bismillah
maaf posting tertangguh
bukan kerana taklifan yang menggunung sebagaimana senior
tapi berkira2 untuk menulis selagi tiada gambar di dalam simpanan ana
namun sebelum posting ini expired
ana cuba ekspresikan seringkas mungkin jaulah ana ke syria tempoh hari
12 november
bertolak dr rumah akh fauzi bersama kak nadiah.kak sarah, kak syidah,kak hasna' dan akh yaqzan dengan menaiki 2 teksi
sampai border diuji kerana passport yang bertulis 'valid until 18 november' itu x boleh diguna pakai
kata kak nadiah "xpe..pengalaman"
tbe di hadapan tugu salahuddin al~ayubi sekitar waktu maghrib
menunggu tourist gudier kami Alun untuk menjemput kami dan terus menuju ke penginapan kami di MAHABBAH HOTEL
oleh kerana kami baru sahaja sampai ke bumi syria
aktiviti malam itu sekadar makan2 dan berjalan2 di sekitar sukk midi dan mencuba air tuut (blue berry)
memang terbaek!!!
13 november
pagi hari yang tenang dimulakan dengan sarapan nasi lemak dr mat'am malizia
usai sarapan pengembaraan bermula
menziarahi makam2 para sahabat dan kaum kerabat nabi muhammad s.a.w
antaranya makam zainab sughra,makam muawiyah,makam sukainah,makam bilal,makam ra'isul syuhada karbala dan lain2
sepanjang ziarah kami ke makam ini kami terserempak dengan puak syiah yang berpakaian serba hitam
keadaan agak sesak
diiringi dengan lagu atau mungkin syair yang ana pon x pasti bahasa apa
sempat melihat ketaksuban mereka ketika menziarahi setiap makan
menangis,meratap,mencium makam,mengelilingi,menumbuk2 dada dan mcm2lagi ragam
selepas habis semua makam kami ziarahi
destinasi seterusnya ialah masjid umawi
di sini terletaknye kepala nabi Yahya a.s
serta terdapat baptis iaitu tempat menyucikan dosa mngikut kepercayaan orang2 kristian
usai ke makam kepala nabi Yahya
kami mengunjungi makam Hussein bin Ali
kelihatan segelintir puak syi mencium satu sudut di makam itu
ambil berkat katanya
seterusnya kami mengunjungi makam salahuddin al~ayyubi
bagai x percaya ana sedang berada di hapan makam pejuang terkemuka islam satu masa dahulu
kami juga sempat mengunjungi makam abu hurairah yang terletak di celah2 kedai baju
sebelum senja 13 november melabuhkan tirainya
kami sempat berbincang aktiviti utk malam itu
cadangan pada awal utk menaiki gunung qasyun pada esok hari bersama gunung arba'in ditukar
malam itu kami berhasrat untuk naik ke gunung qasyun
makanya ana memilih untuk berehat di hotel sebelum ekspdesi kami malam itu dimulakan
sebaliknya kak sarah,kak syidah dan kak hasna' meneruskan shopping si suk middi huhu~
dan malam itu ya kami menaiki gunung qasyun
bukan dengan kaki tetapi dengan teksi =)
pemandangan bumi damascus di malam hari dapat dilihat dr atas gunung ini
subhanallah..indah
mengingatkan ana pada rumah di malaysia
sebab malam hari,kami juga berpeluang meilhat pemandangan seluruh bumi rawang dr atas gunung memandangkan rumah ana terletak di atas bukit =)
ekspedisi malam itu disudahi dengan segelas air carrot susu
mata sangat mengantuk kerana telah melepasi waktu 'qarar'
TO BE CONTINUED....
No comments:
Post a Comment