Thursday, June 30, 2011

tempoh usia

bismillah

"Kalau kita nak taaruf,jangan cakap berapa umur kita,cakap tempoh usia saya sekarang telah mencapai 19 tahun,sebab berkenaan umur,kita tidak pernah tahu berapa sebenarnya umur kita.sebab kita tidak tahu bila kita akan mati."

kata kak Illi najla basid semasa awal taaruf kami dalam program pengenalan akademi al~Fateh

alhamdulillah
hari ini masih diberi kesempatan untuk mengecap tempoh usia kepada 19 tahun
6 tahun pernah berlalu sebagai budak kecil yang tidak pernah tahu apa-apa
hidup tanpa pernah memikirkan masalah dunia

6 tahun lagi juga mungkin masih belum mampu mencapai kematangan diri
walaupun sudah mula berjinak-jinak dengan memikul taklifan itu dan ini

6 tahun lepas juga telah dilalui
dengan corak perjalanan yang berbeza-beza setiap tahun
pernah menghabiskan tempoh yang Allah beri dengan benda-benda yang tidak berfaedah
Dan alhamdulillah allah telah mengembalikan pada jalan yang hakiki
Teman doakan aku thabat ya!

semakin meningkat usia semakin tinggi tanggungjawab pada diri,masyarakat dan agama
masa yang ada tidak lama
perlu fokus pada satu matlamat untuk melaksanakan misi dan visi yang telah termaktub dalam Az zikr
bukan akademi tahfiz az zikr
tapi al-Qur''an atau nama lainnya az zikr

khalifah dan hamba

Doakan dengan peningkatan usia ini aku lebih matang dalam menilai sesuatu perkara
doakan dengan peningkatan usia ini aku makin punya pendirian tetap dalam diri
doakan dengan peningkatan usia ini aku makin pantas dalam bergerak dan menggerakkan dakwah dan tarbiyyah itu sendiri

wallahua'lam

terima kasih kepada yang mendoakan

poster dari seorang sahabat yang sentiasa memberi motivasi dan kekuatan dalam diri.
terima kasih teman !



Wednesday, June 29, 2011

Hamba Tuhan yang Maha Pengasih

Sejenak merenungkan ayat-ayat Tuhan Yang Maha Pengasih ^^


Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; (63) 


Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri, (64)  


Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahanam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. (65) 


Sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk; (66)


Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu. (67)


Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; (68)


Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan; (69)


Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (70)


Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat; (71)


Dan mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. (72)


Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta. (73)


Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. (74)


Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, (75)


Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal. (76)


Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu. (77)


Semoga kita adalah dalam kalangan HAMBA Tuhan yang Maha pengasih itu.Insya Allah







Sunday, June 26, 2011

Generasi pemuda pelopor harapan




Bismillah
lama rasanya tidak berkongsi sedikit perkongsian
insya Allah hari ini ana ingin sentuh sedikit mengenai pemuda

siapa pemuda?
sayakah,anakah,awakkah,kamukah,diakah atau mereka kah?
ibu ayah kita atau datuk nenek kita atau guru-guru kita atau adik-adik kita
golongan belia atau warga emas?

Ya,sayalah pemuda
awaklah pemuda
awak yang berada dalam lingkungan 14-20 tahun
Opps!Boleh je kalau sesiapa yang masih berada dalam lingkungan usia bawah 40 tahun masih ingin merasakan diri anda pemuda
sebab anda masih lagi pemuda hakikatnya jangan risau

Sedar tak kita golongan pemuda inilah golongan yang memainkan peranan yang besar sebenarnya untuk menggegarkan dunia dengan pencapaian-pencapaian yang menakjubkan
namun realitinya hari ini
dunia bergegar dengan pemuda-pemuda yang mengejutkan hati ibu bapa sendiri
yang meresahkan hati semua penghuni dunia
dengan masalah-masalah sosial yang tidak pernah berhenti
zina,buang bayi,pondan,pengkid
tambah menyedihkan apabila kemungkaran-kemungkaran ini sendiri kadangkala seolah-olah diiktriraf oleh dunia
'saya gay saya okay'
apakah?

