Friday, July 15, 2011

SHORT MESSAGE | APPOLOGIZE


bismillah
insya Allah ahad dan isnin ni saya exam lagi
tidak sempat untuk duduk bertenang lama-lama
second exam telah pon tiba

saya tidak nafikan sem soifi menag sangat pantas
sangat laju,sangat penat lagi2 kalau amik subject berat

Oleh itu saya mintak maaf sangat2 kalau ada sesiapa atau mana-mana individu yang haknya tidak sempat saya tunaikan sepanjang sem soifi ini

doakan exam saya  
syukran ^^

JANGAN LUPA SEMUA WARGA PERMAI KE AGM PERMAI ESOK 



Tuesday, July 12, 2011

Realiti | Malaysia | Jordan

Bismillah
Alhamdulillah,dah lama tak update
Bukan tak berkesempatan atau berpeluang
tetapi sedang berkira-kira untuk menulis
bermanfaat ke?Cukup fakta ke?Perlu ke?

Banyak benda berlaku sepanjang tempoh hari yang lepas
Dengan kesibukan AGM BKASJ nye




Dengan kehangatan BERSIH yang terasa bahangnya sehingga ke Jordan
Terima kasih kepada pihak terlibat yang telah memberikan pencerahan kepada ana mengenai isu ini
Saya kira saya masih lagi mahasiswi yang lesu
sebab hanya mampu memerhati,mendengar dan tidak melakukan apa-apa



Baru sahaja membacakan CURHAT seorang senior yang telah selamat pulang ke Malasyia
saya tidak kenal siapa dia
tapi sangat terkesan dengan CURHAT nye
Panjang lebar dia mengongsikan kepada kami
realiti masyarkat kita sekarang

Kapel da macam biasa
Tutup aurat,baju nak kena ketat pastu sanggup tayang kat pakwe
Tangkap gambar lelaki dan perempuan baru kenal da boleh posing pelik sebelah-sebelah dengan jarak yang dekat
Solat kadangkala
Dengar lagu entah apa-apa
Reunion kena ajak 'pasangan' masing-masing
Anak dara baru form 4 da boleh dibawa ke rumah 'bakal mak mertua' konon-konon tolong rewang semua
banyak lagi

ROSAK!
ROSAK!
ROSAK!

Bukanla saya nak kata orang-orang atau masyarakat jordan ini akhlaknya sangat bagus
realitinya Jordanian...anda lihat lah sendiri dan nilailah
sedih melihat mereka yang boleh berbahasa arab,boleh memahami arab tetapi perilakunya seolah jauh dari Al-Qur'an yang diturunkan dalam bahsa arab itu sendiri

Tetapi alhamdulillah
Orang-orang Melayu yang belajar di sini bukan atau tidak seperti mereka
jujur saya katakan kalau anda ingin berubah
Marilah bersama saya di Jordan
syaratnya,anda betul-betul ingin berubah
Di sini saya belajar apa itu ikhtilat yang sebenar
Di sini saya belajar apa itu malu yang sebenar
Di sini saya pelajar bagaimana sebenarnya komunikasi dengan golongan lain jantina yang sebenar

Bukan soal ikhtilat sahaja
tapi banyak perkara yang mampu membina biah yang solehah di sini
anda tidak akan dipandang serong kalau ingin berubah jadi baik
tbe2 esok hari anda nak pakai tudung labuh,walaupun semalam pakai tudung pendek
tibe2 esok hari anda solat sunat berkali-kali walaupun semalam,nak ajak solat pun payah
Bila anda berubah semua orang sokong dari belakang

Di sini saya belajar apa itu ukhuwwah
apa itu menjaga hati dan perasaan
apa itu menerima sahabat seadanya dengan menolak seribu macam kekurangan

SELESA!
SELESA!
SANGAT SELESA!

