Friday, November 12, 2010

aidil adha dan sebuah pengorbanan

bismillah
menyahut seruan para senior sekelian
dengan ini ana akan cuba mengekspresikan aidil adha ana
+++

jika ana masih berada di malaysia
tentu sekali saat ana ingin menulis post ini ada dewan bahasa dan pustaka menemani di sisi
kerana suka ana untuk mendefiniskan satu2 frasa yang berhubung kait dengan aidil adha
dan sudah tentu frasa yang paling sinonim dengan aidil adha adalah pengorbanan

menurut kamus dewan yang boleh diklik di internet dengan menggunakan hujung jari anda korban dapat dedefinisikan dalam banyak makna
1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis

 2. persembahan spt haiwan atau manusia kpd dewa dlm pemujaan;

3. pemberian (kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu) sbg tanda kebaktian (kasih dll)

4. (orang) yg menanggung penderitaan akibat sesuatu (perbuatan dll), mangsa:

 5. = ~ jiwa = ~ manusia kematian kerana nahas (disebabkan sesuatu malapetaka dll): nahas itu

moleklah kiranya ana mengulas mengenai definisi yang ketiga iaitu kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sebagai kebaktian

pengorbanan dari kaca mata ana

memandangkan ana  kini berada di bumi jordan
naam,la syak banyak mende yang perlu dikorbankan
sebelum ke sini pon dah kena korban banyak perkara
start cuti raya haji ni pon ana terpaksa korbankan banyak mende
namun kurang manis rasanya ana nak kongsikan bersama
kerana wujud isu2 sensitif dalam mende2 yang ana korbankan itu

selalunya menjelang aidil adha kisah pengorbanan yang paling popular adalah kisah nabi ibrahim dan nabi ismail
namun memandangkan ana akan ke syria
moleklah ana kongsikan kisah korban habil dan qabil pada zaman nabi adam dahulu
(kat syria lah ada gunung tempat  mereka letak korban masing-masing)

Ketika perintah Allah mengkehendaki mereka mempersembahkan korban, masing-masing mempunyai reaksi dan respons yang berbeza. Habil sanggup mengorbankan binatang ternakan yang terbaik manakala Qabil hanya mengorbankan hasil pertaniannya yang sudah rosak. Habil mampu mempositifkan perintah Allah itu walaupun ia sangat berat. Sukar untuk kita cari manusia kini yang mampu menyumbangkan harta yang paling mereka sayangi dan paling berharga buat mereka demi Allah.Majoriti antara kita memikirkan mereka hanya mampu menyumbangkan harta atau dana di saat rezeki yang diperolehi melimpah ruah. Namun, disaat kita merasa kekurangan, tidak ramai yang sanggup menghulurkan sebahagian daripada rezeki yang sedikit itu dan juga merupakan harta yang sangat-sangat mustahak bagi mereka.Maka di saat Habil diterima korbannya oleh Allah, Qabil tidak mampu menerimanya malah timbul di hatinya sifat-sifat negatif yang ditiup oleh iblislaknatullah
 
“…Maka (korban) salah seorang daripada mereka berdua (Habil) diterima dan yang lain (Qabil) tidak diterima. Dia(Qabil) berkata, ‘Sungguh, aku pasti membunuhmu!”
(Al-Ma’idah:27)


Cas-cas negatif yang telah mempengaruhi Qabil telah mendorongnya untuk membunuh saudaranya sendiri. Pada saat ini, perasaan kasih sayang sesama ahli keluarga tidak lagi wujud. Perasaan ini telah dilenyapkan dengan cas-cas negatif yang telah dijanakan oleh sikap Qabil tadi. Oleh yang demikian, Qabil tidak lagi mampu mewujudkan rasa kasih walaupun terhadap saudaranya sendiri pada ketika api kemarahan itu membara. Namun, Habil, hamba Allah yang beriman, sekali lagi menghadapi ujian Allah ini dengan positif. Seperti yang digambarkan oleh Allah di dalam Al-Qur’an:

“Sungguh, jika engkau (Qabil) menggerakkan tanganmu untuk membunuhku, aku tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu.Aku takut kepada Allah, Tuhan seluruh alam” (Al-Ma’idah:28)


Di sini, kita dapat melihat betapa halusnya peribadi Habil yang tetap kasihkan saudaranya walaupun nyawanya berada dalam bahaya. Habil mampu mengaurakan cas positif dalam dirinya meskipun dia berada di saat genting.

jujur ini hanya risalah yang dicopy dan paste
ana tidak mengharapkan hakim menilai post ini dengan penilaian yang tinggi
apa yang ana harapkan pengunjung2 blog dapat mengambil iktibar dari kisah di atas
wallahua'alam

akhir kata kullu am wa antum bikhair dari empunya blog perkongsian hearty
berkorban tidak salah namun jangan sampai kita terkorban



p/s-away from jordan until 15 november


2 comments:

Hilal Asyraf said...

:-)

(Pengadil)

aLiYaH aHmAd said...

allah
pengadil dia hilal ashraf pulak~