Mengenali lebih dalam siapakh pemuda itu sebenarnya
pemuda sebenarnya memiliki ciri-ciri berikut :-


  • sentiasa bersemangat dan bercita-cita tinggi
  • suka protes dan memberontak
  • idealis
  • tidak berkepentingan
  • suka menyahut cabaran
  • semangat berkorban yang tinggi
  • mudah menerima,dipengaruhi dan cepat bertindak
Kenapa pulak pemuda yang dikatakan pelopor harapan
kerana kita-kita inilah suatu hari nanti yang akan mencapai satu tahap yang cukup ideal untuk melakukan perubahan atau anjakan paradigma yang positif untuk masyarakat
sebab realitinya kalau kita lihat sendiri orang tua
mungkin mereka memiliki kebijaksaan,idea2 yang melimpah ruah untuk mengubah masyarakat
malangya,kelemahan stamina membataskan perjuangan mereka
maka kitalah pemuda yang harus meneruskan dan menyokong perjuangan mereka dengan menggunakan kelebihan yang alhamdulilah masih ada dalam diri kita

Dan dalam banyak-banyak pemuda yang mempunyai pelbagai agama
pemuda ISLAM lah yang memainkan peranan paling besar untuk mempelopori dunia
kerana apa
kerana pemuda islam memiliki islam dan iman itu sendiri untuk memandu kehidupan mereka

Tapi,yang sangat menyedihkan
realitinya adalah sebaliknya yang kita harapkan

Namun begitu
belumlah terlewat untuk kita semua mengubah realiti pemuda pada zaman sekarang

so,apa peranan kita ?
antaranya ialah:

  • melakukan perubahan total pada diri.Berubah jangan drastik bimbang nanti tidak berterusan.Tapi jangan lambat,bimbang nanti tidak sempat.
  • Kembalikan ummah kepada mengabdikan diri hanya untuk ALLAH
  • kembalikan islam untuk mendominasi manusi.Bukan Islam pada nama sahaja.Tetapi islam pada keseluruhannya
  • kembalikan manusia kepada nilai,konsep dan nilai Rabbani
  • Rampas kepimpinan jahiliyyah untuk meletakkan islam di dalam kepimpinan dunia semula
wallahua'lam
lama tidak menulis
serasa agak janggal sedikit penulisan kali ini
namun moga-moga ada yang dapat dihayati,dan diambil iktibar bersama

p/s-Saya ditarbiyyah,saya ok ^^

wallahua'lam

Wednesday, June 22, 2011

Fokus dan priority

Bismillah
lama tidak menjenguk ke blog sendiri
apatah lagi blog orang-orang yang lain
terasa kesibukan teramat dengan kerja bertindan
pelajaran apatah lagi
Ya Allah permudahkanlah

teringat hari itu dalam perjumpaan pertama akademi al~fateh baru-baru ini
kami bermain suatu game
menyenaraikan 50 perkara yang dianggap penting dalam kehidupan
kemudiandiminta memotong 10
potong 10 lagi
dan potong 10 lagi sehinggala tinggal 10 sahaja yang betul-betul penting
Bukan mudah membuat timbang tara mana yang harus dipotong mana yang harus di'selamat'kan

realitinya,saban hari ana seringkali melistkan perkara-perakara yang perlu diberi fokus
tetapi sampai sekarang ana masih gagal menilai apakah susunan yang ana buat itu tepat atau tidak
Dan hari ini ana mendapat sedikit pencerahan dari seorang senior
sususnlah priority kamu mengikut sesuatu yang paling diredhoi Allah
dan sesuatu yang paling membantu kita melaksanakan 2 hadaf utama kita di bumi Allah ini
menjadi abid dan menjadi khalifah