tetapi keselesaan ini membuatkan saya jadi risau
tambahan lagi beberapa hari menghitung hari untuk pulang ke tanah air
menghadapi realiti masyarakat
tak jauh pun,tengok kaum kerabat dan sahabat handai pun kita da boleh diduga dengan pelbagai perkara

sahabat dan teman yang akan pulang bersama
Bantulah dan sokonglah ana untuk menjadi ejen perubahan bersama
family,sedara-mara dan sahabat di Malaysia
Bersedialah untuk menerima saya yang akan pulang
andai nanti kepulangan dibawa bersama dengan anjakan paradigma yang tidak diduga
Sungguh berat tanggungjawab yang terbeban atas bahu ini

jangan tertipu dengan ikhtilat yang dipaparkan dalam cerita ini
Sebagai seorang NIQABIS,TIMUR TENGAH sungguh saya sedih dan kecewa



wallahua'lam

Saturday, July 2, 2011

suara hati seorang ajk

830 malam | meeting muhasabah majlis keraian graduasi 2011 | teratak Presiden persatuan pelajar uni Y



"Berdasarkan borang muhasabah yang telah kita spread pada mahasiswa dan mahasiswi kita semasa majlis tempoh hari,ramai yang meninggalkan komentar berbaur negatif seperti ajk lewat menyediakan makanan,ajk lambat mengatasi masalah teknikal,tiada tindakan dilakukan segera atas kelewatan hadirin dan lain-lain"

Haninah AJK program kelu,terdiam,tertunduk.Rasa ingin menangis pun ada.Masyarakat universiti Y meninggalkan komentar yang pelbagai.semuanya negatif belaka.Tiada langsung motivasi,kata sokongan atau kata-kata yang mampu membuatkan AJK pelaksana majlis tempoh hari berbunga-bunga hati.

"Tidakkah mereka pernah mengerti penat lelah kami yang mengendalikan program,tidak tidur malam,berusaha keras untuk menjayakan program.semata-mata untuk masyarakat Universiti Y sendiri.bukan  jawatan yang digilakan!"hati kecil Haninah menjerit.namun,hampa,siapalah mampu mendengarnya.Hanya berdaya untuk menadah telinga terus mendengar komentar masyarakar Universitinya yang diulas sendiri oleh Presiden perastuan pelajar.

+ + +

Bukan iklan,tapi pengisian.

pejam celik pejam celik,kita semua mungkin ada yang dah habis tahun 1 dalam pengajian,atau hampir menghabiskan tahun 1 kan?

Tipulah tiada di antara kita pernah merasa duduk dalam dalam organisasi,atau menjadi ajk pelaksana program
Ok,saya bukan nak bercakap mengenai ajk pelaksana program
Tapi saya ingin meluahkan suara hati seroang ajk pelaksana
kerana sudah tentu kita pernah menjadi penonton sahaja dalam sesuatu majlis kan
apa yang kita tahu,komen itu komen ini

Sebagai rakyat universiti yang baik
seharusnya kita yang memilih untuk tidak menyumbang
sebelum memberikan komentar berbaur negatif
Fikirkanlah keadaan ajk pelaksana juga
Janganlah kita mudah menuding jari meletakkan kesalahan seperti majlis bermula lewat
kesilapan teknikal yang tidak mampu diatasi
program tidak sistematik dan membosankan
terus-terusan kita salahkan bulat-bulat pada ajk

Dengarkanlah suara hati mereka
Sungguh ajk2 pelaksana kebanyakannya adalah yang ikhlas untuk bekerja
yang sanggup untuk berkorban
yang sudi untuk menyumbang

Maka sebagai ahli yang tidak mahu menyumbang
cukuplah kita membantu meringankan beban mereka dengan memberikan komitmen yang penuh dalam program
seperti datang awal
alert dengan sebarang pengumuman
respon dengan mc
dan berikan komentar yang membina,bukan komentar yang menjatuhkan ajk pelaksana

wallahua'lam
selamat beramal
sama-sama kita koreksi mentaliti dri kita

+ + +

"apa yang saya lihat,masalah timbul kerana mentaliti masyarakat universiti kita sendiri.Harap lepas ni,sama-samalah kita cuba membentuk mentaliti mereka agar sentiasa cakna dan memiliki common sense yang tinggi  dan juga punyai keinginan yang tinggi dalam menyumbang jasa,bukan setakat buat suara sumbang di belakang kita"kata Farhaini,timbalan presiden persatuan pelajar universiti Y,mengakhiri mesyuarat muhasabah program

 malam itu.


Sumber: http://bestari-2009.blogspot.com/2011/07/suara-hati-seorang-ajk.html

maaflah blog batch sebab saya post karya saya ke blog saya juga.sebab mesej ni memang penting untuk saya sampaikan~