bismillah
minggu ni yarmouk uni cuti sehari sahaja
esok da start sekolah balik memandangkan cuti aidil adha kami haritu diawalkan satu hari
alhamdulillah walaupun cuma sekadar satu hari
padat dengan pengisian rohani..cuma sayang termiss kelas tafaqquh pagi tadi sebab ada hal yang perlu diselesaikan dengan ahlul bayt
mengulas mengenai pengisian rohani
alhamdulillah projek iman yang kedua anjuran biro tarbiyah MMY telah berjaya dilaksanakan
projek iman sebelum ini mengulas mengenai SIAPA MUSLIM?
maka kesinambungan dari itu malam ini kami mengulas mengenai TAUHID MENOLAK JAHILIYYAH DAN MEMBENTUK ISLAM
mentauhidkan Allah itu sendiri adalah menolak jahiliyyah
berdasarkan apa yang ana dapat dari FAIQAH dan SAADAH
tauhid merupakan elemen yang penting untuk membezakan kita dengan orang lain
TAUHID itu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu tauhid uluhiyyah,rububiyyah dan asma wa sifat
tapi kami bukanlah bercadang untuk mengulas satu persatu berkenaan perkara di atas
apa yang kami bincangkan ialah apakah kepentingan lafaz tauhid itu sendiri yakni lafaz
LA ILAHAILLALLAH
hakikatnya,kalimah tauhid di atas adalah untuk menyingkirkan atau bahasa baru kami mensayonarakan jahiliyyah dalam diri setiap muslim
mengulas sedikit mengenai lafaz لا اله الا الله
faiqah memberikan persoalan kepada kami kenapa perkataan اله yang digunakan bukan perkataan رب
berdasarkan apa yang ana dapat dari pentaujih,اله itu sebenarnya bermaksud cinta
x sempat nak tanya faiqah mana dia dapat kata dasar اله sehingga membawa maksud cinta tu
tapi dr sini dapat difahami bahawa apabila kita melafazkan kalimah tauhid bermakna tiada cinta yang agung melainkan cinta Allah
kalimah tauhid ini secara tersurat membawa maksud tiada tuhan melainkan Allah dan nabi Muhammad persuruh Allah
manakala dr segi makna tersiratnya membawa maksud tujuan Allah utuskan kalimah ini supaya kita dapat merasakan tiada kekuasaan lain yang lebih berkuasa kecuali Allah
SYARIAT DAN AQIDAH TIDAK BOLEH DIPISAHKAN
usai mengulas sedikit sebanyak mengenai kalimah tauhid,kami mengulas mengenai syariat dan kaitannya dengan aqidah
garis putus antara syariat dan aqidah ialah menghukum dengan cara jahiliyyah
yakni mengikut hawa nafsu
maka seandainya benar kite mentauhidkan Allah dan menolak jahiliyyah kita harus menghukum mengikut hukuman Allah sebagaimana yang telah tertulis di dalam surah al-maidah:49
" Dan hendaklah engkau memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah,dan janganlah engkau mengikuti keinginan mereka.Dan waspadalah terhadap mereka,jangan sampai mereka memperdayakan engkau terhadap sebahagian apa yang diturunkan Allah kepadamu.Jika mereka berpaling dari hukum yang telah diturunkan oleh ALLAH),maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkehendak menimpikan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka.Dan sungguh kebanyakan manusia adalah dalam kalangan orang-orang yang fasik."
wallahua'lam..setakat itu sahaja yang ana dapat kongsikan
sebenarnya banyak lagi,tapi kerana kesuntukan masa maka kami sempoat kongsi dan kupas beberapa pint sahaja.
p/s-sedang belajar menjadikan penulisan lebih bererti,mohon komentar membina ^^
1 comment:
like this post.=O
Post a Comment