hari ini banyak buat perkongsian dengan senior
hari ini banyak dengar nasihat
kata mereka 'hikmah syuyukh,hammasah syabab'
hikmah orang tua,semangat pemuda
pemuda seperti ana seringkali bersemangat
semua benda kalau boleh nak buat
nak try jadi ajk tu,nak try jadi ajk ni
nak kerjasama dengan kakak tu,nak kerjasama dengan kakak ini
tapi perlulah kita pastikan semangat itu diikuti dengan nasihat dari orang yang makan garam lebih dari kita
terima kasih akak atas nasihatnya

wallaahua'lam

Wednesday, June 15, 2011

Ketika cinta berTARBIYYAH ^^

Bismillah
lama rasanya tidak mencoretkan
penangan sem soifi
baru kini diri ini menegerti

betapa kesibukan itu menguji diri
betapa kesibukan itu menyebabkan hidup ini terpecah bukan hanya untuk diri sendiri
tetapi Rabbul Izzati,Mr Qur'an,sahabat,kawan dan tarbiyyah itu sendiri
tambah-tambah,usia makin meningkat,taklifan makin bertambah

betapa suasana tarbiyyah itu antara salah satu kecintaan aku
tetapi sejauh manakah aku membuktikan kecintaan aku terhadap tarbiyah
nasihat,banyak nasihat,kata-kata dan perkongsian yang aku dapat kebelakangan ini
dari mereka yang datang jauh,semata-mata untuk memberikan sentuhan tarbiyyah kepada diri yang masih terkapai-kapai menggapai mardhatillah
terima kasih akak-akak yang terbang jauh dari United Kingdom
ada rezeki,kami pula akan ke sana ,insya Allah ^^

Tarbiyyah,malam itu kami masing-masing memberikan pendefinisan tarbiyyah kami sendiri
ringkasnya bagi aku,tarbiyyah itu adalah KECINTAAN
malu mendengar definisi sahabat seperjuangan
betapa sungguh zuknya mereka dalam mendefiniskan erti tarbiyyah

malam itu banyak benda baru aku dapat

produk tarbiyyah : Bukan utk melahirkan insan yang pandai bekerja sebagaimana produk-produk daripada berpersatuan,bersosial dengan masyarakat dan lain-lain.Tapi produk yang ingin dihasilkan hakikatnya adalah INDIVIDU YANG BERTAKWA!

motivasi atau catalyst tarbiyyah : Tidak terletak pada pahala dan redha Allah semata-mata.tetapi hakikatnya penggerak dan pendorong kita untuk mentarbiyyah dan ditarbiyyah atau apa jua perkara yang memerlukan mujahadah terletak pada KECINTAAN KEPADA ALLAH

Dalam jalan dakwah dan tarbiyyah,kita akan menemukan pelbagai jenis mad3u.Ada yang bersemangat ingin ditarbiyyah sehingga kita menjadi terkapai-kapai dan risau tidak mampu memberikan dan memenuhi hak yang mereka perlukan.Ada pula mad3u yang otai-otai yang mungkin kita rasa senangdan sesetengah merasa sukar.Hakikatnya antara mad3u yang pertama dan mad3u yang kedua,mad3u yang paling payah dan susah untuk ditarbiyyah adalah sesuatu yang sangat dekat dengan diri kita,HEARTY kita itu sendiri.

Tarbiyyah tidak pernah mengenal erti rehat
Tidak boleh tidak harus dan akan merasai disakiti,dilemma,lelah dan penat
Apapun,tarbiyyah sangat memerlukan sekeping hearty yang berjaya ditawan oleh iman agar menjadi hearty yang bersih
kerana dalam menyampaikan dakwah dan tarbiyyah
masalah yang berlaku ada 2,sama ada hearty kita yang bermasalah,atau hearty mad3u yang bermasalah
Maka sama-samalah kita menjaga hearty kita,kerana kita hanya mampu mengetahui isi hearty ini
amatlah terbatas mengetahui isi hearty orang lain.


