengapa hadith ini diletakkan sebagai hadith pertama
Insya Allah,ana cuba kongsikan ilmu yang ana dapat dr seorang senior di sini
Hadith ini menjadi hadith pertama kerana semua perkara pun yang kita lakukan titik mulanya daripada niat kita sendiri

Dan hadith ini merupakan muntalaq [titik tolak] dalam permulaan pembentukan individu muslim
Ya,bagaimana seseorang itu terdetik untuk berubah bermula dari niatnya sendiri untuk berubah
Semua orang pasti ada keinginan untuk berubah bukan?
Jika anda telah terdetik dengan impian indah untuk mengislah diri,mengkoreksi kesilapan lalu
Jangan tangguhkan niat yang tercetus itu
Segerakanlah perubahan anda,carilah wasilah tarbiyah yang hampir dengan anda
Contohnya di kawasan ana,alhamdulillah,PINTAR yang memainkan peranan sebagai salah satu medium tarbiyyah telahpun dilancarkan pagi tadi
Moga-moga jiwa-jiwa yang punya keinginan untuk mengislah diri
Inilah dia jambatan yang disediakan untuk antum semua insya Allah

Dan setelah kita punya niat itu,selepas itu apa?
Lorongkanlah niat itu untuk mengenal islam yang sebenar
Islam hakikatnya adalah sebuah agama yang syumul,kamil dan mutakamil
Dalam Al-Qur'an sendiri terdapat bermacam-macam ayat yang telah memampukan kita untuk menginterpretasikan kesempurnaan,kelengkapan dan betapa islam itu saling melengkapkan

صِبۡغَةَ ٱللَّهِ‌ۖ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ صِبۡغَةً۬‌ۖ وَنَحۡنُ لَهُ ۥ عَـٰبِدُونَ    
Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat. (2:138)

Mengapa dalam ayat ini Allah menggunakan perkataan sibghah?
Yang jika dirujuk di dalam Qur'an tafsir di bahagian nota kaki membawa maksud agama
Kenapa tidak Allah letakkan sahaja Deenullah?

Hal ini demikian kerana sibghah Allah yang membawa maksud celupan Allah itu menggambarkan sifat agama Allah itu yang sebenarnya
Analoginya seperti sekeping biskut yang diCELUP di dalam air teh
Sudah tentu apabila kita keluarkan biskut itu,nescaya biskut itu akan sangat basah dan meresap air teh ke seluruh permukaan biskut itu bukan?

Begitulah hakikatnya kita sebagai umat islam
Allah telah menyediakan kita celupan-Nya,tinggal kita ingin masuk ke dalam celupan Allah itu secara keseluruhan
Barangsiapa yang memasuki Islam secara kesuruhan.nescaya islam itu akan meresap ke seluruh kehidupannya
Bukan sahaja umpama biskut yang diSALUT coklat
luar coklat,dalam masih biskut
Luar bertudung labuh,berserban berkopiah,
Tetapi hatinya,tiada serapan hasil celupan agama Allah

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. (2:208)
Islam itu syamil,menyeluruh merangkumi segala aspek kehidupan
Bukan sekadar agama ritual,cukup sekadar menyembah tuhan
Tetapi islam itu adalah deen yakni cara hidup
meliputi aspek ekonomi,mualamat,perundangan,pendidikan dan lain-lain
Apakah ada agama lain selain islam yang mencangkupi semua aspek ini?

Islam itu kamil,lengkap tiada cacat
Jika ada agama yang lebih lengkap dari Islam
mengapa sistem undang-undang negara kita masih tidak mampu menghapuskan gejala-gejala sosial
Malah gejala sosial tampak makin meruncing dari sehari ke sehari bukan?
Lihat,betapa cacatnya sistem yang diasaskan tanpa berteraskan islam

Dan islam itu agama yang mutakamil
agama yang melengkapkan dan saling berkait
Sebagai contoh kelihatan sekarang banyak perbankan conventional mula membuka window-window perbankan islam di dalam bank mereka
Tetapi,pelaksanaan mereka tanpa aqidah Islam,akan memampukankah mereka menjayakan sistem itu dengan baik?
wallahua'lam

Dan setelah kita mengenal islam,selepas itu apa?
Jangan lah pula kita lupa untuk mengenali musuh kita sendiri,jahiliyyah
Amatlah rugi orang yang sangat faham tentang islam,tetapi tidak mengenal jahiliyyah itu yang bagaimana
Signifikannya seperti pemuda pemudi yang belajar agama
tetapi terpedaya dengan cinta islamik
sangat faham islam sehingga menghalalkan cinta sebelum nikah dengan menjenamakannya dengan nama islam
nauzubillah,moga-moga kita bukanlah dalam kalangan orang yang diselebungi rona-rona hitam-hitam kelabu itu

Perubahan itu beubah dari jahiliyyah kepada ma3rifah [kenal]
setelah kita kenal islam yang syumul,jahiliyyah yang merosakkan
Kenalkanlah dan sampaikanlah kefahaman [fikrah] islam kita pada orang yang masih belum faham
 Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! (41:33)
Islam bukan sekadar berdiri di atas 5 rukun yang utama sebagaimana dalam hadith 3 yang berbunyi
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab ( رضي الله عنهما ) beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkanAllah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang,mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan. 'Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan al-lmam Muslim .

Ya,memang islam terbina di atas 5 perkara itu
Umpama sebuah bangunan 5 perkara itu ibarat cerucuknya
tetapi,cukupkah binaan yang hanya ada cerucuk sahaja,tetapi tiada binaan diatasnya
dan binaan itu adalah islam,islamlah bangunannya yang punya sistem
sistem yang mengajar kita bagaimana untuk menutup aurat dengan sempurna,sistem yang mengajar kita bagaimana menundukkan diri patuh pada Allah,sistem yang mengajar kita bagaimana untuk redha dengan semua ketetapan Allah
maka tidak cukuplah jika kita hanya melaksanakan rukun islam tetapi larangan Allah untuk tidak mendekati zina kita langgar
arahan Allah untuk menutup aurat dengan sempurna kita ingkar
Apakah akan sempurna bangunan itu,apakah akan sempurna islam dalam diri kita?
Tepuk dada,sama-sama kita tanya pada Mr Iman masing-masing



setelah ada cerucuk dan bangunan,bagaimana pula bumbungnya
Apa mampu bangunan itu terbina tanpa sebarang penutup
Bukankah nanti kita akan ditimpa hujan,terpaksa berpanas dan sebagainya
Maka dengan itu perlulah ada sesuatu yang menjadi naungan bagi sebuah bangunan itu
Iaitu dakwah dan tarbiyyah =)
Tanpa dakwah dan tarbiyyah,islam itu mungkin mampu berdiri dengan cerucuk-cerucuk rukun islam yang asas
Tetapi,boleh jadi agama islam tanpa naungan itu ditimpa hujan berupa anasir-anasir jahiliyyah yang merosakkan
Terdedah dengan panasnya maksiat yang mengheret kita ke dalam neraka yang panas membakar
nauzubillah

wallahua'lam
Marilah kita sama-sama terus berubah dan mengislah diri
Moga-moga Allah lorongkan kita ke jalan lurus menuju redha-Nya

Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (1:7)

p/s-tibe2 terpanjang sangat pulak post malam ni.semoga bermanfaat dan Allah redha insya Allah .