wallahua'lam
semoga aku dan kamu tetap thabat dalam jalan tarbiyyah yang menjadi kecintaan kita bersama ^-^





Saturday, June 11, 2011

kamu yang di Malaysia

Bismillah
kelihatan status2 kawan-kawan yang telah sampai ke Malaysia masing-masing bertukar
mereka,telah sampai ke tanah air tercinta MALAYSIA alhamdulillah

saat kepulangan mereka hari itu
hati mana yang tidak sayu
1.mengenangkan salah seorang ahl baytulhikmah akan pulang 3 bulan,pasti aku menanggung rindu
2.mengenangkan diri ini,entah biller baru dapat tajdid niat balik utk pulang ke Malaysia

kepada kamu yang telah selamat sampai
jangan lupa panjatkan setinggi-tinggi keyukuran kepada Allah kerana dipermudahkan urusan kepulangan ke tanah air [walaupun dengar cite flight delay ye?]
jangan lupa kami yang di irbid
jangan lupa sibukkan diri dengan macam-macam aktiviti
kontek2 kakak2 usrah sekolah lama kita dahulu,tanya2 kalau2 ade program yang bermanfaat
jangan lupa manfaatkan 3 bulan dengan berbakti kepada ibu ayah
bukan setakat sediakan menu2 terbaru dari Jordan tapi mcm2 lagi
jangan lupa speaking bahasa arab
jangan lupa ziarah kawan,cikgu,sedara mara
jangan lupa jaga diri,jaga hearty,jaga iman,jaga ikhtilat

selamat membawa perubahan
tak pada masyarakat
sekurang-kurangnya perubahan positif dalam diri ^^


yang merindui
Aliyah Ahmad Bahari
Irbid,Jordan

Wednesday, June 8, 2011

Kehadiran yang dinanti

Bismillah
oh,ini bukan soal kehadiran musim panas
atau sem soifi ahad ini
atau apa-apa jua kehadiran yang lain
tetapi ini soal kehadiran Bulan yang dirindui
Bulan rahmah,maghfirah,barakah dan macam-macam lagi perkara istimewa dalam bulan ini

Ramadhan
Ya,hari ini sudah masuk 6 Rejab 1432 Hijrah
tinggal sebulan dan beberapa hari lagi sahaja Ramadhan akan tiba
mungkin tahun ini ramadhan yang dilalui sedikit berbeza suasananya
Tiada lagi adik,abang,ayah,ibu dan kakak untuk memasak dan berbuka bersama
tiada lagi warden,kawan-kawan dan junior seasrama atau gerai-gerai batch ana di sekolah dulu
yang ada mereka,mereka yang bersama dengan ana di sini hingga ke hari ini

sungguh,jujurnya ana turut merindukan Ramdhan
kerana kehadiran Ramadhan meningatkan ana saat-saat mengikis karat-karat jahiliyyah yang pernah membelengu diri ini
siapalah ana,insan biasa,tidak terlepas dari buat dosa
yang membuatkan ana rindu
kerana dalam bulan inilah mudahnya kekuatan iman dapat dibina
ketegasan diri dalam mendidik nafsu sendiri berbanding dalam bulan-bulan yang lain yang mana
seringkali ana tewas dengan nafsu,sungguh iman pasti memberontak waktu itu

Maka,bagi menyambut ketibaan Ramadhan tidak lama lagi
mari sama-sama kita panaskan engine
berlatih puasa dalam musim panas yang cukup menguji ini
tekak terasa kering,badan terasa lesu
tapi itulah nanti yang kita perlu tempuhi
mari practice konsistenkan amalan-amalan sunnat
perbanyakkan tahajjud,muhasabah diri
Jaga Mr Qur'an dan kalau boleh sementara tengah xda kelas nilah kena cepat2 pecut
semoga Allah redha =)

wallahua'lam

sem soifi

Bismillah
sekejap,waktu berputar terasa pantas
cuti sebelum soifi telah hampir ke penghujungnya
alhamdulillah,dapatlah juga dimanfaatkan dengan menyibukkan diri dengan urusan bayt muslimah baru
kunjungan ke Muktah,out-station ke aqabah dan lain-lain

Insya Allah ahad ni kuliyyah akan bermula semula
fasa soifi ini ana mengambil keputusan untuk mengambil 2 madah sahaja
Ulum Qur'an dan Fiqh Ibadat [2]
Doakan dipermudah
senior selalu kata,sem soifi ni berlalu dengan pantas
kelas hari-hari dengan cuaca yang panas
selamat menuntut ilmu dengan cara yang paling bijak dan diredhai Allah la ye kawan-kawan

sebelum melangkah ke fasa yang baru
suka untuk ana kongsikan ini buat kamu semua

Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan."
(Surah Al-Mujadilah 58: Ayat 11)
Petikan terjemahan ayat suci Al-Quran di atas sudah acapkali dibicarakan dan telinga sudah lali mendengarnya bahkan
sudah pun menghafalnya. Tahniah buat mereka yang telah menyahut seruan agung Tuhan Rabbul Jalalah ini dan
teruskan  istiqamah kalian dengan perjuangan mencari butir-butir ilmu dalam apa jua bidang. Sebaliknya, kita berdoa
kepada Allah s.w.t. agar mengurniakan taufiq buat mereka yang masih alpa mengejar ilmu berhadafkan dunia, pangkat,
harta dan sanjungan manusia semata-mata kerana bukanlah tujuan ilmu diciptakan sedemikian rupa, bahkan ilmu yang
hakiki adalah " Sirajul Munir " (pelita bercahaya) yang menerangi para penagihnya menuju ke arah Mardhathillah. Ibarat
resmi padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi semakin banyaknya ilmu seseorang individu itu, semakin tawadhu'
dirinya; petanda semakin dekat dirinya dengan Tuhan dengan sebab ilmu yang dikurniakan kepadanya. Lantas,
bukanlah hak ilmu itu dituntut semata-mata untuk mendapat pangkat Imtiyaz atau Jayyid Jiddan di dalam imtihan,
bahkan ia dikejar lebih besar daripada semua pangkat dan sanjungan itu; hak untuk DIAMALKAN.
Hak Terhadap Ilmu Pengetahuan di dalam 4 Wajibatul Muslimin merangkumi:
1.   Berusaha sedaya upaya mempertingkatkan ilmu pengetahuan menerusi kehadiran ke kuliah, penglibatan dalam
talaqqi kitab sama ada di masjid atau rumah-rumah BUKAN, pembacaan serta kajian-kajian ilmiah.
2.   Menunaikan hak ilmu bukan hanya untuk dipelajari, tetapi diaplikasikan dan dijadikan amalan dalam kehidupan harian.
3.   Mengambil cakna akan isu-isu semasa terutamanya yang berlaku di tanah air tercinta serta sedar akan peranan kita
untuk memperbetul yang salah apabila pulang ke Malaysia.
4.   Berusaha sedaya upaya untuk cemerlang dalam setiap peperiksaan melalui persediaan awal, penyusunan jadual
ulangkaji harian serta penglibatan dalam akiviti belajar secara berkumpulan.
Tuntasnya, renungilah kalam mutiara hikmah Sayidina Ali Karamallahu Wajhah yang berbunyi ;
"Umur seseorang itu sangat singkat untuk mengetahui semua ilmu yang patut diketahui, maka hendaklah engkau
mempelajari ilmu yang penting terlebih dahulu, kemudian barulah engkau mempelajari ilmu-ilmu yang lain."
Semoga Allah s. w. t. menjadikan kita dalam golongan 'alim yang beramal dengan ilmunya.
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَكُمۡ تَفَسَّحُواْ فِى ٱلۡمَجَـٰلِسِ فَٱفۡسَحُواْ يَفۡسَحِ ٱللَّهُ لَكُمۡ‌ۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُواْ فَٱنشُزُواْ يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتٍ۬‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٌ۬
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.
(Surah Al-Mujadilah 58 : Ayat 11) 


Rujukan: i luv islam.com

Soal kepulangan ke Malaysia
maaf kepada kakanda terchenta
adinda memilih untuk menetap di sini
entah,mungkin sehingga 4 tahun
atau tunggu sampai seru [seru itu ada banyak bentuk dan konteksnya]

soal kepulangan pernah ana ajukan kepada seorang senior
nasihatnya pulang atau tidak pulang kedua-duanya sama
cuma pastikan kepulangan atau ketidakpulangan itu kita tahu apa yang perlu dimanfaatkan dan apa yang perlu dibuat bagi mengisi sepanjang masa keberadaan di sini atau di sana

Doakan ali tetap thabat dengan jalan dakwah dan tarbiyyah kakandaku Hassan Bahari
ibu ayah juga,jangan pernah lupa menitipkan doa buat anandamu ini

wallahua'lam


selamat menyucikan hati untuk menerima ilmu baru.Sungguh,knowledge is light,لا يعطى العاص.



Tuesday, June 7, 2011

Balik Kampung


Bismillah
lama rasanya tak menulis penulisan santai begini
kerana terkadang lupa matlamat dan tujuan blog dicipta
Baru ana teringat,selain dari berkongsi pembacaan dan tazkirah
blog ini ana buat utk tatapan family di tanah air
bagi mengetahui perkembangan aktiviti ana
kerana terkadang,ada perkara-perkara yang hanya mampu dinukilkan di mata pena [atau keyboard] sahaja ^^

Balik Kampung
hakikatnya bukanlah kampung nenek/aruah atuk
Tapi ke Muktah,tempat mencari ilmu bagi senior JAIS 2010 yang pernah melakarkan memori bersama di PSPJ suatu masa dahulu
jujur terasa seolah-plah anak-anak yang pulang ke kampung
dengan suasana yang damai,tenang,sejuk,tidur beramai-ramai,makan beramai-ramai
bercanda beramai-ramai
oh,alangkah aku rindu kenangan yang lalu

terima kasih kepada Kakak2 kami kerana sudi berkorban masa dan tenaga
bawa kami menziarahi Universiti Muktah
Berjalan-jalan di Maza
tempat makam Zaid Bin Harithah,Abdullah bin Rawahah,dan Jaafar bin Abi Talib
sungguh,Maza adalah salah satu tempat tenang yang menjadi destinasi pilihan mahasiwa/mahasiswi Muktah untuk merehatkan minda dalam menghadapi tekanan peperikasaan
selain menghirup semangat pahlawan-pahlawan ini semasa perang Muktah

terima kasih juga kakak-kakak kerana melayan karenah kami membeli-belah di balad Karak
bawa kami ke Qal3ah Salahuddin Al-Ayyubi
dan pengorbanan-pengorbanan lain yang tak mampu disebutkan di sini

Insya Allah,tahun depan,raya kami balik kampung lagi ^^

[gambar semua dalam arkib akhowat .Harap Maklum]

Sunday, June 5, 2011

Lagi promo filem:Kun Fayakun

Bismillah
semoga Allah redha dengan masa yang ana isi dengan menonton filem-filem yang insya Allah bermanfaat

alhamdulillah baru sahaja usai menonton satu lagi filem indonesia



Kun Fayakun 

بَدِيعُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ وَإِذَا قَضَىٰٓ أَمۡرً۬ا فَإِنَّمَا يَقُولُ لَهُ ۥ كُن فَيَكُونُ
Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan segala keindahannya) dan apabila Dia berkehendak (untuk menjadikan) sesuatu, maka Dia hanya berfirman kepadanya: Jadilah engkau! Lalu menjadilah ia. (2:117) 

Filem ini mengisahkan kehidupan seorang miskin penjual cermin yang sangat-sangat berusaha dengan bersungguh dalam mencari rezeki untuk keluarganya

mesej utama yang ingin disampaikan ialah betapa peri pentingya tawakkal,usaha dan ikhtiar dalam usaha untuk mendapatkan sesuatu yang kita mahukan

ana lihat cerita ini sangat padat dengan pengajaran
pengorbanan dan rasa tanggungjawab seorang ayah
isteri solehah yang menjadi tulang belakang kepada suami
anak soleh yang sentiasa mendoakan ayahnya
tasammuh [berbelas kasihan] sesama jiran tetangga
peri penting amalan-amalan yang mendekatkan diri kepada Allah seperti qiamullail,solat2 nafilah [sunat],solat dhuha dan lain-lain
kepentingan memberi maaf kepada orang lain dan macam-macam lagi ibrah yang ada dalam cerita ini
plus,insya Allah filem ini bersih dari sebarang adegan-adegan yang kononnya 'pengajaran' untuk dijadikan sempadan

p/s-Hakikatnya,kesempitan dan ujian itu lah yang lebih mendekatkan diri kepaada Allah.Mari belajar bersyukur menerima ujian =)

futur


Bismillah
maaf,da lama tidak mengupdate blog
futur,mungkin atas sebab itu ana tidak ada kekuatan untuk menulis
kalau menulis pun dismipan baik-baik dalam arkib blog monolog seorang hamba

FUTUR

kali pertama mendengar perkataan futur adalah seawal usia 18 tahun
ana terdengar dari mulut seorang akak dari PAKSI semasa menyertai salah satu dari program-program yang mereka sediakan

futur
satu keadaan yang kita rasa down,jatuh,hilang punca,tidak kenal personaliti diri
untuk definisi ana sendiri

entah,kebelakangan ini,terasa futur yang amat
sehingga terketuk hati dengan pesanan-pesanan tidak langsung dari Kekasih hearty

"kita kalau berjalan-jalan ni,kena jalan terus,jangan singgah stop lama-lama.sekali stop terus tak larat da nak bangun balik"

kata-kata seorang sahabat,semasa kami sedang merehatkan diri di masjid jamiah
kepenatan,lesu berjalan
biller terberhenti,nak bangun semula masing-masing berkira-kira

sungguh,tersentap juga dengan kata-katanya
ya,begitulah kita dalam jalan dakwah dan tarbiyyah
sekali kite merehatkan diri,susah untuk bangun kembali

dan hari itu menerima mesej dari seorang junior
sungguh!sungguh!sungguh!
seolah mesej itu bukan untuk mengemukakan masalah sahabatnya
tetapi mesej itu adalah untuk menyedarkan diri yang sedang terleka

apa yang menyedarkan ana ialah
kefuturan itu sangat mudah berlaku bila kita jauh  dari Yang Terchinta Kekasih Hearty
bila kita sudah lama tidak ber 'dating' dengannya disepertiga malam
bila kita makin jauh dengan Mr Qur'an yang dihadiahkan untuk kita  dariNya

kalau musim shita'
mungkin kita teruji dengan kesejukan pagi sehingga tidak mampu keluar dari zon selesa di bawah hiram untuk qiamullail
tapi,alhamdulillah,malam lebih panjang
tapi,soifi ini turut menguji
malam terlalu pendek
tidur paling awal pun pukul 1030 memandangkan isyak masuk lewat
tup tap nak qiamullail azan subuh da berkumandang
moga Allah kuatkan kita semua untuk bermujahadah dalam mendekatkan diri kita kepadaNya


ya Allah
semoga hati ini tetap thabat

wallahua'lam

Wednesday, June 1, 2011

lebih banyak menghabiskan masa menulis di blog monolog seorang hamba

maaf atas kelemahan dan kekurangan diri =(